Cinta Ke Benci? Part 4

1.5K 32 1
                                    

Jam tepat menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Milya menggaru garu kepalanya yang tidak gatal itu beberapa kali. Dia memusing badannya di atas katil. Ke kiri dan kemudian ke kanan dan kemudian ke kiri pula. 'Suckssss!! I'm so bored asf! '. Jerit hati kecilnya. Dia merasa seolah olah sedang berada di penjara. Sudah hampir seminggu dia di Malaysia dan langsung tak pergi mana mana. Bukan sebab dah tak tahu jalan, cuma, dia nak keluar dengan siapa? Syatikah saja selalu sibuk dengan kerjanya. Cuba bayangkan, orang yang tak reti nak duduk diam aje di rumah tiba tiba terpaksa duduk rumah dan tak pergi mana mana. Dulu, waktu di London, nak tengok Milya duduk di rumah lama lama, memang tidak lah. Kerja dia asyik keluar, pergi gym, lepak dengan kawan kawan dan sesekali pergi ke club.

Dia mendengus kasar. Emilya bangun dari tempat tidurnya dan menuju ke balkoni yang memang sudah sedia ada di biliknya. Dia melihat kerdipan bintang di langit dengan penuh perasaan. Dia rindu. Ye, dia sangat rindu untuk menatap langit London. Bila malam malam seperti ini dia memang gemar sekali menatap bintang bintang yang indah di waktu malam.

Kedengaran pintu biliknya diketuk beberapa kali menyebabkan lamunan Emilya tersentak.

" Masuklah." Emilya mempelawa.

Puan Sri Diyana membuka pintu bilik puteri nya perlahan lahan. Dia mendapatkan anaknya lalu mengusap lembut rambut puterinya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum.

   Puan Sri Diyana masih teringat waktu Emilya dipindahkan ke London waktu usianya tujuh belas tahun dahulu, dia memang ingin benar anaknya menjadi seorang insan yang berjaya. Terutama sekali, berjaya seperti suaminya yang berjaya mendapatkan semuanya kini. Suaminya memang sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Bukan dia nak menyekat cita cita anaknya, cuma dia tidak mahu anaknya terus berkecimpung dalam bidang modelling sahaja.

   Emilya memang sejak dari dua belas tahun lagi sudah berkecimpung dalam bidang itu. Dia memang meminati bidang itu sejak dahulu lagi. Entah kenapa dia boleh jadi model tu, jangan ditanya lah. Tengok saja lah dia dari kecil lagi dah cantik apatah lagi dah besar macam ni, lagi lah cantik. Semasa dia berumur tujuh belas tahun saja dah nampak benar dewasanya dia.

   "Ada apa mummy?" Emilya bertanya. Pelik pula dia tengok mummynya tiba tiba aje berkelakuan begini. Masuk masuk terus mengusap kepalanya dan kemudian mengelamun pula.

"Besok Milya kena pergi office daddy ye? You can start working tomorrow".

"I dont know if i can handle it mummy. You know me right? I takboleh nak handle all of that."

"Mummy yakin Milya boleh buat. Lagi pun, Milya dah belajar kan macam mana nak handle bisnes? Dekat U kan dah belajar pasal business management".

Dia mengeluh. Entah lah, dia macam tidak yakin untuk uruskan syarikat daddynya itu. Walaupun memang di London dia mengambil jurusan pengurusan perniagaan, tapi dalam real life untuk menguruskan bisnes itu rasa macam susah sangat.

   Dia bukannya beria benar nak jadi ahli perniagaan ni, tapi disebabkan daddynya seorang ahli perniagaan yang terkemuka bukan saja di Malaysia malah hampir di seluruh dunia, terpaksa juga lah dia ikut jejak langkah daddynya. Kononnya bakal pelapis daddynya lah ni. Syatikah pula disebabkan dah ada bisnes sendiri dengan suaminya, ha dia pula jadi mangsa keadaan.

   "What can i say..  Nak taknak memang kena pergi juga kan? I pun pergi London tujuannya untuk ini jugakan? Okay then what time?". Dengan nada sinis Emilya berkata.

   "Mummy nak you buat ni ikhlas, bukan sebab daddy. We want you to be success macam mana daddy dah berusaha keras untuk semua ni. Look at him, struggle for everything untuk kita semua and masa depan kita satu family.  Dont you realize it sayang?" Panjang melebar Puan Sri Diyana menyedarkan anaknya yang satu ini. Biar dia faham sikit sebab musabab dia dan suaminya meminta Emilya untuk mengikuti langkah suaminya.

   "Okay mummy whatever. Milya kena datang pukul berapa besok?". Malas dia hendak melayan bebelan mummynya. Nanti kalau di layan makin bingit pula telinganya. Terpaksa lah tadah sampai bernanah kau haaa.

   "Make sure 8 a.m sharp okay? Jangan biarkan daddy tunggu lama. Time is money". Puan Sri Diyana melemparkan senyuman sebelum pergi meninggalkan anak gadisnya. Nampak dah muka anak gadisnya tu berubah. Tidak tahu lah sama ada dia sedang marah ke atau tidak puas hati. Apa yang penting, ini semua demi kebaikan anaknya. Siapa lagi nak bantu suaminya selain anak anaknya sendiri.

     'Goodluck dear self'. Kata hati Emilya sambil menepuk dadanya sendiri.

**********


  Kesesakan lalu lintas pada pagi ini membuatkan kepala Emilya rasa berdenyut. Sakit kepala dibuatnya apabila terpaksa menghadap jammed pagi pagi macam ni. Padahal dia keluar rumah lebih awal dari yang di tetapkan. Rajin betul lah orang Malaysia ni bangun pagi nak pergi kerja awal awal macam ni. Buat sesak jalan je tau.. Desis hatinya.

   Mana tidaknya, dengan sesaknya, dengan bunyi hon orang belakang yang tak reti sabarnya, dengan jeritan orang yang dah memang tahap kesabarannya meletus tahap gabannya. Bising!! Mahu saja dia menjerit dekat orang yang tak reti sabar ni,

   'Hey ni jalan untuk semua orang lah! Apa kau ingat ni jalan opah kau? Suka suka kau je nak maki maki orang tengah jammed macam ni. Kau tak nampak ke traffic light dekat depan sana plus kereta tengah beratur panjang'. Bebelnya sendiri. Gila ke apa nak maki orang yang tengah memaki ni, mahu di sembelih ha habis lah kau Emilya. Dia hanya mampu membalas makian kereta belakang itu dalam keretanya saja. Tak berani lah dia nak maki balik.

   Stress juga dibuatnya. Sudah lah kereta beratur panjang lepas itu dengan lori dekat depan ada empat pula. Muatan berat pula. Kalau lampu merah dah hijau, semua kereta berlumba nak potong lori yang tegedek gedek menyebabkan kereta lain tidak sempat untuk melepasi lampu merah. Dia punya tegedek gedek kau.. lembabnya minta ampunnnn. Baru hijau dah merah balik. Haih sabar jelah.

   Dia cuba mencari tempat parkir kereta yang kosong. Tidak ada! habislah, dia sudah hampir terlambat. Dia tidak rela mendengar bebelan daddynya. Nanti mula lah masa itu duit lah, masa itu emas lah, masa itu sebenarnya melemaskan ada lah!! Emilya menjerit dalam hati. Geram pula dibuatnya.

   'iiiitttttttttttttt'. pedal brek ditekan sekuat hati. Terkejut Emilya dibuatnya apabila tiba tiba seorang lelaki sedang melintas di hadapan keretanya.

   Faris terkaku. Terkejut dengan apa yang telah terjadi tadi. Sipi saja lagi dia hampir di langgar. Gila ke apa orang yang bawa kereta ni?

   "Encik? Are you okay? I'm sorry, this is my fault." Emilya dengan tulus memohon maaf. Bersalah pula dia kerana bawa kereta masa mengelamun lepastu laju pula.

   Faris melihat perempuan berbaju blouse pendek berwarna biru paras lutut di hadapannya ini. Macam pernah jumpa, tapi dekat mana ya?

   Emilya tergamam, oh tidak ini lelaki yang melanggarnya di airport dulu.

   "You? ". Emilya menuding jari ke arah lelaki itu.

   "Kau lagi? ". Baru dia ingat siapa gadis di hadapannya kini. Wahh tak sangka boleh jumpa lagi gadis sombong ini.

To be continued

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang