Cinta Ke Benci? Part 14

1K 33 1
                                    

Faris terjaga dari lenanya. Dia memandang sekeliling. Jam tepat menunjukkan pukul 5.45 petang. Dengan beribu kegagahan dia cuba untuk bangkit dari tempat tidurnya. Dia mengambil keputusan untuk mencari Emilya di bilik sebelah. Rasa pedih di perutnya masih belum hilang sepenuhnya, tetapi demi mencari Emilya, dia gagahkan juga dirinya.

Ketukan demi ketukan tetapi masih tiada jawapan. Sudah beberapa kali dia memanggil nama Emilya tetapi masih tiada jawapan juga. Kemana gadis itu telah pergi? Dia harus mencarinya. Risau juga kerana Emilya masih belum sembuh sepenuhnya. Bahaya kalau gadis itu pengsan lagi. Takut masa dia pengsan nanti ada orang yang membawa lari gadis itu.

Dengan bergegas dia turun dari bilik hotel itu. Puas dia mencari gadis itu di ruangan lobi tetapi tiada. Dengan segera dia pergi pula ke kawasan pantai.

"Bukan macam ni.. Come, akak tunjukkan macam mana nak buat".

Kelibat Emilya sudah di temui. Faris tersenyum seketika melihat Emilya yang sedang sibuk melayani dua orang budak kecil yang sedang membina istana pasir. Dia bersyukur melihat Emilya yang sudah semakin sembuh dari demamnya. Dan yang paling dia sangat bersyukur adalah apabila Emilya tidak apa apa. Apa yang difikirkannya tadi tidak terjadi. Lega.

"Kakak, istana ni boleh masuk ke?" tanya budak lelaki berbaju kuning itu kepada Emilya.

Emilya tersenyum apabila mendengar pertanyaan budak lelaki ini.

"Mana boleh.. Istana ni kecil je. Adik nama apa?"

"Saya Firdaus yang ini adik saya Raihan. Nama kakak apa?" sekali lagi budak yang bernama Firdaus itu bertanya.

"Nama kakak Qisteena Emilya. Panggil kak Milya je."

Lega hati Faris melihat Emilya kembali tersenyum. Ini memang kali pertama dia melihat Emilya berkelakuan begini. Tiada ego, tidak marah marah, murah dengan senyuman dan yang paling dia tidak menyangka, Emilya juga suka akan budak budak.

Emilya tiba tiba perasan dengan kehadiran Faris yang sedang leka memerhatinya bersama dua orang budak ini. Dengan segera dia berlalu ke arah Faris.

"Sejak bila kau ada dekat sini? Dah okay?"

"Belum sihat sangat. Dalam 5 minit tadi kot aku dekat sini".

"Ouhh.. Kau nak makan tak? Sorry aku lambat. Seronok layan budak budak tu".

"Pandai kau layan budak budak kan. Dah boleh jadi mama".

"Oh ph-lease.. Aku tak ready lagi nak jadi mama. Setakat layan macam tu je, okay lah".

"Ni, aku tanya ni. Kau nak makan tak?"

"Kejap lagi lah. Aku seronok duduk sini".

"Ha jom, apa kata kau tolong kami semua bina istana pasir tu. Boleh hilangkan sikit rasa sakit perut kau tu."

"Eh, macam tu pula? Ada effect eh kalau aku tolong?".

"Ada.. Dah jom. Kau dah lama berehat kan."

Faris mengikuti Emilya dari belakang. Mereka berdua bersama sama membantu dua orang budak lelaki itu membina istana pasir mereka. Sudah seperti satu keluarga bila dilihat dari jauh. Seperti keluarga yang bahagia. Ditemani gelak ketawa, bergurau senda. Segala masalah Emilya dan Faris terhenti seketika.

"Abang ni, suami kak Milya ke?" Tanya budak yang bernama Raihan itu.

Baru saja Emilya mahu menjawab, Faris segera memotong. "Haah. Abang ni suami akak ni." Faris menjawab dengan selambernya.

Tercengang Emilya. Entah sejak bila pula Faris ni bergelar suami dia. Perasan.

"Ohh.. Kakak dengan abang ni takda anak ke?" Tanya Raihan sekali lagi. Banyak pula soalan dia.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang