Cinta Ke Benci? Part 20

875 26 2
                                    

   "Aini, cancel kan meeting i lepas lunch ni".

   "Okay cik Milya".

   Tak kira. Hari ni dia harus pergi ke ruangan cctv itu sekali lagi dan perlu mencari tahu siapa yang masuk ke pejabat pada hari sabtu atau ahad yang lalu.

   Jam di kerlingnya. Baru menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Lagi setengah jam dan dia akan terus ke ruangan itu

**********

   "Cuba pakcik lajukan sedikit". Minta Emilya.

   Video pada 16/10 telah dimainkan sejak dari pukul 8.00 pagi hinggalah waktu tengah hari masih tidak dapat mencari siapa yang masuk ke dalam pejabat pada waktu itu.

   "Try play selepas lunch". Sekali lagi Emilya meminta. Tapi, masih tiada siapa. Dia hampa.

   "Maaf sebelum tu, Pakcik nak tanya ni. Cik Milya sebenarnya cari apa ye?". Pak Bakar si penjaga cctv bertanya. Mungkin dia pelik juga melihat Emilya yang tiba tiba menyuruhnya memainkan rakaman video cctv.

   "Pakcik ada nampak sesiapa masuk office di tingkat saya pada hari sabtu atau ahad kelmarin tak?"

   "Tak ada orang yang masuk pun cik Milya."

   "Betul? Tak ada sesiapa langsung yang tak di kenali masuk ke ruangan pejabat saya?"  Emilya bertanya bagi memastikan.

   "Hmm.. Yang tak di kenali tak ada. Kecuali Tan Sri Cavin Hudson".

   Dahi Emilya berkerut seribu. 'Daddy?' Desis hatinya.

   "Hari apa ya masa tu? Pukul berapa?"

   "Ahad. Kira kira pukul 4.00 petang macam tu. Sebab pakcik ada tegur Tan Sri sekali masa tu."

   Okay ini pelik. Ahad yang lalu daddynya memang ada keluar. Katanya pergi main golf. Daddynya pulang ke rumah kira kira dah nak maghrib macam tu. Pak Bakar kata kira kira pukul 4 dia menegur Tan Sri Cavin. Daddynya keluar pergi main golf dari pagi. Jadi persoalannya, daddynya buat apa ke pejabat dan ke mana lagi selepas pulang dari pejabat? Ini sungguh pelik.

   "Uhm, okay lah. Terima kasih ye pakcik."

   "Sama sama cik Milya".

   Selepas keluar dari bilik cctv, Emilya tidak terus ke pejabatnya tetapi berlalu pergi ke Petaling Jaya iaitu ke pejabat daddynya.

   "Ye cik ada apa?" Tanya seorang wanita si penyambut tetamu.

   "I nak jumpa Tan Sri". Kata Emilya.

   "Maaf ye. Cik perlu buat appointment dulu sebelum berjumpa dengan dia". Kata penyambut tetamu itu. Sudah lah muka sombong tiada senyuman. Orang yang sedang tegak di hadapannya langsung tidak di pandang malah sibuk menghadap telefon. Curi tulang. Dia tidak tahu siapa yang sedang berhadapan dengannya kini.

   Emilya meniliti namanya. "Cik... Rina. Ye cik Rina. Baru kerja sini ke?" Tanya Emilya. Matanya tajam melihat perempuan itu masih tidak memandangnya.

   "Kalau i baru kerja sini kenapa ye cik? Ada problem?" Kata Cik Rina itu dengan sombong.

   "I'm asking you Cik Rina. Where is Tan Sri Cavin Hudson?". Emilya sekali lagi bertanya. Perempuan di hadapannya ini benar benar menaikkan darahnya. Karakter seperti ini di jadikan penyambut tetamu? Benar benar pilihan yang salah.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang