Cinta ke Benci?- Part 24

869 27 11
                                    

Jam menunjukkan pukul 4.45 petang. Emilya memarkir keretanya di perkarangan rumah. Sejujurnya dia belum bersedia untuk bersua muka dengan keluarganya. Dia masih rasa sakit hati. Dia masih kecewa kerana di tipu. Kakinya seolah olah tidak mampu melangkah.

'Huh'. Dia mengeluh perlahan.

Pintu besar rumah ini di kuak dengan perlahan. Sepertinya tiada siapa berada di rumah pada waktu begini. Dia redah saja masuk ke dalam rumah dengan pantas sebelum sesiapa menyedari kehadirannya. Tetapi, tanggapannya salah. Baru saja dia menekan lif, Puan Sri Diyana sudah bersuara terlebih dahulu.

"Emilya. Ya Allah Milya dah balik dah? Kenapa tak bagitahu mummy? Emilya pergi mana sayang?". Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Puan Sri Diyana.

Emilya hanya membisukan diri dan segera melepaskan pautan tangan mummynya di bahunya dengan kasar.

"Emilya.. Kenapa ni? Risau mummy you tak balik semalam. You pergi mana?" Sekali lagi mummynya bersuara.

Emilya masuk ke dalam lif dengan segera. Puan Sri Diyana juga segera masuk ke dalam lif. Dia tahu Emilya pasti sedang marah. Dia yakin benar Emilya pasti sudah mengesyaki bahawa dia juga telah bersekongkol dengan suaminya. Tetapi, hati seorang ibu lebih kuat. Dia masih tetap ingin bertanya anak gadis nya ini kemana dia pergi semalam tanpa memberitahu mereka semua.

"Emilya.. Jawab mummy sayang. You pergi mana semalam?".

Emilya melangkah keluar dari lif dan segera menuju ke arah biliknya berada.

Belum sempat Emilya masuk ke dalam bilik, Puan Sri Diyana dengan pantas menarik tangan anaknya.

"Leave me alone mummy!" Kata Emilya sambil menarik tangannya dengan kasar dari genggaman mummynya.

"Apa yang buatkan you jadi macam ni?" Tanya Puan Sri Diyana.

"What? You ask me apa yang buatkan i jadi macam ni? I salah dengar ke? Mummy ingat Milya tak tahu yang mummy pun bersekongkol dengan daddy pasal Faris? I know everyone dalam rumah ni tengah tipu i, tengah nak hancurkan hidup i semata mata demi lelaki bodoh tu? Come on! You guys fikir i taktahu? Selama ni i diamkan je segala expectation i but now, i dah tahu semua ni. I dont deserve all of this!". Marah Emilya. Bergema satu rumah dengan suaranya yang kuat.

"You dont deserve all of this Emilya. But i am your mother. And i dont deserve all of this from my daughter. You bercakap dengan mummy seolah olah mummy tak ada perasaan. Seolah olah mummy bukan mummy you." Luluh hati seorang ibu apabila di tengking oleh anaknya sendiri.

Air mata Emilya mengalir deras. Luluh juga hatinya kerana terpaksa berkeras. Tiada lagi kelembutan dalam dirinya apabila hatinya sudah berkecai bak kaca dan tidak boleh di cantumkan semula. Mereka langsung tidak memahami Emilya. Apa yang mereka tahu hanyalah mengaturkan segala gerak geri hidup Emilya seolah olah Emilya tiada hati dan perasaan. Hancur juga hati Emilya melihat air mata ibunya. Tetapi, dek kerana amarah dan ego, semuanya telah tertutup.

Emilya segera masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu biliknya itu. Dia menangis semahu mahunya. Dia tidak hidup untuk semua ini. Dari kecil hingga besar hidupnya di aturkan oleh ibu bapanya. Apa yang dia mahu lakukan, akan di bantah oleh keluarganya. Memang dari kecil hingga sekarang apa yang dia minta akan di beri tetapi masalah masa depannya, dia seolah olah robot yang perlu patuh kepada penciptanya. Tidak. Dia tidak mahu diperlakukan seperti ini lagi. Dia tidak mahu tinggal di Malaysia lagi.

Dia mengesat air matanya dengan kasar. Pintu almari besar dalam biliknya di buka. Satu per satu baju yang tergantung diambil dan di masukkan ke dalam bagasi. Segala barang barangannya di masukkan. Dia tiada masa lagi. Dia perlu ambil flight malam ini juga.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang