"Mila,cuba tengok abang kat bilik. Dah siap ke? "
Suruh puan Sarimah. Syamila memanjat anak tangga.Akhirnya hasrat Syamil untuk menikahi Wanda tercapai.
Semoga bahagia. Doa Syamila.Syamila melangkah masuk ke bilik Syamil. Syamila terpaku. Pasai apa abang aku ni handsome sangat. Adalah sipi-sipi pelakon dari seberang. Baim Wong. Abang siapalah ni!
Agaknya kalaulah aku ni bukan adik dia, dah lama aku jatuh cinta pada abang Syamil. Aceceh..
"Abang"
Syamil menoleh."La.. tak siap lagi?"
"Mila, tolong abang pakaikan butang baju Melayu."
"Okey! "Syamila mengambil butang baju Melayu yang dipegang oleh Syamil. Syamila pasangkan butang baju Melayu itu.
Syamil sempat mencuri pandang ke arah Syamila. Sesekali pandangan mata mereka bertembung. Dub...dab...dub...dap Jantung Syamila berdegup kencang. Perasaan apakah ini?
"Dah siap Syam? "
Serentak mereka menoleh. Muncul Johan. Johan merupakan Best friend forever Syamil. Sudah berkahwin. Mempunyai seorang anak lelaki."Eh, Mila pun ada. "
Johan senyum senyum."Apa hal kau senyum senyum?"
sergah Syamil.
"Kau dengan Mila nampak secocok. ""Kau ni. Mila kan adik aku. "
"Mana kak Ida. Dia tak ikut ke? "
tanya Syamila.
"Kak Ida ada kat bawah. "
jawab Johan.Syamila membetulkan songkok Syamil.
"Abang nampak handsome"
puji Syamila.
"Abang tahu. Abang memang handsome. ""Ala, poyolah abang ni! "
"Apa, poyo? ""Syam, jom kita ke masjid. Dah lambat ni.. "
"Okey. Jom Mila... "~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tepat 11 pagi, mereka telah tiba di masjid. Syamil sudah bersedia duduk di hadapan tok kadi.
Syamila menanti kedatangan Wanda. Kedua orang tua Wanda telah hadir. Cuma Wanda masih belum kelihatan lagi.
Encik Saifullah dan puan Sarimah tak senang duduk. Semua tetamu yang hadir tertanya-tanya di mana pengantin perempuan.
Syamil bangun. Cuba call Wanda. Namun tidak berangkat.
"Macam mana Syam."tanya puan Sarimah.
"Syam dah call tapi dia tak jawab.""Assalamualaikum... "
Serentak mereka menjawab salam itu."Maaf, saya mengganggu. Saya Mimi sepupu Wanda."
Gadis itu memperkenalkan diri. Kedua orang tua Wanda datang kearah Syamil dan puan Sarimah."Mimi.. mana Wanda?"tanya dato' Mustapha, papa Wanda.
"Wanda ke France, pak ngah. "
beritahu Mimi."What?bila dia pergi?"
"Pagi tadi. Maaf pak ngah. Mimi dah cuba halang. Tapi Wanda tetap degil dengan keputusannya."Syamil terduduk. Dato' Mustapha sekali lagi call Wanda, namun tidak berjawab.
"Tak guna punya anak"dato' Mustapha merengus marah. Kesal dengan perangai anaknya.
"Kami minta maaf atas kelakuan anak kami yang memalukan encik Saifullah sekeluarga."
Dato' Mustapha memohon maaf pada encik Saifullah.Anak yang di tatang bagai minyak yang penuh menconteng arang ke muka keluarganya."Malu kita bang. Mana saya nak letak muka ni?"
bentak puan Sarimah.
"Sabar,Mah..tentu ada hikmahnya."
Pujuk encik Saifullah."Bang, saya ada satu cadangan. "
"Cadangan apa Mah? "
Tanya encik Saifullah lemah."Abang ni, saya serius ni. "
Marah puan Sarimah
"Abang pun serius jugak. Cadangan apa, puan Sarimah? "Puan Sarimah pandang Syamil kemudian beralih pada Syamila.
Syamila rasa pelik kenapa dengan ummi ni?"Ummi nak Mila nikah dengan Syam! "
kata puan Sarimah.
"Hah? Ka.. Kahwin dengan abang?"
Syamila terkejut. Dia memandang sekilas pada Syamil. Syamil juga turut terkejut."Ummi, abang kan abang kandung Mila. Mana boleh kami menikah! "protes Syamila.
"Sebenarnya.. "
"Ummi, "
"Mah... "
"Mila kena tahu abang, dah sampai masanya Mila perlu tahu siapa dia sebenarnya... "kata puan Sarimah.Puan Sarimah pandang wajah Syamila. Dia serba salah untuk beritahu perkara sebenarnya.
"Beritahu apa ummi? Rahsia apa ummi, Mila tak faham.... "
"Sebenarnya.. Mila hanya anak angkat kami. "
Akhirnya rahsia yang disimpan selama ini telah terbongkar."Mila tak percaya. Ummi.. jangan nak reka cerita. Ummi tipukan.."Syamila tidak percaya.
"Ummi cakap perkara yang sebenarnya. Mila memang anak angkat ummi dan abah. ""Mila tak percaya. Bohong! Kenapa semua orang nak berahsia dengan Mila."bentak Syamila. Marah menguasai diri.
"Mila tolong ummi. Tolong setuju untuk menikah dengan Syamil. Demi selamatkan maruah kita.Ummi berharap, Mila. "
kata puan Sarimah merayu pada Syamila.Permintaan puan Sarimah buat Syamila terdiam. Takkanlah aku kena kahwin dengan abang Syamil.
Syamila beredar dari situ. Dia stress. Syamila duduk diluar masjid. Menangis. Kenapa semua orang rahsiakan .Syamila rasa sedih.
"Mila.. "
"Abang dah tahu kan? "
Angguk Syamil."Walau macam mana pun, Mila takkan kahwin dengan abang. Mila masih muda. "
Syamila membantah. Syamila tidak mahu menjadi seorang isteri. Dia bercita-cita ingin sambung belajar."Mila, please kahwin dengan abang. Abang merayu sangat. Abang takkan halang cita-cita Mila untuk sambung belajar dan abang takkan tuntut hak abang. Please Mila. Abang merayu. "
Syamil merayu pada Syamila. Hanya Syamila yang boleh tolong.
Syamila serba salah. Dia tidak sanggup untuk menjadi isteri pada Syamil. Tapi..kalau inilah caranya untuk membalas budi encik Saifullah dan puan Sarimah memeliharanya, dia sanggup berkorban demi ummi dan abah.
"Baiklah Mila setuju. Mila setuju bukan sebab abang. Tapi Mila setuju sebab nak balas jasa ummi dan abah.. "
"Thanks, Mila... "
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...