Cinta Ke Benci? part 2

2.5K 43 1
                                    

Milya memarkir kereta mercedes milik atuknya di garaj. Jam tepat menunjukkan pukul 9.30 pm waktu London. Dia harus segera packing segala barang barangnya ke dalam bagasi. Dia sememangnya malas untuk melakukannya awal awal. Dia malas dan sangat malas.

Belum sempat dia menaiki anak tangga untuk masuk ke dalam bilik, Mrs Aisyah Jalien iaitu neneknya menyergah.

" Milya? ". Segera Emilya mematikan langkah dah segera menoleh ke arah neneknya.

" Yes? ". Milya segera mendekatkan dirinya kepada Mrs Aisyah Jalien.

Mrs Aisyah Jalien memeluk pinggang cucunya dan melemparkan senyumannya sebelum mula bertanya. " Are you ready to go home? ". Tanyanya lembut.

Dia tahu bahawa Emilya masih belum bersedia untuk pulang tetapi sampai bila dia harus tinggal disini sedangkan ini bukan tempat kelahirannya dan orang tuanya juga bukan disini.

Milya melepaskan lelah. " I also need to go home despite the many reasons that I can say ".

" Ini sudah masanya kamu pulang ke tanah air kamu. Sampai bila kamu harus berkepit dengan atuk dan nenek? Kamu harus mencari jodoh kamu dan masa depan kamu di negara sendiri, Malaysia" Dengan nada yang pelat Mrs Aisyah Jalien berbahasa melayu.

Hampir nak tergelak Emilya mendengar neneknya begitu berusaha untuk bertutur dalam bahasa melayu dengannya. Sudah lah bahasa melayu nya lintang pukang lepas itu dengan bertambah pula loghat inggerisnya sudah macam apa entah. Tergelak besar Emilya mendengar.

" Ouh my god. you are too struggle grandma. I think you should learn how to speak in Malay betul betul". Sengaja Emilya menyakat neneknya bercampur dengan ketawa yang masih bersisa.

Emilya menyambung. " Its okay grandma, at least you tried. Actually, Milya juga kena belajar berbahasa melayu lagi kerana sudah lama tidak berbahasa melayu ". Terkekeh kekeh mereka berdua ketawa apabila Milya juga sebenarnya sudah sedikit pelat berbahasa melayu. Habislah, nama saja melayu tapi lupa daratan. haih.

"Already six years you stay with us. You're going home tomorrow. whatever happened there later, you have to be strong to face it and be patient. Okay? ". Mrs Aisyah Jalien mengusap pipi lembut cucunya dengan penuh kasih sayang.

Terasa berat baginya untuk melepaskan cucunya pulang. Tapi apakan daya, disini bukan negara kelahirannya dan dia tiada hak untuk menghalang cucunya pulang. Sebak rasanya tetapi ditahannya air mata agar cucunya tidak perasan dengan kesedihannya.

" Nenek, thank you sebab jaga Milya disini. I appreciate what you've done for me. I love you and grandpa sooooo much". Segera Emilya memeluk tubuh tua itu dengan rasa hormat dan sayang.

Walaupun di Universiti ramai menggelarkannya hot, diva, sombong dan tidak berapa berminat dengan orang bawahan, tetapi dia masih punya hati dan perasaan. Masih tahu bagaimana hendak menghormati dan mengasihi. Tetapi, gadis ini kalau dah datang ego dia, cakap lah apa pun, buatlah apa pun, dia sanggup lakukan demi diri dia, sanggup mempertahankan diri dia dan tidak akan dengar apa pun orang nak cakap.

   **********

   Kapal terbang Malaysia Airlines yang tiba dari London sudah pun mendarat di KLIA. Milya rasa berdebar seketika. Hatinya mengomel sendiri ' Wow, this place has changed a lot '.

   Emilya segera mencapai telefon bimbitnya untuk memberitahu daddynya bahawa dia sudah pun tiba. Dia tidak mahu menunggu lama disini. Apa yang dia mahukan sekarang adalah sampai rumah dengan segera dan berehat. ' Huh '. Keluhnya sendiri.

   Emilya menelefon daddynya berkali kali tetapi tiada jawapan. ' oh my god,  where are you daddy?! I wont wait here! '. Bentaknya dalam hati. Mana tidaknya semalam beria benar daddynya suruh telefon kalau sudah tiba di lapangan terbang, tapi sekarang di telefon tetapi tiada jawapan. Dia geram dan rasa hendak baling saja telefon ini. Mujurlah ini iphone 7, kalau nokia 3310 tu memang barai lah jawabnya.

   Dia cuba untuk menelefon mummynya pula. Masuk, tetapi tiada jawapan sama seperti dia menelefon daddynya.  'Sucks! ' Jerit hati kecilnya. Hilang sabar dah sekarang ni. Dia cuba untuk menelefon orang yang dulunya begitu rapat dengannya. Main sama sama, gelak tawa sama sama. Ha, siapa lagi kalau bukan kakaknya, Qisteena Syatikah. Perbezaan umur mereka hanyalah setahun. Jadinya, sebab itulah sewaktu kecil mereka sangat rapat. Tapi sekarang, kakaknya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki.

   " Omg, I'm glad that you pick up the phone. Where is daddy and mummy?. Dengan tidak beri salamnya, bertanya khabar pun tidak terus terjah saja kakaknya itu.

   " Kalau iya pun bagi salam boleh kan, ni terus terjah je orang. Daddy kata dia balik lambat sebab ada meeting dengan client. Mummy sibuk dekat butik sebab besok ada fashion show katanya. So whaddup? Takde siapa nak jemput you ke? "


   "Ha yelah, bila i taknak balik suruh i balik then daddy said inform him if i dah sampai. Tapi now? everyone was busy busy busy. You pick up lah i kak.  I taknak duduk sini lama lama". Dengan nada yang agak kesal Emilya menjawab. Dia segera mematikan telefon dan segera mencari tempat duduk.

   Sedang dia fokus dengan telefon bimbitnya semasa berjalan mencari tempat duduk, terasa ada bahu yang di langgarnya. Agak kuat juga lah. Rasa macam nak terhuyung hayang badannya tetapi di kawal dengan serta merta agar tidak terjatuh. Malu wehhh kalau terjatuh depan orang ramai. Tak pasal pasal terbuat drama pula dekat sini

   " Hye! Can't you see me?!  Wear your eyes when walking not using your nose. Ugh! ". Marah Emilya kepada seorang lelaki yang telah melanggarnya. Habis terjatuh telefonnya. Untung saja tiada apa apa kalau tidak, kau bayar balik! Hensem, hitam manis dan wajahnya melayu tulen. Gayanya begitu menarik. Eh? Dia baru balik dari mana ni? Siap dua bagasi pula ni. Dah macam perempuan pula bawa banyak baju. Ah, Milya peduli apa. Kau langgar kau bertanggungjawab!
  
   "Excuse me Miss.  I think that you actually hit me.  And one more thing, i think that i should ask you did you walk using your phone or your eyes?" Tanya lelaki sombong di hadapannya ini. Uish, kerek betul dia ni. Panas pula hati Emilya di buatnya. Nama saja melayu tapi sombong dengan kaum sendiri. ' Eh, Dia tahu ke aku melayu?' desis hatinya. Mungkin juga lelaki ini tidak tahu kalau dia ini melayu. Mana tidaknya, muka pun dah macam minah salleh tulen.

   " Oi! Cakap itu baiklah sedikit. You yang jalan macam apa entah nak rushing sangat. You anggap ini semua salah i? " Sengaja Emilya membalas kata kata lelaki itu dengan bahasa melayu. Baru dia tahu Emilya ni melayu.

   Tergamam Faris dibuatnya apabila gadis mat salleh ni bertutur dalam bahasa melayu dengannya. Tapi agak kelakar lah pula bila dengar. Yelah, dah lah pelat, berlagak pula. Muka cantik, rambut dah perang dah, mata dah lawa dah, bibir dia ' uyooo' desis hatinya. Bibir merah jambu, tinggi persis model. Tapi, pergh sombong nak mampuih!

   Dari atas sampai ke bawah dia melihat gadis ini. Sungguh cantik. Tetapi bukan cita rasa Faris. ' Taknak aku perempuan sombong macam ni'. Hatinya mengomel. Sempat pula dia menilai gadis ini.

   "Lahh, reti bahasa melayu? Baru nak belajar ke? Kalau baru belajar takpayah kot rasanya kau nak ceramah aku. Aku takde masa". Faris berlalu pergi tanpa berkata apa apa pun. Segera dia meninggalkan tempat itu supayah jauh dari perempuan mat salleh ini. Menyampah!

   Terlopong mulut Emilya apabila diperkatakan seperti itu kepada dirinya. ' Aku melayu lah!  kau tahu apa? '. Marahnya dalam hati. Membara sungguh hatinya.

   Baru pijakkan kaki di tanah Malaysia ni dalam setengah jam yang lalu, datang pula manusia tak guna macam ni. 'My not so first day in Malaysia is so bad. '. Keluhnya perlahan.

              To be continued

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang