Cinta Ke Benci? Part 18

827 44 2
                                    

Kakinya melangkah ke dalam ruangan villa Tan Sri Cavin Hudson. Sudah lama rasanya dia tak jejak kaki ke dalam rumah ini. Emilya tersenyum simpul. Tiada tempat yang paling seronok untuk tidur selain bilik sendiri. Katil saiz queen nya sudah lama bersendirian. Tab dalam bilik air sudah lama tidak ada yang berendam melainkan itik comel si Syafiq yang tiba tiba tersesat masuk ke dalam bilik airnya. Kadang kadang budak kecil itu suka nak buang air dalam bilik mandi di biliknya. Tahulah bilik airnya lebih cantik berbanding bilik air di bawah atau di dalam bilik umi nya. Kahkah.

Emilya menghirup udara segar di dalam rumahnya. Segar ke? Macam tak je huhu.. Sekarang sudah pukul 5.08 minit petang. Sebentar lagi semua orang akan balik dari office. Emilya dengan segera menaiki lif untuk ke tingkat atas. Sebelum semua orang balik, dia mesti mandi, dan suprisekan semua orang yang dia sudah balik. Tapi, pasti orang tuanya akan banyak soal. Ha! Mana tahu dia akan di marahi oleh daddy dan mummynya. Ah! Apa pun, dia harus masuk ke dalam biliknya dahulu.

Pintu besar biliknya dibuka perlahan lahan. Aroma biliknya masih kekal wangi. Emilya sangat sukakan wangian. Lagi lagi yang tahan lama.

"Opocot mak kau terbalik aku masuk longkang pakai selibut terbang guna sejadah macam alibaba".

"Oii!".

"Allahuakbar. Maaf ya cik Emilya. Saya sangka siapa lah tadi tiba tiba masuk ke dalam bilik." Rupanya bibik yang ada di dalam bilik Emilya. Dia punya melatah memang panjang sampai boleh buat karangan spm.

"Hmm sokay. Actually i pun terkejut. Bibik bersihkan bilik Milya ke?" Jantung Emilya lemah. Fuh semangat. Nasib baik dia tak ketuk kepala orang tua ni. Mana tak nya, baru masuk dah nampak bibiknya ini berdiri depan pintu. Untung saja dia tak ikut melatah macam orang tua ni. Nak gelak tapi tak terkeluar.

"Iya Cik Milya. Tengah bersihkan bilik Cik Milya tiba tiba je nampak pintu terbuka. Tapi dah siap dah. Cik Milya bila sampai? Dah lama tak nampak cik Milya."

"Baru je ni. Bik, mummy, daddy and kakak ada cakap apa apa about i tak?"

"Cakap apa?" Sekali lagi bibik bertanya tanda kurang jelas.

"Kan Milya takde dekat rumah dalam lima hari macam tu. Daddy, mummy dengan kakak ada kecoh kecoh tak?"

"Ohh.. Tak ada cik Milya. Lagi pun bibik pun kurang pasti lah sebab bibik buat kerja guna tangan bukan guna telinga".

'Aik? Perli aku ke?' Desis hatinya. Deep inside sungguh kata kata bibik ni. Orang tanya aja, boleh pula dia ni memerli.

"Erk.. Okay then. Bibik dah siap kan? I need to rest".

Dengan segera bibik keluar dari bilik tanpa berkata apa apa.

Emilya mencampakkan badannya ke atas katil empuk saiz queen nya. Diguling gulingkan badannya ke atas katil sebelum bangun dan terus berlalu ke dalam bilik air.

Selepas setengah jam bertapa di dalam bilik air, Emilya keluar dan mengikat tali baju mandinya.

"Aihhh ni baru rasa macam mandi. Baju pun tak limited addition. Rumah is the best place ever!". Katanya teruja.

'Tingg tongg'. Kedengaran bunyi loceng rumahnya. Sepertinya orang tuanya sudah pulang dari tempat kerja.

Emilya mengintai segenap ke luar tingkap. Kereta BMW milik daddynya sudah pun melalui pintu utama istana mereka. Emilya dengan segera turun ke bawah untuk mendapatkan mummynya.

Baru saja Puan Sri Diyana menjejaki lantai rumah, dia sudah pun di peluk oleh anak gadisnya.

"Mummy!!!". Jerit Emilya.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang