Episod 14

2K 58 18
                                        

"Kamelia Sedarkan Diri"

Kamelia sedar dia sudah berada di hospital sekian lama dia sendiri tak tahu berapa lama. Dia rasa dirinya kini bukan seperti dulu.

Bila saat doktor dan kemudiannya ayahnya memberitahu Kamelia bahawa hysterectomy sudah dijalankan, dia sedar bahawa dia sudah kehilangan satu anggota tubuhnya yang penting.

"Kalau Kam tak ada tu, maknanya...Kam ni apa, abah?"
"Kam..."
"Kam tak boleh beranak lepas ni, kan? Betul tak, abah?"
"Kam, bertenang.."
"Apa salah Kam, bah? Apa salah Kam sampai Tuhan hukum Kam macam ni? Kam..Kam tak buat tu semua. Kam takut benda tu. Tapi, kenapa Kam yang kena, bah? Kenapa?"
"Kam anak abah.."
"Kam tak buat salah pun. Apa salah Kam?"
"Kam rehat ya? Badan Kam masih lemah ni," Wak Ramlan cuba memujuk anaknya.
"Kadang-kadang Kam tak faham kenapa Tuhan suka hukum orang yang macam Kam, Kam memang tak faham," Kamelia menangis sambil menekup muka dengan bantal.

Eleena bersama Cik Osman dan Edry bergegas ke hospital saat Wak Ramlan memberitahu Kamelia sudah sedar. Dia berkejar untuk mengejar waktu melawat yang kian suntuk. Dapat jumpa sekejap pun jadilah.

Eleena membuka pintu wad saat Kam masih sedang menekup mukanya kerana sedang menangis.

"Kam, saya datang ni," Eleena menghulurkan bubur ayam McD yang dibeli. Edry bawa Gundam kesayangannya untuk diletakkan di sebelah meja Kamelia.

Cik Osman duduk di sebelah Wak Ramlan dan berbual-bual hal ringan.

"Maaf, tak sempat nak masak apa-apa, saya dapat berita Kam sedar saja, saya terus bergegas datang ke sini," Eleena terus duduk di kerusi sebelah katil Kamelia.

"Eleena..."

"Ya, Kam?"

"Apa salah saya sampai saya kena begini? Kenapa Tuhan hukum saya?"

Eleena tidak mampu menjawab soalan begini. Dia hanya memegang tangan Kamelia yang dicucuk dengan IV dan bermacam ubat. Jawapan "ini semua ujian Tuhan" dan "ada hikmah semua ini" bukanlah jawapan yang diinginkan penyoal buat masa ini.

"Kam, kita sahabat dunia akhirat. Satu hari nanti kalau saya ada anak, Kam juga adalah ibu pada anak saya. Ini janji saya."

Eleena memeluk Kamelia yang berterusan menangis.

"Nanti awak macam Ray, dah pergi luar negara, mula-mula je hantar khabar berita, lepas tu awak akan mendiamkan diri, dan lupakan saya. Macam biasa saya akan selalu ditinggalkan. Dah lah awak tak suka guna Friendster atau Yahoo Messenger."

Eleena rasa berat untuk berjanji lagi.

"Kam, saya mengaku dalam hal media sosial, saya tak suka gunakannya. Saya rasa media sosial adalah sesuatu yang palsu. Saya lebih gemar untuk menghantar surat. Saya akan terus hantar surat pada awak, kalau katakan satu hari nanti saya tak mampu nak berhubung dengan awak, saya akan minta tolong Edry."

Edry datang dekat pada Kamelia.

"Edry ada untuk Kakak Kam, kakak cepatlah sembuh," kata Edry.

"Kakak takkan sembuh. Kakak takkan ada apa yang kakak patut ada."

"Kam, ada berjuta perkataan yang ada dalam bahasa, tapi satu perkataan pun saya tak boleh katakan untuk menenangkan awak. Tapi, tentang persahabatan kita, awak jangan risau. Walau apa pun terjadi, saya akan cuba hubungi awak. Saya tak akan lupakan awak."

Kamelia mengangguk lesu.

"Awak, esok saya masak sup ketam kegemaran awak, awak cepat sihat tau," Eleena berundur saat doktor memberitahu masa melawat sudah tamat.

Cheras Perdana vol 3Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang