SD 17

5.6K 111 2
                                    

Syamil menemani Wanda shopping. Satu persatu butik di Pavillion di kunjungi. Namun satu pakaian pun tidak di beli.

Wanda happy sebab dapat berdua-duaan dengan Syamil. Akhirnya dia berjaya memiliki Syamil walaupun terpaksa meruntuhkan rumahtangga Syamil. Asalkan dia puas.

"Sayang, kenapa dengan you ni? Tak sihat ke?"
tanya Wanda. Syamil kelihatan tak bermaya.

"Sayang... "Wanda merengek.
"Apa dia? You nak apa? "
"You lah. Menung sana. Menung sini. I kat sebelah pun you buat tak peduli.. "
Rajuk Wanda.

"I fikir soal kerja.. "
dalih Syamil. Sebenarnya dia teringatkan sesuatu tetapi masih kabur.

Wanda menarik tangan Syamil. Mereka masuk ke butik. Wanda tertarik dengan baju yang di peragakan di bahagian depan butik itu.

Wanda membelek-belek pakaian itu. Cantik. Komennya.

"Selamat datang. Boleh saya bantu? "
Ramah jurujual itu bertanya.
"I nak try baju ni. Fitting room  di mana? "
"Ada di belakang sana.. "
Balas jurujual itu. Wanda ke bilik fitting room dengan membawa pakaian yang mahu di cuba.

"Syamil. Syamil kan? "
Tegur satu suara. Syamil berpaling. Lama dia menatap wajah gadis di hadapannya.

"Akulah. Hana, anak pak ngah Samad... "Gadis itu memperkenalkan dirinya.
"La, Hana ke. Sorry tak cam tadi. Kau buat apa kat sini? "

"Aku? "Hana melihat sekeliling.
"Beli basikal.. "Hana buat lawak sarkastik. Syamil hanya geleng kepala.

"Temankan kawan aku shopping baju. "Ujar Hana.
"Kawan ke boyfriend? "
"Kau tu keluar dengan sapa? "

Wanda keluar dari bilik fitting room. Dia nampak Syamil sedang berbual dengan seorang gadis yang Agak cantik. Siapa gadis tu.

Wanda menapak ke arah Syamil yang sedang rancak berbual dengan seorang gadis.

"Sayang.. "Rengek Wanda. Serentak Syamil dan Hana menoleh. Hati Hana tertanya-tanya. Siapa gadis yang terlampau gediks di sisi Syamil. Tak tahu ke Syamil sudah beristeri.

"Kenalkan ini cousin I, Hana. Hana, ini my girlfriend Wanda Mustapha. "Perkenal Syamil. Hana menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Dah try ke? "
"Dah. I nak bayar baju ni... "
Wanda beredar ke kaunter pembayaran.

"So.. kau kerja kat mana?"
"Kat klinik. Aku dengar kau dah kahwin. "
Soal Hana. Dahi Syamil berkerut. Kahwin? Bila pulak aku kahwin?

Syamil ketawa.
"Mana kau dengar cerita aku dah kahwin? Aku baru plan nak kahwin dengan Wanda.. "
Ujar Syamil.

Wanda menapak ke arah mereka berdua. Dia memeluk erat lengan Syamil.

"You all sembang apa?apa kata kita ke food court bersembang..."
Ajak Wanda.

"Err.. Hana nak balik klinik kan?"
"Er.. ye nak balik klinik. Masuk shift petang. Ada rezeki kita jumpa lagi. Bye... "
Hana beredar dari situ. Meninggalkan pasangan itu.

"Sayang, cousin you tu dah kahwin? "
"Belum. Nape? "
"You tak pernah jatuh cinta pada cousin you tu. Dia cantik. Takkan sikit pun you tak pernah try tackle dia ke?"

Soal Wanda. Suaranya kedengaran seperti cemburu. Syamil hanya senyum.

Dulu dia ada juga pernah try mengayat Hana. Tapi tak di layan. Syamil mengakui Hana memang seorang yang cantik.

"Sayang,"
Syamil tersedar.
"Tak. I cuma anggap dia macam adik."ujar Syamil. Sekarang ni dia memang tak ada perasaan pada Hana. Zero.

"I hanya sayang you sorang."
"Thanks, sayang. I dah lapar, jom kita makan."ajak Wanda. Mereka berjalan bergandingan ke restoran seri minang.

SEDETIK CINTAWhere stories live. Discover now