Balik dari masjid, Syamila terus masuk ke bilik. Menukar pakaian yang lebih selesa. Kini Syamila sah menjadi isteri kepada Mohd Syamil.
Pintu bilik dibuka. Syamil melangkah masuk. Syamila berpaling. Memandang wajah Syamil buat hati Syamila marah. Sebab Wanda, aku jadi pak sanggup.
"Kenapa tak masuk bilik abang. Bilik abang kan selesa.. "Syamil memulakan bicara. Syamila tetap membisu.
"Mila marahkan abang. Abang minta maaf.. "
"Huh! "Syamila mendengus marah. "Senangnya minta maaf. Abang paksa Mila nikah dengan abang. Lepas tu abang cakap minta maaf! ""Kalau Mila tak setuju, kenapa Mila terima cadangan abang? "
Ewah.. Ewah kenapa aku terima, sebab kau tu merayu kata hati Syamila."Sebab ummi, abah. "
"Bukan sebab abang ke? "
usik Syamil.
"Perasan."Syamila mencebik."Mila.. "seru Syamil. Melabuhkan punggung di sebelah Syamila. Tangan Syamila diraih. Syamila menarik tangannya. Namun pegangan Syamil terlalu kuat.
"Abang tahu, Mila sukar untuk terima abang sebagai suami. Kini abang sah jadi suami Mila.Abang minta Mila terima abang seadanya dan abang juga terima Mila seadanya. Harap kita harungi hidup bersama-sama.. "
Selepas menuturkan kata-kata itu tangan Syamila di bawa ke bibir. Dikucup.
"Abang ngantuklah. Jom kita tidur.. "
"Nak tidur,tidur je lah. Mila tak ngantuk lagi. ""Nanti masuk bilik abang ye.. "
Syamila tidak membalas. Dia rasa gementar mahu masuk ke bilik Syamil."Nantilah Mila masuk. Mila nak kemas baju. "
Syamila memberi alasan. Syamil tersenyum-senyum.Syamila rasa cuak. Mulalah otak tu fikir macam-macam.
"Abang tak fikir apa-apa. Abang cuma ajak Mila tidur. Itu je. Salah ke? "
Syamil bertanya."Abang pergilah tidur dulu. Nanti Mila masuk bilik abang.. "
Syamil beredar dari bilik Syamila. Syamila bangun, cepat tangannya menutup pintu. Dia bersandar di balik pintu. Dadanya berdebar-debar.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kau dah dapat panggilan dari pihak U di London?"
Tanya Nonni sewaktu mereka sama-sama keluar lunch.
"Belum lagi. Entahlah kalau dapat aku pergi. Kalau tak dapat, aku belajar kat kolej sini je.."kata Syamila. Tangannya ligat memutar straw di dalam gelas.
"Mila, boleh aku tanya sikit.?"
"Tanyalah. "
"Aku tengok, kau ni makin berseri-seri. Kau pakai pencuci muka jenama apa. Sharelah kat aku. "Syamila menepuk kedua belah pipinya.
"Ye ke. Kau nak tahu satu rahsia."
"Rahsia apa? "
tanya Nonni tak sabar."Aku dah kahwin... "
"Apa, kau jangan main-main Mila. "Nonni tidak percaya dengan kata-kata Syamila.
"Kau ingat aku main-main ke? ""Kau kahwin dengan siapa? "
"Dengan abang Syamil. "Nonni terkejut. Biar betul.
"Bukan ke dia abang kau.. "
"Dia abang angkat aku."
"Abang angkat kau? "
"Ye. Aku ni cuma anak angkat diorang. ""Bukan ke abang Syamil bertunang dengan sapa tu... model losyen clear tu, ala sapa namanya. Hish! lupa aku."Nonni cuba mengingatkan kembali nama tunang Syamil.
"Wanda Mustapha. ""Ha.. Wanda Mustapha. Baru aku teringat. Susah beno aku nk ingat nama Minah tu."ujar Nonni. Dia menyedut air tembikai.
"Kenapa abang Syamil tak jadi nikah dengan Wanda?"tanya Nonni ingin tahu.
"Dia tak datang. Apa yang aku tahu masa tu Wanda pergi France. Parents dia pun tak tahu.""Dan kau di paksa kahwin dengan abang Syamil. "
Syamila mengangguk. Nonni pegang tangan Syamila."Fikry tahu?"tanya Nonni.
Geleng Syamila. Dia tidak tahu bagaimana mahu beritahu pada Fikry."Aku tak tahu nak beritahu dia macam mana. Aku takut dia kecewa. "
"Kau kena berterus terang pada dia. Tentang status kau.. "
Syamila mengeluh. Syamila serba salah mahu memberitahu pada Fikry. Fikry seorang yang lembut hati. Dia juga perasan selama ini Fikry memang ada menaruh hati padanya.
"Nanti nantilah aku beritahu dia. Dah pukul berapa sekarang ni?"
tanya Syamila. Dia kena balik cepat. Takut bertembung dengan Syamil.
"Ala relax lah. Awal lagi.. "
"Mila.. "
Panggil Nonni. Lamunan Syamila bersepai. Sempat juga dia berangan."Sorry, Nonni. "
"Ehem.. Ehem.. ingatkan cik abang erk. Rindulah tu.. "
usik Nonni."Helo, tak de makna aku nak ingat dia time macam ni. Aku nak balik awal itu je."
balas Syamila."Aku hantar kau balik. Kau tunggu ye. Aku nk bayar bil... "
Nonni melangkah ke kaunter. Selepas membayar harga makanan, mereka berjalan ke parking kereta.
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...