SD 22

7.2K 129 2
                                    

"Assalamualaikum.."ucap Syamila seraya menggantung kot di belakang pintu utama. Hidungnya terbau aroma yang enak. Sepertinya Nonni sedang memasak.

"Masak apa tu?"tegur Syamila. Nonni berpaling. Tersengih.
"Erm.. sejak bilalah kawan aku ni mencemar duli masuk ke dapur.."perli Syamila. Tangannya membuka tudung saji. Ada sambal udang. Yummy.

"Kau yang masak ke, Nonni. Aku macam tak percaya je. Atau malam tadi kau mimpi putera raja datang meminang kau.."

"Heloo.. cik kak. Kau ingat aku ni tak pandai masak ke? Saja je aku malas nak tunjuk bakat memasak aku.."Nonni membalas. Syamila cekup seekor udang lalu dimasukkan ke dalam mulut. Erm.. Sedap.

"Mila..kau okey?"
Dahi Syamila berkerut.
"Aku okeylah. Lagipun perut ni masih kecil lagi. Okey je. What's up?"

Nonni serba salah. Tadi sewaktu dia beli barang dapur di kedai runcit di Chinatown bersama Fikry, Syamil menelefonnya. Memberitahu bahawa ,Syamil sudah berada di London untuk berjumpa dengan Syamila.

Flashback.
"Please, Nonni. Abang nak jumpa sangat dengan Mila. Abang rindukan Mila.."Syamil merayu. Dia tak malu untuk menangis dihadapan Nonni dan Fikry. Fikry dan Nonni saling berpandangan.

"Apa yang terjadi sebenarnya, bang. Sampai Mila merajuk. Nonni dengar abang dah kahwin dengan kak Wanda."

"Tak. Abang tak jadi kahwin. Ingatan abang dah pulih. Abang nak jumpa Mila."

"Abang Syam, Mila tengah merajuk tu. Kami harap abang banyakkan bersabar.."Fikry mencelah.

"Abang balik dulu. Kalau semua dah reda atau mood Mila ok, kami call abang.."janji Nonni.

"Janji Nonni. Abang nak sangat jumpa Mila."

End flashback.

Syamila petik jari di hadapan Nonni.
"Kau dah kenapa? Beranganlah tu."
Nonni gelisah. Serba salah mahu beritahu Syamil sudah berada di London.

"Kalau abang Syamil datang sini dan merayu untuk minta maaf dengan kau, kau maafkan dia tak?"tanya Nonni.

"Kenapa dengan abang Syamil? Dia honeymoon kat sini?"
"Tak. Maksud aku.."
"Aku tak nak jumpa dia. Sampai bila-bila pun aku tak nak jumpa. Dan dia tak patut tahu yang aku mengandungkan anak dia."

Nonni buntu. Syamila dengan egonya tidak mahu berjumpa Syamil.

"Mila, anak ni anak abang Syamil juga. Dia patut tahu.."
Syamila ketawa. Ketawa kuat. Ketawa yang sengaja di buat.

"Selama ini ada dia ambil berat pasal aku, pasal anak ni?"tanya Syamila lagi.

"Aku dah penat, Nonni. Penat dengan semua ni."
Syamila mengatur langkah ke bilik. Dia duduk di birai katil. Syamila menangis. Dia rindukan Syamil.

Perlahan-lahan Syamila merebahkan diri. Walaupun kandungannya masih 4 bulan, dia cepat penat.

Tok.. Tok..
Dengan langkah malas, Syamila bangun melangkah ke pintu.

"Nonni, aku tak nak ma-"
Sebaik pintu di buka, bukan Nonni yang berdiri di situ tetapi Syamil. Syamila terkejut bila melihat Syamil. Syamil terus masuk ke bilik tanpa disuruh.

Syamil meraih tubuh Syamila ke dalam pelukannya. Syamila membalas pelukan itu. Dia sangat merindui Syamil.

"Maafkan abang, sayang. Kerana melukakan hati Mila.."Syamil memohon maaf.

"Jangan macam ni, bang."tolak Syamila lembut.
"Abang dah jadi suami kak Wanda."dia mula sebak. Airmata berlinangan di pipinya.

Syamil tergelak kecil. Syamila belum tahu apa yang telah berlaku. Syamil merapatkan tubuh semulanya dengan Syamila.

"Look at me.."
Airmata Syamila yang mengalir dikesat dengan jarinya. Syamil tidak mampu mengawal perasaannya. Terus dia merangkul erat tubuh Syamila. Di peluk erat dan esak nangis Syamila semakin kuat. Syamila membalas pelukannya.

"Abang tak jadi menikah dengan Wanda. Ingatan abang pulih selepas abang jatuh pengsan pada petang abang nak menikah."cerita Syamil. Syamila hanya mendengar. Dia raih tangan Syamil.

"Maafkan Mila. Mila banyak berdosa pada abang.."kata Syamila memohon maaf. Syamil tersenyum. Dia mengusap kepala Syamila.

"Mila nak beritahu sesuatu pada abang.."
"Apa dia?"
"Err.. Mila pregnant almost four month.."
Syamil terkejut. Dia seakan tidak percaya bahawa Syamila mengandung.

"Kita balik Malaysia.."
Dahi Syamila berkerut.
"Untuk apa, Mila ada 3 semester nak habiskan belajar.."
"Alah, abang nak Mila sambung study kat Malaysia. Abang tak nak berjauhan dengan Mila lagi. Abang nak Mila sentiasa di sisi abang."kata Syamil. Menarik tubuh Syamila ke pelukannya
"Nanti Mila fikirkan."

SEDETIK CINTAWhere stories live. Discover now