Sewaktu melalui kedai aiskrim baskin & robbin, Syamil teringat sesuatu. Dia teringatkan Syamila. Syamila suka makan aiskrim kat kedai itu. Syamil tersenyum kecil.
"Sayang, kenapa ni?I tengok you tersenyum-senyum. You teringatkan Mila ke?"
Wanda menutup mulut. Tetiba mulutnya lancar menyebut nama Syamila.Syamil menoleh.
"You kenal Mila?"
"Offcourse lah I kenal. Dia kan bakal adik ipar I. Dia kat mana sekarang ni?"tanya Wanda.
"Study kat London."jawab Syamil."Sayang, I nk buat majlis pernikahan kita kat masjid. Dan majlis resepsi kita kat hotel sri delima. Okey tak?"kata Wanda dengan teruja. Dia tidak sabar untuk jadi isteri Syamil.
"Okey. I nak jumpa parents you esok. Kami nak bincang tentang majlis nikah kita."
"Sebenarnya parents I tak ada kat Malaysia. Mereka ke US, ada urusan kerja kat sana."
Wanda memberi alasan. Sebenarnya dia tak balik kerumah dato' Mustapha."Kita nikah lepas diorang balik."
"No. Papa izinkan I menikah dengan you. Cuma parents you boleh terima I tak?""Setuju atau tidak, I akan menikahi you. I cintakan you."ucap Syamil. Wanda memeluk erat lengan Syamil. Wanda sembunyi senyum. Dia perlukan Syamil untuk jadi pak sanggup.
"I hantar you balik."
Mereka berjalan beriringan ke parking kereta.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syamil merapikan bajunya. Hari ini dia akan menikah dengan Wanda kekasih hatinya.
Sementara menunggu kedatangan Johan, dia membuka galeri di telefon bimbitnya. Dia melihat gambar Syamila. Sejak mereka pulang dari Teluk Batik, Syamil tidak berjumpa dengan Syamila. Syamil rasa berdosa pada Syamila. Dia terlanjur meniduri Syamila.
Syamil tersenyum sendiri bila melihat gambar Syamila sewaktu Syamila masih bersekolah.
Senyumnya mati bila melihat gambar dirinya bersama Syamila memakai pakaian pengantin. Tiba-tiba kepala Syamil sakit. Syamil memegang kepalanya. Tidak tahan menanggung sakit. Syamil jatuh pengsan.
Pintu bilik Syamil terbuka. Muncul Johan dan puan Sarimah.
"Syamil.."jerit puan Sarimah. Mereka meluru kearah Syamil.
"Syam.. Syamil bangun."puan Sarimah menggoyangkan tubuh Syamil.
"Syam.. Syam bangun."kejut Johan. Syamil tidak beri respon.
"Makcik, kita bawa Syam ke hospital."saran Johan. Puan Sarimah mengangguk.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wanda mundar mandir di hadapan masjid. Dia cuba call Syamil namun tidak berjawab.
"Syamil tak datang ke Wanda?"soal Fina.
"Aku tak tahu. Aku dah try call dia. Langsung tak berjawab."sungut Wanda. Dia mencuba call Syamil sekali lagi. Namun hampa tidak berjawab. Dia rasa nak campak aje telefonnya. Telefon Wanda berbunyi."Hello..."
"Syamil pengsan. Ada kat hospital."Johan memberitahu.
"I akan kesana."Wanda menekan butang merah."Aku nak ke hospital, Syamil ada kat sana."Wanda terus berlari ke parking kereta. Memandu ke hospital.
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...