Cinta Ke Benci? - Part 25

798 13 1
                                    

Langkah terhenti seketika. Entah sebesar mana hati ini bergelora. Mahu gembira, atau mahu menangis juga tidak pasti. Apa yang dilihat didepan mata sungguh tak terkata. Apa yang dicari selama ini akhirnya bertemu jua. Rasa tak tertahan air mata dapat melihat keindahannya sekali lagi. Bersyukur pada yang Maha Esa kerana pertemukan dia dengannya.

' Emilya '. Panggilnya lembut dalam hati. Faris tak mampu lagi untuk memanggil nama itu. Susuk tubuh itu masih berada di depannya. Tak mungkin dia akan merosakkan kegirangan Emilya saat ini. Apa yang pasti, jejak Emilya tak mungkin akan hilang sekali lagi.

Faris masih mengekalkan topeng hitam di mulutnya agar tidak diketahui identitinya. Sengaja dia jalan di hadapan Emilya seperti tidak pernah mengenali gadis itu. Ye, Emilya sama sekali tidak menunjukkan respon apa apa. Dia hanya biasa saja. Masih sibuk dengan burung yang di tangkapnya tadi.

**********

"Bye grandma bye grandpa". Jerit Emilya lantas keluar dengan segera.

"Take care darling!" Kata neneknya dengan nada yang agak kuat supaya dapat di dengari oleh Emilya.

"Alright!" Balas Emilya.

Emilya melangkah ke dalam pejabat dengan begitu pantas. Dia pasti akan di marahi bosnya jika dia didapati terlambat lima belas minit. Oh tidakkkk!

"Emilya". Panggil seseorang dari arah belakang. Pasti. Sudah pasti bosnya akan buat ceramah sepanjang tiga ratus lima puluh muka surat sebab dia lambat.

Dengan perlahan Emilya menoleh.

"Erk.. Erkk.. Yes bos?" Kata Emilya sedikit gugup.

"So, should i ask you the same question every morning uh?" Kata bosnya dalam nada memerli. Choyy straight to the point jelah. Poyo.

"Im sorry. My mistake." Kata Emilya.

"Yeah. Sure. Of course this is your mistake and i have to heard that word every day and every morning."

"So what should i say then?" Tanya Emilya kembali.

"Dont you remember i am your boss and you are just my stuff. I pay your salary every month and you have to respect me as your boss. Or..."

"You dont have to say that word. Start from now on, i'm out from this bullshit company. Satisfied?" Kata Emilya kasar.

Hambek kau. Terkejut beruk si boss berlagak nya itu apabila di maki oleh staf nya sendiri. Padan muka.

Langkah Emilya laju. Dia perasan memang ramai yang sedang memerhatikan pertelingkahan nya dengan bosnya tadi sehinggakan ada yang terkejut malah tidak percaya dengan kata kata berani Emilya sebentar tadi. Berikan tepukan gemuruh buat Emilya.

Dia berjalan di kawasan Tower Bridge sendirian. Nak kata sedih sebab dah kena pecat.. Eh tak maksudnya dah blah dari tempat kerjanya tu, tak juga. Nak kata happy pun tak juga. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Entah kenapa dia rindukan Malaysia. Dia rindukan semua orang termasuklah... Ah tak. Dia benci Faris. Lelaki penipu!

'Paaapppp' Emilya terduduk apabila badannya tiba tiba dilanggar oleh seseorang dari belakang.

"I'm.. I'm sorry miss." Kata lelaki itu meminta maaf lalu membantu Emilya untuk berdiri semula.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang