Cinta Ke Benci? Part 19

779 38 1
                                    

   Hari yang sungguh membosankan. Hari ini bermula lah kembali rutin hariannya. Seperti biasa, pergi office, balik office, jumpa client dan meeting. Baru lapan hari dia tak masuk pejabat, perasaan malas sudah mula menghantui dirinya. Tapi tak mengapa, selepas waktu makan tengah hari, Emilya akan pulang kerana sudah tiada kerja. Maklumlah, Syatikah sudah menyelesaikan tender syarikat. Hari ini dia cuma mahu half day sahaja. Selepas lunch, sama ada dia akan berjalan ke mana mana atau, dia akan terus pulang ke rumah.

   Dia membelek jam tangannya sudah masuk pukul 10.00 pagi. Lama lagi nak sampai waktu lunch. Dia memusing musingkan kerusi big boss nya. Sepertinya hari ini tiada apa apa kerja sangat nak di buat. Dia beralih pula ke sofa dan membuka tv.

   'Tokk tokk tokk'. Kedengaran pintu pejabatnya di ketuk.

   "Come in". Suruh Emilya.

   "Good morning cik Emilya. Saya nak minta tanda tangan cik Emilya." Kata seorang pekerja perempuan.

   "For what eh?"

   "Untuk kerja yang tertangguh selama beberapa hari since Cik Emilya tak masuk office".

   "Bawa sini". Kata Emilya. Pekerjanya itu segera pergi mendekati dirinya di sofa yang Emilya duduk dan menghulurkan sebuah fail kepadanya.

   "Okay done. You can go now".

   "Thank you cik Emilya." kata pekerja itu sopan. Yelah, dengan bos mesti lah kena sopan sikit kalau tak habis lah kena tengking dengan bos. Nak nak dapat bos kerek macam ni.

   Emilya sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Baru dia ingat kejadian lima hari sebelum dia di bawa oleh Faris.

   "Aini, masuk bilik i kejap". Emilya memanggilnya.

   Dua minit selepas itu Aini muncul.

   "Yes cik Milya?".

   "I have a question for you". Kata Emilya.

   "What kind of question you want to ask me cik Milya?" Aini bertanya sopan.

   "About 5 days ago, you ada kata yang i ada appointment dengan someone at Gloria Jeans Cafe right? Remember it?"

   "Uhm, bila ye?".

  "Cek lah balik." Keras Emilya. Aini ni ada masa blur dia datang tiba tiba.

   Aini sedaya upaya membelek buku catatan yang akan di tulis segala appointment Emilya. Maklumlah dah memang itu kerja sebagai PA.

   "Ha yea baru saya ingat. 18/10 pukul 1.30 tengah hari iaitu after lunch, cik Milya ada date with someone. Itu yang Cik Milya nak tahu kan?". Bertungkus lumus Aini membelek muka surat di buku catatannya untuk mencari tarikh itu. Akhirnya dia jumpa juga. Fuh.. Nasib baik. Kalau tidak, habis Emilya membebel.

   "Okay, my question sekarang ni is, siapa yang tulis benda tu? And are you sure you tak tahu that time dengan siapa i kena jumpa or you sengaja buat buat tak tahu?" Emilya beralih tempat dan berdiri benar benar di hadapan PA nya itu. Tahu kau takut.

   Aini tak boleh nak bergerak. Rasa macam kakinya di paku. Tubuh cantik bos nya sudah pun berdiri di hadapannya. Ini kali pertama bosnya berdiri di hadapannya seperti ini. Tertelan air liur weh rasanya. Rasa macam beauty and the beast lah pula. Rendah diri rasanya apabila berdiri dengan bosnya yang havoc ini. Sudah lah tinggi persis model. Walaupun Aini ni tak ada lah pendek mana, tapi ketinggian bosnya ini lebih dari nya lagi lagi bosnya memakai kasut tumit tinggi.

    "Uhm.. Itu i memang tak tahu Cik Milya. Dari haritu i fikir benda ni siapa yang tulis. Tulisan dia tak ada lah jauh sangat dengan tulisan i. Tapi boleh nampak lah agak lain sedikit." Jelas Aini.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang