Cinta Ke Benci? Part 5

1.3K 41 3
                                    

   "Ouhhh.. Kau nak balas dendam dengan aku lah ni sebab aku dah langgar kau dekat airport haritu?".

   "Mana ada! you ingat i kejam sangat ke nak balas dendam sampai nak ragut nyawa you tadi? I have no time untuk lakukan semua itu lah". Berderau darah Emilya mendengar kata kata lelaki dihadapannya ini. Apa dia ingat aku ni kejam sangat ke?..  Desis hati nya geram.

   "Habis ni apa? Kau tak nampak aku melintas? Aku boleh saman kau tau. "

  "Who are you untuk saman i?  I don't even care! I tak kecut pun dengar kata kata you. " Balasnya sinis. Apa dia ingat Emilya takut sangat dengan kata kata lelaki ini? pigiilahh..

   "Oi minah saleh becok, kau dengar sini eh, ini kali terakhir aku nampak muka kau. Lepas ni, kalau aku nampak kau lagi, aku tak akan teragak agak untuk buat apa apa dekat kau. Huh! bahasa melayu pun pelat. "

   Puas hati Faris apabila dapat sakitkan hati perempuan di hadapannya ini. 'Itu lah, haritu berlagak lagi dengan aku. Cuba belajar cakap baik baik dengan aku, takde lah aku macam ni dengan kau. Nah rasakan peluru keluar dari mulut aku.' Bebel Faris sendirian. Sempat dia membetulkan kot nya terlebih dahulu sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis sombong ini.

   "What the heck punya jantan. Apa dia fikir I ni apa? Eee aku pun tak hadaplah tengok muka perasan handsome kau tu". Bentak hati nya geram.

   Dengan segera Emilya masuk ke dalam kereta untuk mencari tempat letak kereta yang masih kosong. Dia sudah tiada masa lagi untuk melayan perasaan geram dia sekarang ni, apa yang difikirkannya kini adalah untuk sampai ke pejabat daddynya dengan segera. Matilahhh... desis hatinya.

   **********

   "Wuishh Di, tengok tu Di, awek cun Di. Fuyyooo minah saleh mana masuk pejabat kita ni. " Farhan menepuk bahu rakan sebelah mejanya. Terpana dia melihat gadis di kaunter pertanyaan itu. Paras rupa yang menawan, cantik, putih, ala ala model gitu. Dah macam artis Hollywood.

   Haidi yang dari tadi sedang khusyuk melakukan tugas, segera melepaskan pen nya apabila melihat gadis yang sedang lalu di hadapannya kini. Seksi bak hangggg!! Tergugat imannya.

   "Adakah ini jodohku?" Tergamam Farhan melihat gadis itu. Tak terkata lah dibuatnya. MasyaAllah indah benar ciptaanMu Ya Allah.

   "Oi! Hamboi engko berdua ni kalau dah nampak perempuan lawa sikit mula lah angau. Cermin diri sikit." Aini menyergah Farhan dan Haidi yang dari tadi mata tak berkelip melihat gadis tadi.

   "Siapa tu Aini? First time aku nampak bidadari dunia ni Perghh lawa giloooo". Teruja benar suara Farhan bertanya. Memang angau dah dia ni.

   "Kau fikir dia nak pandang korang berdua ni? Entah entah nak jeling pun dia tak mahu tau." Aini mengejek. Perasan betul dua mamat ni. Pantang sungguh yang namanya 'perempuan cantik tambah seksi'.

   "Dia jeles tu Han, mana taknya dah bertahun dia kerja sini mana ada orang nak mengurat dia hahahahah".

   Berdekah ketawa Farhan dan Haidi. Senang hati mereka dapat mengenakan si Aini Hadirah ni.

   "Heh! Apa korang ingat takde orang nak dengan aku ke? Aku ni je yang jual mahal."

    Belum sempat Farhan berkata kata, Aini memotong kembali, "lagi satu, itu ANAK Tan Sri Cavin Hudson okeyyyy. Sebab tu aku suruh cermin diri korang tu dulu kah kah kah". Kali ini dia pula yang mengenakan mereka berdua. Sengaja dia tekankan perkataan 'anak' tadi, biar mereka terkejut mendengarnya. Tak sedar diri betul Farhan dengan Haidi ni.

Cinta Ke Benci?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang