Cinta ke Benci? - Part 22

766 22 0
                                    

     Hari ini Emilya mengenakan kot dan lapisan dalam bajunya berwarna putih dan dipadankan dengan skirt berwarna hitam. Rambut perangnya disanggulkan sehingga menampakkan rantai dilehernya. Nampak cantik dan indah gadis itu pada hari ini. Tak, bukan setakat hari ini saja malah setiap hari dan setiap masa. Emilya merapikan sedikit rambutnya dan segera keluar dari biliknya.

   "Emilya.. Emilya.. Dah siap ke?" kedengaran jeritan suara mummynya dari bawah.

   "I'm done". Jawab Emilya.

   Dia segera masuk ke dalam lif dan menuju terus ke ruangan makan. Sebelum dia duduk, dia mendapatkan mummynya dan mengucup lembut pipi tua itu dengan ucapan " good morning mummy. Have a nice day"

   Setelah itu, dia pergi pula ke arah daddynya. " morning daddy. Have a nice day ".

   "Have a nice day too sayang". Tan Sri Cavin Hudson dan isterinya sama sama menjawab.

   Emilya fokus dengan sarapannya. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya pagi ini. Bukan apa, cuma dia masih teringatkan kejadian semalam. Apakah Faris sudah okay atau masih merasa sakit? Nampaknya Faris masih marahkan dia sebab malam semalam pun whatsapp Emilya masih belum di balas.

   'Huh'. Emilya lelah.

   "Aik? Pagi pagi dah mengeluh ni kenapa?" Tanya Puan Sri Diyana kepada anak gadisnya. Yelah mana tidaknya, sudah lah tadi tiba tiba termenung, eh sekarang malah mengeluh pula.

   "Sayang, you ada problem ke?"

    "Eh no lah mummy. I okay je. Erm, i think i have to go now because i nak jumpa client kejap lagi". Emilya cuba berdalih.

   "Taknak sama dengan daddy ke?"

   "Sokay lah daddy. After jumpa client i rasa i tak masuk office kot"

  "Where do you want to go?"

   "Some peaceful place" jawab Emilya ringkas.

   Emilya menyium tangan kedua orang tuanya dan melemparkan senyuman walaupun kelat tetapi dia masih berlalu pergi dengan cara yang sopan. Entah lah. Dia rasa macam tak tenang. Hati dia gundah. Macam tak terkata perasaan itu.

   **********

    Emilya mencampakkan beg tangannya ke atas kerusi pejabat empuknya.

   'Erghh kenapa aku rasa macam tak tenang ni?!'. Desis hatinya. Dia rasa macam nak mengamuk pun ada. Biasalah, emosi Emilya memang mudah berubah.

   "Aini, masuk bilik i sekarang". Suruh Emilya.

   "Erm cik Emilya boleh tunggu kejap tak? Saya nak settlekan something kejap. Kejap aje".

  "If i said now, its really mean NOW!" marah Emilya.

   "Oh mak kau.. Er.. B.. Ba.. Baik cik Milya. Maafkan saya". Ha kau terkejut si Aini dibuatnya. Kan dah sempat termelatah sekali dalam telefon tu. Aini dengan segera berlalu masuk ke dalam bilik 'lady boss' nya itu. Ye, dia perasan juga muka Emilya semasa masuk ke pejabat tadi. Ketat aja muka bos nya itu. Dah cantik dah tapi tang muka tu uih seram kau. Mungkin bosnya itu sedang ada masalah agaknya. Sabar jelah.

   Aini dengan teragak agak mengetuk bilik bosnya itu.

   "Masuk". Dia dipelawa. Eh di pelawa ke? Huhu

   "Ada apa ye cik Milya?".

   "My schedule"

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang