Cinta ke Benci? - Part 23

797 13 2
                                    

   Pedal minyak ditekan selaju lajunya. Jarum meter kereta Porsche berwarna merah itu menunjukkan kiraan pada 140. Laju. Sangat laju. Emilya benar benar marah hinggakan dia sendiri tidak sedar bahawa dia sedang memandu dengan begitu laju. Dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah. Dia tidak tahu mahu ke mana tetapi apa yang dia fikir adalah dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa buat masa ni. Bila Emilya sudah benar benar berapi, dia memang akan jadi seperti ini. Dengan barannya dan ditambah dengan egonya. Mukanya sudah basah dek kerana menangis. Sampaikan matanya kabur kerana air mata masih bertakung di kelopak matanya. Emilya, tetap dengan amarahnya.

   **********

   "Abang, mana Emilya ni bang. Dah pukul 9 malam dah ni dia tak balik lagi. Apa dah jadi ni bang? Macam mana dia boleh tahu semua benda?" Puan Sri Diyana mula khuatir dengan anak gadisnya. Dia tahu benar dengan sikap baran Emilya sewaktu dia sedang marah. Pernah sekali sewaktu Emilya di London, dia bertengkar dengan bekas kekasihnya dahulu hinggakan dia jalan tak ingat dunia. Hampir saja dia di langgar oleh kereta sewaktu melintas. Mahu datang gila si Emilya ni nanti habis lah. Risau sungguh Datin Sri.

   "Saya tak expect yang dia akan dengar perbualan saya dengan Faris. Kami berdua je masa tu dan tiba tiba Emilya datang dari arah belakang dan terus mengamuk."

   "Abang.. Ya Allah sudah lah dia tu drive sorang. You know kan your son? If she is in anger, everythings was just.. Haih saya tak tahu nak cakap tapi dia tu lain abang."

   "I know. Dia pun anak saya. Macam mana lah kita didik anak kita sampai perangai dia jadi macam tu. Dah macam lelaki pun ada. Saya pun tak faham lah nak describe dia tu macam mana". Kesal Tan Sri Cavin dibuatnya. Kenapa lah anak perempuan dia yang sorang tu keras hati sungguh. Berlainan pula dari Syatikah.

   "Assalamualaikum daddy, mummy". Syatikah bersalaman dengan orang tuanya sebelum dia mula bertanya.

    "Waalaikumsalam". Jawab orang tuanya serentak.

    "What is going on?" Syatikah bertanya.

   "Semua dah terbongkar dah Isya. Milya dah tahu about our plan. Dia marah sungguh. Daddy tak expect dia akan dengar perbualan daddy dengan Faris petang tadi".

   "Jadi, apa yang Emilya buat lepas dia tahu?" Syatikah bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian.

   "Sampai sekarang dia tak balik lagi. Sudah lah dia drive sorang sorang. Mummy risau". Datin Sri sungguh risau hinggakan air matanya sudah mula menitik.

   "Astaghfirullahal'azim. Dia tu susah betul nak kawal marah dia.  Sokay mummy, everything okay. Kita doakan dia selamat ke mana saja dia pergi. InsyaAllah, Allah lindungi dia." Syatikah cuba menenangkan hati mummynya. Orang tua mana tidak risau dengan anaknya walaupun anaknya bersikap seperti Emilya. Hati seorang ibu memang cepat sayu. Syatikah mengerti benar kerana dia juga seorang ibu.

   Tan Sri Cavin Hudson berkali kali cuba mendail nombor Emilya tetapi tidak di angkat. Dia kesal, kecewa dengan sikap ego anaknya. Dia hilang sabar.

   "Dah lah Diyana. Awak tak payah nangis pasal anak macam tu. Ego melampau!" Kali ini darah Tan Sri Cavin sudah membara.

   Syatikah mula takut. Daddynya akan nampak seram bila dia benar benar sedang marah. Syatikah masih cuba menenangkan mummynya.

**********

   Telefon berdering beberapa kali. Semak otak Emilya dibuatnya. Dia dengan segera mematikan telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tak sangka begitu jauh dia memandu sampaikan dia sudah hampir sampai ke.. Johor? Apa? Dia sudah sampai ke Johor? Biar betul? Uihh memang sampai ke sini lah cerita dia. Sejak jam 6 petang lagi dia memandu tanpa henti dan akhirnya dia tiba di Johor Bahru. Mengagumkan. Sungguh mengagumkan.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang