Cinta Ke Benci? - Ekyn Safril

4.8K 78 14
                                    

   Salji mula turun ke atas tanah bumi London ini ditambah pula tiupan angin sepoi sepoi yang menyebabkan bulu roma mula tegak walaupun sudah menyarungkan berlapis baju dan jaket sekalipun. Qisteena Emilya atau nama manjanya Milya menggosok-gosok  telapak tangannya beberapa kali sehingga terasa hangat dan diletakkan ke pipi mulusnya agar terasa panas sedikit. Suasana malam terakhir di London amatlah sayu bagi hatinya. Manakan tidak, sejak dari usianya tujuh belas tahun lagi dia memang sudah di pindahkan disini bersama nenek belah daddynya. Daddynya yang memang orang inggeris tulen yang telah memeluk islam sudah sekian lama lagi sejak berkahwin dengan ibunya. Selepas beberapa tahun daddynya memeluk islam, maka datanglah hidayah kepada nenek dan atuknya di London ini untuk memeluk islam seperti daddynya. Oleh kerana itu, Daddynya percaya dengan nenek dan atuknya untuk menjaga Milya disini.

   Sudah 6 tahun Milya tidak menjejakkan kaki ke tanah kelahirannya, Malaysia. Bagaimana bentuk Malaysia itu sekarang? Banyakkah yang sudah berubah? Ah, yang penting Milya memang terpaksa untuk pulang. Bukan kerana sudah melupakan, tetapi sekian lama dia disini dan negara ini sudah tidak asing baginya. Cuaca yang sudah sebati dengan dirinya, kawan kawan yang sudah rapat dengannya dan macam macam lah. Bukan sebab apa, cuma kiranya seperti kejutan budaya. Mana tidaknya, enam tahun di bumi London dan terpaksa pulang ke Malaysia dek kerana amanah daddynya untuk menjaga perusahaan mereka yang baru di buka di Petaling Jaya.

   Bukannya dia memang sudah seratus peratus melupakan Malaysia. Mana boleh lupa, itu kan tempat kelahirannya tetapi dek kerana semuanya berbeza berbanding disini jadi, itulah persoalannya kenapa dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Nak bertutur dalam bahasa Malaysia pun agaknya terbelit belit lidahnya. Mana tidaknya enam tahun disini, nak bertutur dengan mummy dan daddynya juga bahasa inggeris bukannya Malaysia. Serasa seperti lupa daratan pun ada tapi itu lah Qisteena Emilya, cantik, manis, muka persis mat salleh lagi tapi, sombong.

   Milya mengelilingi London untuk malam terakhirnya disini. Mungkin lepas ini, susah lah nak selalu pulang ke London. Urusan bisnes lagi, perancangan kedua orang tua nya masih menjadi tanda tanya lagi. Dia mengeluh tanda lelah.

   " I'm gonna miss this beautiful place " . Desis hati kecilnya

   Setelah agak lama juga Milya memberhentikan kereta di Tower Bridge, lamunannya tersentak apabila dia mendapati panggilan telefon dari daddynya.

   Dengan segera dia menjawab. " Hye daddy, how are you? ". Milya memulakan perbualan bersama daddynya dengan sopan.

   Tan Sri Cavin Hudson tidak menjawab pertanyaan khabar Milya, malah terus memulakan pertanyaannya. " You are going back to Malaysia for tomorrow aren't you? "

   Milya menghembuskan nafas seketika sebelum menjawab soalan daddynya. Memang itu permintaan daddynya agar dia pulang ke Malaysia " Yes daddy, as what you wish ".

   "Okay good. Besok daddy akan suruh Pak Subri jemput Milya okay? Just inform me if you are arrived. See you soon ". Dengan segera Tan Sri Cavin mematikan telefon.

   ' Oh my god. I can't do this! Oh god blessed me'. Desis hatinya redha. Memang dia kena redha pun nak balik ke Malaysia.

                To be continued

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang