"Konsultan Margera"
Adli termenung panjang sambil bawa motor menuju ke sekolah. Dia masih tak puas hati dengan Ziel-O ni. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mencari siapakah dia ni.
Mula-mula dia syak Kamelia, sebab boleh pulak dia tak perasan ada orang letak nota dalam meja sedangkan dia duduk di sebelah. Tapi lepas tu dia fikir pulak, Kamelia ni macam mana pulak nak masukkan bangkai burung dalam beg cikgu yang dia sendiri pun tak kenal.
"Kamelia ni termenung lebih usha Nizam ni, ish teruk minah ni. Kalau dia alert sikit, dah settle dah problem ni," fikir Adli sambil lock motornya di parking motor.Dia nampak budak perempuan bawak basikal pink. Tapi apa yang menarik perhatian Adli ialah dia pandang kiri dan kanan, lepas tu dia pakai sarung tangan.
"Dia buat apa tu sampai pakai sarung tangan?" kata Adli. Adli perhati je minah ni dari jauh. Perlahan-lahan Adli mengikutnya dari belakang.
Dia nampak tangan budak perempuan tu keluarkan spraycan.
"Amatur gila dia ni buat kerja, tak tengok timing," Adli rileks saja melihat budak itu dari jauh.
"Jangan cekup orang kalau first time nampak, kau biarkan je dia buat kerja. Kau observe je dia," Adli terus fokus melihat budak perempuan tu buka pintu kereta cikgu.
"Woi bodoh, nak spray pintu kereta tengok la kiri kanan. Orang tengah ramai ni. Nak dajal kereta cikgu dari jam 8.30 pagi sampai 10 minit sebelum rehat, atau setengah jam selepas rehat, sebelum balik. Atau meeting cikgu. Kau buat time pagi ni, kantoi la, sengal!"
Dia tulis ZO.
"ZO? Heh heh! Sudah dikenalpasti."
Adli terus memerhati dia dari jauh. Dia keluarkan sesuatu dari begnya. Dalam plastik ada sesuatu yang dibungkus dengan surat khabar.
"Bangkai gagak? Damn, ni trademark dia ni," Adli terus tanpa jemu memerhati minah ni buat kerja. Dia letak bangkai burung tu dekat dalam beg member dia.
"Lah, camtu je? Kau telah cari pasal dengan Adli Margera, Ziel-O. Mess with the best, die like the rest," kata Adli sambil memerhatikan dia masuk kelas mana.
Sepanjang hari tu, dia tak masuk kelas. Dia hanya memerhati saja budak tu. 10 minit sebelum rehat, Adli bukak rantai basikal dia, masukkan dalam plastik, dan sorokkan dalam beg.
Lepas rehat baru Adli masuk.
"Woi, kau apasal baru sekarang masuk kelas?" tanya Kamelia yang sedang belek buku Sejarah Form 6 yang tebal nak mampos.
"Aku menjalankan tugas-tugas khas," kata Adli yang keluarkan buku teks.
"Nizam dengan Radhi mana?" tanya Adli.
"Radhi pergi toilet kot. Nizam dia tak datang hari ni."
"Dah kenapa? Kena gegata lagi? Hmm, satu pasal la pulak aku nak melawat dia ni."
"Gegata tu apa?"
"Kau pernah tengok Fantastic Four?"
"Mestilah."
"Kau tau kan watak lelaki badan macam batu-bata tu? Ha macam tu la badan dia kalau dia termakan durian dengan sotong. Dulu dia kena macam tu la, aku, Ail dengan Rafi jumpa dia."
Kamelia mengangguk kepala.
Cikgu Sejarah masuk. Semua bangun ucap selamat sejahtera dan terus fokus pada pelajaran.
Balik dari sekolah, Adli cuba nak start motor, tapi baru dia perasan, kickstarter dia ada orang cabut.
"Puki ayam betul, aku punya motor dah la kena kickstart, ni macam mana aku nak start motor aku ni?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Cheras Perdana vol 3
Teen Fiction18 tahun biasanya adalah tahun yang kita buat salah besar yang pertama. Break up pertama. Putus sahabat pertama. Hilang semua benda pertama. Kalau kita bijak, barangkali kejayaan kita yang pertama.