Cinta Ke Benci? Part 9

1.1K 21 0
                                    

'Tiinnnn tinnnn' kedengaran bunyi hon kereta bergema di seluruh kawasan villa milik Tan Sri Cavin Hudson. Sungguh memekakkan telinga dan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Emilya sesekali mengintai dari tingkap biliknya. Dia mendengus kasar.

"Tak reti sabar betullah dia ni. Dah lah paksa orang ikut then right now tak reti nak tunggu. Annoying nya". Emilya mengomel sendiri sambil mengenakan lipstick matte berwarna nude di bibir mulusnya. Cantik.

Dengan segera dia menekan punat lif dan segera berlari anak ke arah kereta Range Rover milik kakaknya. Dia memang pantang sungguh kalau ada orang mengasak dirinya sewaktu dia sedang dalam tempoh bersiap. Syatikah sungguh menjengkelkan baginya. Sudah lah dipaksa ikut dan menganggu waktu rehatnya, selepas itu dia di ganggu semasa sedang bersiap. Emilya memang akan menjadi kabut tidak tentu arah jika ada orang mengasaknya sewaktu dia sedang melakukan sesuatu.

"You can stop hon hon i sekarang. Hye dah lah you paksa i ikut then you push i masa i bersiap. You know me right? I paling pantang orang buat i macam tu". Hambik kau Syatikah. Baru saja Emilya memasuki kereta, dia terpaksa mendengar bebelan Emilya.

"Hahahah.. Assalamualaikum. Takde lah. I ingat you tu tidur lagi ke, tak pun baru siap mandi. I'm sorry okay. Wont do that again. InsyaAllah". Bersalah pula dibuatnya tetapi ada juga lawaknya disitu bila melihat Emilya sedikit tercungap cungap dek berlari anak tadi. Dari dalam kereta dia sudah memerhati Emilya yang memang gelabah bila di push sebegini. Kesian ada. Tapi lebih kepada lawak. Kahkahkah.

"Waalaikumsalam. Ha yelah. Wont do that again konon, nanti esok lusa you do that again. You bukan boleh percaya pun. Dah tunggu apa lagi. Jalan lah. Oh god blessed me". Kesal dia jadinya. Dia mendongakkan kepalanya ke atas sedikit sambil bersandar ke kepala kerusi.

Syatikah hanya tersenyum dek menahan ketawa. Nak sambung ketawa nanti malah di bebelkan oleh Emilya lagi. Lebih baik diam saja.

"Assalamualaikum aunty Milya, Syafiq dah lama tak jumpa aunty Milya. Syafiq rindu lah dengan aunty. Boleh tak Syafiq duduk depan dengan aunty?" Syafiq yang sedari tadi hanya berdiam diri di tempat duduk belakang, akhirnya bersuara menyapa Emilya. Peramah sungguh anak kecil ini.

Emilya yang sedang leka dengan telefon bimbitnya akhirnya terhenti.

"Ehhh Syafiq. Sorry i didnt noticed you.. Waalaikumsalam sayang. Aunty pun dah lama tak jumpa Syafiq. Itu lah Syafiq asyik duduk rumah nenek yang dekat sana je. Nak duduk dekat aunty? Come." Emilya menyapa Syafiq kembali dengan nada yang lembut. Dia menyambut Syafiq dari tempat duduk belakang untuk duduk di atas ribanya. Emilya sebenarnya suka juga dengan budak budak. Lihat saja di begitu tetapi bila bersama budak budak, dia mampu melayani kerenah mereka walaupun tak berapa nak power sangat.

Syatikah yang sedang leka memandu menegur anak lelakinya.

"Ya Allah Syafiq sayang ni.. Sejak bila anak umi pandai mengada dengan aunty Emilya ni? Habis rosak rambut aunty tu nanti kalau kena himpit. Ke sebab aunty Emilya ni cantik? Pandai eh anak umi ni mengada.." Tersenyum Syatikah melihat kemanjaan anak bujangnya yang satu ini.

"Pandai kah you ni. Takde lah kan sayang. Aunty okay je".

Syafiq hanya tersenyum kambing. Dia sememangnya suka benar dengan Emilya. Tidak tahu lah kenapa, kalau jumpa saja dengan Emilya, pasti dia mahu didukung, di belai oleh Emilya. Mungkin saja dia selesa dengan Emilya dan Emilya pula tidak kisah untuk melayani kerenah Syafiq.

**********

Syatikah sedang asyik membelek tudung tudung yang berbagai jenis dan warna manakala Syafiq pula di pimpin oleh Emilya yang hanya menunggu di kerusi berhadapan dengan butik Qaisarah Hijab ini. Segan pula dia nak masuk tempat itu. Sudah lah dia berpakaian sebegini yang memakai skinny jeans berwarna hitam dan dipadankan dengan baju berwarna putih ketat yang menampakkan bentuk badan dan mendedahkan kedua belah bahunya dan dadanya sedikit. Terserlah betapa putihnya Emilya. Rambut perangnya di lepaskan dan dicurly kan sedikit di bahagian bawah. Hari ini di sememangnya malas hendak memakai kasut tumit tinggi. Jadi dia hanya menyarungkan kasut vans berwarna hitam putih saja.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang