Cinta Ke Benci? - Part 28

786 24 4
                                    

   "Mummy, mummy buat apa malam malam macam ni duduk dekat luar sorang sorang?"

   Dari tadi dia mencari mummynya, rupanya disini dia berada. Entah apa yang di menungkan oleh mummynya ini. Syatikah menempatkan dirinya di sebelah mummynya lalu merangkul tubuh tua itu. Kepalanya di letakkan di atas bahu mummynya.

   "Entah bila lah Emilya nak balik dekat kita lagi". Mummnya mula bersuara. Kedengaran sayu mendengar suaranya itu.

   "InsyaAllah soon mummy."

    "Mummy harap Faris dapat bawa Emilya balik sini. Mummy dah tak nak berjauhan dengan anak mummy lagi. Dari dulu sampai sekarang, jarang betul mummy dekat dengan Emilya. Dah lama dia tak peluk mummy macam Isya peluk mummy sekarang".

   Allahuakbar. Menitis juga akhirnya air mata seorang ibu kerana mengenangkan anaknya. Terlalu rindu. Tak terkata. Tak terkira. Isya sungguh tidak dapat menahan sebaknya apa lagi bila melihat air mata seorang ibu mengalir begitu deras sekali. Dia tahu, sudah lama mummynya memendam rasa, berperang dengan rindunya sendiri. Isya mengerti sungguh kerana dia juga seorang ibu.

   'Ya Allah Ya Tuhan ku, aku yakin kau mendengar tangisan ibu ku ini Ya Allah. Hapuskan air matanya dengan sebuah senyuman. Hancur Ya Allah, hancur hatiku melihat air mata kesedihannya. Permudahkanlah urusan kami. Bawa Emilya kembali Ya Allah. Lembutkan hatinya, lapangkan dadanya untuk memaafkan kami Ya Allah. Makbulkan doa hambuMu yang tak berhenti untuk selalu meminta padaMu Ya Allah. Aamiin'. Isya berdoa dalam hatinya. Sungguh dia mohon pertolongan dengan sang Pencipta. Dia mengharapkan semua ini berakhir. Dia mahu keluarganya bersatu kembali dan menjadi keluarga yang aman, damai serta bahagia.

   Emilya melepaskan pelukannya. Dia menoleh ke arah mummnya.

   "Mummy, Isya tahu mummy betul betul rindu kan Emilya. Mummy kena percaya pada Allah, jangan berhenti berdoa. Minta pada Dia agar kembalikan Emilya, lembutkan hati Emilya. Mummy jangan sedih lagi ye. Isya kan ada". Segera dia menghapuskan air mata mummynya. Dia harus kuat demi ibunya. Meski dia sendiri lemah, tapi demi mummynya, dia harus kuat dan tetap memberi semangat.

   "Kalau lah abang tak mulakan dulu. Kalau lah abang tak biarkan Emilya pergi. Kalau lah abang boleh tahan ego. Kalau lah abang tak fikir pasal syarikat. Kalau lah abang reti jaga perasaan anak abang, mesti Emilya masih ada dengan kita. Salah abang terlalu tegas dengan anak, sampaikan hati anak tu jadi keras. I'm not a good dad for my daughter. Takde apa nak dibanggakan jadi father macam i kalau anak sendiri pun benci dekat i. If.." Tiba tiba saja Tan Sri Cavin mendatangi mereka. Begitu kesal nadanya.

    "Daddy.. Apa daddy cakap ni. Daddy tak baik cakap macam tu. Ini semua bukan salah daddy, salah mummy or salah sesiapa. Kita nak yang terbaik untuk Emilya, itu je. Ni semua ketentuan Allah. Kita semua kena yakin ada hikmah disebalik semua yang Allah uji. Daddy please jangan salahkan diri daddy. Isya bangga ada daddy macam daddy. Kami semua bangga Tan Sri Cavin Hudson ayah kami. Kita semua kena ingat, pelangi tak akan muncul tanpa turunnya hujan. Allah Maha mendengar. Minta pada Allah". Kata Isya. Sungguh mengalir air matanya selepas mendengar kata kata daddynya. Makin berkecai hatinya.

   Puan Sri Diyana dan Tan Sri Cavin Hudson memeluk erat tubuh anak gadisnya yang satu ini. Semoga kedua anak gadis mereka menjadi anak yang mampu memimpin tangan orang tuanya dia syurga nanti. Aamiin.

    "Okay dah.. Sekarang ni, Isya taknak nampak dah ada air mata keluar dari mata daddy dengan mummy. Kita semua kena yakin. InsyaAllah, dengan bantuan Allah, Faris boleh bawa Emilya balik dekat sini. Jangan berhenti berdoa".

    "Thank you sayang, selalu jadi kekuatan mummy dengan daddy bila kami down".

    "No, sebenarnya mummy dengan daddy yang jadi kekuatan Isya dengan Milya."

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang