Episod 2

2.3K 63 5
                                    

"Port Baru"

Selepas sekian lama menjadi kutu di mapley belakang supermarket, Nizam dan kawan-kawan bertukar ke port baru di CP 6, ada warung char kuey teow yang diusahakan ayah Adli.

Adli sedang rilek basuh telur sambil nyanyi lagu Metallica Nothing Else Matters sementara ayahnya menggoreng kuey teow.

"Woi, Nizam, Ail, Rafi! Cantik, korang makan sini. Minum apa minum?"

"Carlsberg ada tak?" tanya Rafi, melawak.

"Tu kau cari kat Restoran Ketam," kata Adli.

"Nescafe ais la, Adli," kata Nizam.

"Kau?" tanya Adli pada Ail.

"Milo tarik kurang susu."

"Macam-macam la kau ni, kau Rafi? Kau cakap Carlsberg lagi, aku suruh abah aku tarbiahkan kau," kata Adli.

"Teh o ais la," kata Rafi.

"Makan, char kuey teow semua, amacam?"

"Weh, aku tak nak sotong," kata Nizam.

"Mana ada char kuey teow letak sotong, bahalol!" jerit Adli.

"Mana tau, kau letak ke. Kau tu kaki dajal. Ni nanti aku nak pergi Penang, bengkak-bengkak," kata Nizam.

Rafi light rokok.

"Kau keje mana, Rafi?"

"KFC Balakong."

"Senang la kitorang nak pau kau KFC macam ni," kata Ail.

"Dengan Adli kita pau char kuey teow," kata Nizam.

Malaikat lalu saat kereta Subaru Impreza lalu depan mereka.

"Kau tengok ahmoi tu peeehh, gebu sial!" kata Rafi.

"Amende la kau ni, orang tengok kereta, kau tengok perempuan dalam tu," kata Nizam.

"Tau la kau dah ada makwe. Tu, dekat tengkuk tu amende?" tanya Rafi.

Nizam buat muka pelik.

"Kenapa dengan tengkuk aku?"

"Lebam tu?"

Adli datang hantar air.

"Li, kau tengok member kau ni, belum pergi Penang dah lebam kat leher," kata Rafi sambil gelak.

"Ail, ingat tau. Kalau dorang beromen, kau tangkap gambar. Jual kat Webmelayuboleh, dapat duit tong-tong," kata Adli.

"Buat habis Kodak aku je," kata Ail.

"Kenapa dengan tengkuk ni weh?" tanya Nizam.

"Kau tak tau ke?" tanya Rafi.

Semua dah gelak.

"Eleena buat ke?"

"Kitorang main truth or dare. Macam game card. Dia macam kau beritahu rahsia kau, atau kau buat apa yang kad tu suruh buat. Eleena dapat kad suruh gigit tengkuk aku, dia gigit la," kata Nizam dengan nada lurus bendul.

"Nizam, masa topik pensenyawaan Form 4 dulu kau datang kelas tak?" tanya Rafi.

"Datang la. Aku belajar testis, ovum, ovari, skrutum tu semua."

"Kau tau tak gigit tengkuk tu apa?"

"Tak."

"Ala Fi, kau tak payahlah asyik nak tanya-tanya mamat ni pasal ni. Kau ni otak kuning la," kata Ail yang dah tension dengan perangai Rafi yang tak habis-habis dengan topik yang macam ni.

Cheras Perdana vol 3Where stories live. Discover now