Setahun kemudian.
Cuaca begitu dingin di waktu luruh ini. Mujur juga Syamila membawa jaket tebal.Fikry membawa Syamila dan Nonni bersiar-siar di sekitar London.
Dari istana Buckingham sehinggalah ke London bridge, Tower Bridge dan muzium lilin madam tussaud hingga ke Big Ben.
Syamila betul-betul seronok. Fikry hanya senyum melihat ulah kedua gadis itu.
"So.. lepas ni nak bawa kami ke mana? "
soal Nonni. Dia tidak sabar menanti hari esok."Mila? "
"Kita baliklah. Lusa dah ada class."
ujar Syamila.Nonni mengeluh.
"Alah, tak bestlah. Kita skip
class nak? ""Tak naklah. Kita balik hotellah. Esok nak balik ke campus. "
"Oklah. ""So, lepas subuh kita balik. "
Putus Fikry. Nonni dan Syamila akur. Fikry beredar dari situ.Syamila dan Nonni melangkah ke bilik hotel mereka. Syamila merebahkan diri di katil. Tubuh berasa penat. Seharian berjalan.
Seketika Syamila teringatkan Syamil. Apa yang abang Syamil buat. Agaknya dia dah selamat menikah dengan Wanda.
Syamila mengeluh. Bila jauh, dia rindukan Syamil. Sejujurnya dia sudah jatuh cinta pada Syamil sejak hari pertama mereka di ijab kabul kan. Tetapi dia takut untuk berterus terang.
Flashback.
Mereka sering berebut untuk menonton TV. Masing-masing taknak mengalah.Yang sorang nak tengok ESPN.
Yang sorang lagi nak tengok runningman.Syamila mengambil remote tv yang elok terletak di atas meja kopi.
"Mila, abang nak tengok bola sepak.. "
"No. Mila nak tengok runningman.""Mila! "
Syamila tersengih. Dia suka buat Syamil marah.
"Tak boleh. Mila nak tengok Lee Kwang So. ""Macamlah Lee Kwang So tu handsome sangat. Handsome abang tau.."Cebir Syamil.
Syamil memuji diri sendiri. Alah, Lee Kwang So tu mana de handsome. Kutuk Syamil.
"Eleh, cakap je la jealous!"
Syamila jelir lidah.
"Mila.. bagi cepat. Kalau tak.. ""Kalau tak apa..? "
"Kalau tak, abang cium karang.. "
ugut Syamil."Eleh, macamlah berani sangat. "
Syamila mencabarnya. Hisy! Dia ni memang nak kena cium dengan aku ni. Gumam Syamil.Syamil mengejar Syamila. Syamila lari menyelamatkan diri dari di kejar oleh Syamil.
Entah macam mana kaki Syamila tersadung sofa. Sempat Syamil menyambut tubuh Syamila.
Pandangan mereka bertautan. Dada Syamila berdebar-debar tatkala menatap wajah kacak milik Syamil.
Tidak semena-mena Syamil menghadiahkan satu ciuman di dahi Syamila. Syamila terkaku.
End flashback.
Tiba-tiba Syamila tersenyum bila terkenangkan momen itu."Mila.. Mila.. "
"Hah! Apa dia? "
"Beranganlah tu.. "
usik Nonni."Taklah. Cuma buat kerja part time.. "
"Kalau kau teringatkan Syamil, kau call dia... "
Saran Nonni."Aku takkan call dia, Nonni. Dia dah bahagia dengan kak Wanda."
Syamila membuat andaian. Tetapi bila dia menyebut nama Wanda, tiba-tiba hatinya terasa ngilu.Telefon Syamila berbunyi. Menandakan satu panggilan masuk.
"Helo,Assalamualaikum. Ya, ummi ada apa ni? "
"Waalaikumussalam. Ummi nak beritahu. Tapi ummi harap Mila bertenang. "Syamila pegang dada. Dia cuba bertenang.
"Ada apa ummi? "
"Ummi nak Mila balik Malaysia. Syamil accident. Abah dah bank in kan duit. Ummi nak Mila balik sekarang. "
"Baik, ummi. "
Syamila mematikan talian telefon."Kenapa Mila, kau nampak cemas? "
tanya Nonni. Syamila mengemas pakaiannya."Aku kena balik Malaysia. Suami aku accident. "
beritahu Syamila. Hatinya teramat risau. Kalau dia ada kuasa magic, mau dia terbang ke Malaysia."Relax okay. Kita doakan abang Syamil selamat. "
"Aku risau, Nonni. Aku takut aku tak dapat jumpa dia."
"Sabar okay. Cepat siap. Aku hantar kau ke airport.. "
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...