SD 12

5.7K 117 1
                                    

Syamila melangkah masuk ke office Syamil yang berada di tingkat 13.

Pasti Syamil terkejut dengan kedatangannya. Syamila ke meja Alia, secretary Syamil.

"Hai, kak Alia... "
"Mila, lama tak jumpa. Nak jumpa boss ke? "
"Haah. Dia ada tak? "

"Dia ada tetamu. "
Beritahu Alia.
"Tetamu? Siapa, penting ke?"
"Sebenarnya.. "

Syamila pandang muka Alia. Alia serba salah ingin memberitahu tetamu Syamil.

"Kenapa kak Alia? "
"Ada cik Wan-"

Syamil merempuh masuk ke bilik Syamil. Langkah Syamila terhenti.Air mukanya berubah melihat Wanda memeluk Syamil.

Melihat Syamila di muka pintu cepat-cepat Syamil meleraikan pelukan Wanda. Namun sengaja Wanda mengeraskan badannya.

"Mila... bukan macam yang Mila tengok. Abang tak ada apa-apa dengan Wanda. "

Syamil cuba menerangkan keadaan sebenarnya. Wanda melepaskan pelukannya.

Syamila meluru keluar dari bilik Syamil tanpa mendengar penjelasan.

Hatinya sakit. Rupa-rupanya dalam diam, Syamil masih berhubung dengan Wanda. Semua lelaki sama. Penipu!

"Mila.. Mila.. "Panggil Syamil.
Syamila menahan teksi. Dia meloloskan diri ke dalam teksi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teksi berhenti di hadapan rumah puan Sarimah. Selepas membayar tambang teksi, Syamila meluru masuk ke dalam rumah.

"Mila, sorang je datang. Syamil mana?"
Tanya puan Sarimah. Puan Sarimah sibuk menyiapkan hidangan tengahari.

"Abang ada kat office!"
Jawab Syamila malas.

"Ni kenapa. Muka monyok. Gaduh dengan Syamil ke?"
"Tak,mana de kami gaduh.Sebenarnya Mila rindu kat ummi.Ummi,Mila laparlah."

Syamila peluk puan Sarimah dari belakang. Dia sedih kerana Syamil curang padanya. Syamil menjalinkan kembali hubungannya dengan Wanda.

"Sedapnya Bau. Ummi masak lauk apa ni? Sedap sangat..."komen Syamila. Sebetulnya dia merindui masakkan puan Sarimah.

"Ummi masak asam pedas ikan pari. Sayur campur."
"Sedapnya ummi, ini yang buat perut Mila jadi lapar. "

"Kalau lapar, makan kat sini.. "
"Ok. "
"Semalam ada surat untuk Mila. "
"Dari siapa ummi? "
"Ummi tak tahu dari siapa. Tapi ummi rasa dari overseas kut.Surat tu ada kat bilik Mila. "
Beritahu puan Sarimah.

Syamila tersenyum. Entah-entah surat tawaran belajar ke UK. Syamila terus memanjat anak tangga. Tak sabar rasanya untuk membaca surat itu.

Dia mengoyak sampul surat itu. Lalu di baca. Syamila tersenyum. Permohonan di luluskan. Dia perlu mendaftar pada minggu depan.Syamila bertekad, dia akan pergi walaupun Syamil tidak mengizinkannya.

Syamila terjaga dari tidurnya, pabila telinganya terdengar bunyi orang mandi di bilik mandi.

Dia bangun. Tangannya mencapai telefon. Jam sudah ke angka 6 petang. Lamanya tidur.

Syamil keluar dari bilik mandi. Syamila terkejut melihat Syamil hanya bertuala. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Abang buat apa kat bilik Mila? "
Sergah Syamila. Syamil terkejut.

"Mila, abang boleh explain pasal tadi. Abang.. "
Syamila angkat tangan.

"Cukup. Mila tak nak dengar apa-apa. Kalau abang nak kembali semula pada kak Wanda. Teruskan. Mila takkan halang. Tapi.. abang kena lepaskan Mila. Mila tak nak berkongsi dengan mana-mana perempuan termasuk dengan kak Wanda! "

"Mila, abang minta maaf. Tiba-tiba dia datang. Takkan abang nak halau. "

"Whatever... "
"Mila, "Syamil menarik lengan Syamila. Syamila menentang pandangan mata Syamil.

"Listen. Abang dengan Wanda memang dah tak de apa-apa hubungan. Abang dah lupakan dia sejak abang menikahi Mila. Abang sayangkan Mila... "

Terang Syamil. Syamila merentap tangannya.

"Mila tak nak dengar. Suka hatilah abang nak buat apa. Mila malas nak layan... "

Syamila bangun dari situ. Menyampah pulak tengok muka Syamil.

"Mila... "
"Mila dapat tawaran belajar ke UK. Abang izinkan atau tak Mila tetap akan pergi. "

Beritahu Syamila. Dia sudah nekad. Dia tetap akan sambung belajar. Itu impiannya dari kecil.

"Suka hati Mila lah. Abang malas nak masuk campur dalam hidup Mila. "Syamil mendengus. Perangai macam budak kecik.

"Kalau abang larang pun, Mila tetap akan ke UK."

"Terima kasih. Esok malam Mila akan bertolak."putus Syamila. Syamil beredar dari bilik Syamila.

Cepat-cepat Syamila menutup pintu biliknya. Dia bersandar di balik pintu. Maafkan Mila, abang. Mila tahu abang masih cintakan kak Wanda.

Abang berhak cari kebahagian abang. Mila hanya penghalang cinta abang. Maafkan Mila. Rintih Syamila.

Syamila ke airport berseorangan tanpa di temani sesiapa. Dia tidak mahu ummi, abah yang menghantar. Takut dia tak jadi ke UK.

Dia tak mau sedih lagi. Dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Hal dia dan Syamil biarlah masa yang menentukan.

SEDETIK CINTAWhere stories live. Discover now