SD 6

5.8K 104 1
                                    

"Wanda, ada orang nak jumpa kau"kata Nura teman satu agensi Wanda.

"Siapa? Kau kenal ke?"
tanya Wanda lagi.

"Entahlah. Tapi dia kata dari wakil minyak wangi vogue.. "
Wanda terkejut.
"Betul ke?"
"Pergilah jumpa. Dia ada kat office Lucy.. "

Tanpa membuang masa, Wanda melangkah ke office Lucy. Dia masuk setelah mendapat kebenaran dari Lucy.

"Wanda, please have a seat. "
pelawa Lucy.
"You panggil I,Lucy. "
"Yup. I ada offer baik untuk you.. Btw kenalkan ini Jeffry wakil dari minyak wangi vogue di Malaysia. Ini Wanda Mustapha, salah seorang model yang terkenal di agensi I."

Lucy memperkenalkan Jeffry pada Wanda. Mereka saling bertukar senyuman.

Wanda menghulurkan tangan untuk bersalaman. Jeffry menyambut huluran tangan Wanda. Jeffry mengucup tangan Wanda.

"Ada apa yang I boleh tolong?"tanya Wanda sopan.

"Syarikat vogue nak keluarkan haruman perfume baru, so I nak offer you jadi duta minyak wangi vogue. "
Jeffry memulakan bicara. Wanda terkaku. Dia seakan tidak percaya. Dia di lamar oleh syarikat pembuatan minyak wangi yang terkenal di Perancis.

"Wanda, are you okay?"
"I tak tahu nak cakap apa."Wanda masih terkejut.

"Apa yang patut I buat?"
"Terima. Peluang hanya datang sekali dan I harap you tak sia-siakan peluang itu. "

Nasihat Lucy. Dia bangga. Tak sia-sia mendidik Wanda sehingga menjadi seorang model yang terkenal.

"Ok. I terima. "
Tanpa berfikir panjang Wanda menerima offer itu.

"Hujung minggu ni kita bertolak ke France. I ambik you kat apartment you. "

"Okay. "
"Thanks Lucy, Wanda. I nak balik opis. Kalau ada apa-apa call I. "
Jeffry beredar dari situ.

"I keluar dulu Lucy. "
pamit Wanda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wanda menolak pintu kafe yang berhampiran dengan agensi modelling Wanda.

Kelihatan Syamil sedang menunggu di meja yang berhampiran kaunter pembayaran.

"Sorry I lambat. "ucap Wanda memohon maaf.
"Lama ke you tunggu?"
"Tak. Baru je. Duduklah. Minum?"
"No,thanks."

"Sayang.. I ada perkara nak cakap pada you. " Wanda memulakan bicara.
"Perkara apa? "

"I.. I nak kita tangguhkan pernikahan kita, boleh tak?"tanya Wanda. Dia baru sahaja ditawarkan menjadi duta minyak wangi di France.

"What?? Persiapan dah di buat, Wanda. Takkan you nak I tangguhkan. Apa kata ummi, abah?"
Syamil rasa marah. Sampai hati Wanda mahu tangguhkan pernikahan mereka.

"Lepas kita menikah, kalau you nak pergi, pergilah. I tak larang. I tahu cita-cita you untuk menjadi seorang model terkenal. Please Wanda. Pergi lepas kita menikah.."
Rayu Syamil. Dia tidak sanggup berpisah dengan Wanda.

"Tapi ini peluang untuk I kembangkan bakat I dalam bidang peragaan. I dah terima offer tu, Syam."

"Wanda, lagi beberapa hari kita nak menikah. You boleh minta tangguh kan. Please, Wanda. I merayu, jangan tangguhkan pernikahan kita."
Syamil merayu. Wanda serba salah. Dia cintakan Syamil. Dalam masa yang sama dia cintakan kerjayanya. Sayang untuk dilepaskan peluang ke France. Memang itu impiannya.

"Sayang, I love my career.Ini peluang I untuk mengembangkan bakat I. Peluang hanya datang sekali."

"You tak kesian pada I ke? Kita dah janji nak kahwin."
Syamil meraih tangan Wanda.

"You tangguhkan ye. Lepas kita kahwin, kalau you nak ke France, I izinkan.."pujuk Syamil bersungguh-sungguh. Wanda mengeluh panjang.

"Nantilah I cuba..."

SEDETIK CINTAWhere stories live. Discover now