Tepat pukul 10 pagi Syamila dan Nonni tiba di sekolah. Keputusan peperiksaan STPM telah keluar.
"Tahniah, Syamila, Nonni. Kamu telah lulus dengan cemerlang.. "
Cikgu Anna mengucap tahniah pada mereka berdua."Syukur alhamdullilah. Kita berjaya dengan hasil usaha kita.."
Kata Syamila."Macam mana dengan result Fikry?"
Mereka ke arah Fikry yang duduk keseorangan di kantin."Hei, Fikry. "tegur Nonni. Nonni duduk di sebelah kiri Fikry. Manakala Syamila duduk di sebelah kanan.
"Macam mana dengan result kau? Lulus ke?"
tanya Nonni. Fikry hanya mendiamkan diri. Kenapa dengan Fikry ni? Tak lulus periksa ke?"Fikry, bawa bersabar ye. Tahun depan cuba lagi.. "Pujuk Syamila. Tidak lama kemudian, Fikry ketawa terbahak-bahak.
"Kau apa hal? "marah Nonni. Tangannya menampar bahu Fikry.
"Sakitlah bodoh!"
Fikry menggosok bahunya yang sakit."Orang tanya serius, dia main-main pulak"gerutu Nonni geram.
"Alah, janganlah marah cik Nonni Nadhirah. Abang bergurau jek.. ""Uwek! "Nonni buat gaya muntah hijau. Geli bila Fikry membahasakan diri dengan panggilan abang. Syamila hanya ketawa. Dia terhibur bila melihat gelagat Nonni dan Fikry.
"Awak lulus tak Fikry? "
"Off courselah lulus. Korang dah mintak U mana?"
"Kat London!"serentak Nonni dan Syamila menjawab."Aku harap, kita dapat U yang sama. "doa Fikry.
"Insha Allah. "Telefon Syamila berbunyi. Syamila menyelongkar sling bagnya.
"Helo, "
"Mila, ini kak Wanda. Boleh kita jumpa?"Syamila terkejut. Kenapa tiba-tiba kak Wanda call
"Boleh. Akak jemput Mila kat sekolah. "
"Mila share location sekolah, Mila."
Talian di matikan. Syamila sms alamat sekolahnya. Harap kak Wanda senang nak cari.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sedaplah makanan kat sini.."komen Syamila. Sudah separuh nasi telah selamat masuk kedalam perut.
Nasi kak Wanda langsung tak berusik.
"Kenapa tak makan?"
"Nanti akak makan. Mila boleh akak tanya? "
Terhenti suapan Syamila. Dia memandang Wanda pelik."Tanyalah. "
"Mila ada simpan perasaan pada Syamil ke? "
"Apa maksud akak?""Perasaan cinta pada Syamil."
Syamila terkejut lalu pandang Wanda. Apa punya soalan."Tak adalah. Dia kan abang Mila. Mila sayangkan dia tapi tak delah sampai cintakan abang Syamil. Kenapa akak tanya? Akak jeles erk? "
Hati Wanda berbelah bagi. Syamil pernah beritahu Syamila cuma adik angkatnya. Takkanlah Syamila tak de rasa nak jatuh cinta pada Syamil. Syamil tu handsome. Mustahil.
"Kenapa kak.. "
"Tak ada apa. Cuma akak nak Mila jangan terlalu rapat dengan Syamil. "Dahi Syamila berkerut. Kenapa kak Wanda nak cemburu.
Wanda pegang tangan Syamila."Please Mila. Akak sayangkan Syamil. Dia cinta pertama akak..."
Astaghfirullah.. Syamila istighfar.
"Kak, dia abang Mila. Kami memang rapat sebab abang Syamil satu-satunya abang yang Mila ada.. Dah tentu Mila sayangkan dia. "
"Please Mila. "rayu Wanda.
Syamila hanya diam.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syamila menyimpan borang permohonan ke City University, London di dalam laci. Esok boleh pergi pejabat pos bersama Nonni.
Syamila capai novel .Sebelum tidur, baca dulu novel .
Pintu bilik Syamila terbuka secara tiba-tiba. Syamila terkejut. Syamil berdiri di muka pintu.
Wajahnya kelihatan kepenatan. Apa hal dengan abang ni? Dia melangkah masuk.
"Tadi Mila jumpa siapa?"
tanya Syamil serius.
"Mila.. Mila.. "
"Cakap! "
"Jumpa kak Wanda. Dia yang ajak jumpa. ""Mila cakap apa pada dia? "
Syamila rasa pelik. Cakap apa. Takkanlah kak Wanda mengadu pasal tadi."Mila tak cakap apa-apa bang. "
"Bohong! Mila dah pandai menipu ye. Mila bagi amaran pada Wanda. Jangan kahwin dengan abang! "tuduh Syamil."Tak. Mila tak cakap macam tu. "
"Bohong! Dia tu kekasih abang. Suka atau tak, abang tetap kahwin dengan Wanda! "Syamila terdiam. Kecut perut bila melihat wajah Syamil yang sedang marah.
"Syamil, Syamila.. kenapa ni, tiba-tiba nak marah. "
Tiba-tiba puan Sarimah muncul."Mila tak tahu. Abang marah Mila."Syamila mengadu. Puan Sarimah memeluk Syamila. Syamila takut melihat wajah bengis Syamil.
"Syamil! "
"Ummi, tolong nasihatkan anak kesayangan ummi ni jangan nak sibuk masuk campur dalam urusan orang... "Syamil terus meninggalkan bilik Syamila dalam keadaan marah.
"Mila jumpa Wanda ke tadi?"
Puan Sarimah bertanya.
"Ye, ummi. Kak Wanda yang ajak jumpa tadi.kami hanya sembang kosong je cuma.. ""Cuma apa? "
"Kak Wanda merayu pada Mila jangan terlalu rapat dengan abang. Dia cemburu."
Syamila mengadu.Lantas puan Sarimah memeluk Syamila.
YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...