Episod 20

3.9K 114 182
                                    

"Restoran Haji Adli"

Nizam dan Kamelia berkahwin pada tahun 2013, majlis perkahwinan berlangsung dengan acara ringkas dan sangat anti-Nona. Makan-makan bersama tetamu yang rapat sahaja.

Studio jamming Wak Ramlan dah tutup sejak 2014, selepas Wak Ramlan meninggal dunia sebab serangan jantung. Sempat juga lah arwah tengok Kamelia kahwin, walaupun tak akan ada anak.

Tapi Nizam menyayangi Kamelia seadanya, menerimanya tanpa syarat. Mereka bahagia, tapi sunyi.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Nizam dan Kamelia berniaga baju bundle di Downtown Jalan Reko di Bangi. Dan selalunya jual online di Instagram dan Facebook.

Bolehlah cari makan. Tapi sejak GST ni, sakit jugalah berniaga. Tapi itu tak bermakna mereka tak berusaha langsung walaupun sakit jugalah bila kira untung rugi.

Nizam memandu pickup yang membawa baju-baju bundle dari Downtown menuju ke Cheras Perdana. Sejak ada construction MRT ni jalan makin sibuk dan sempit.

Akan datang, entah macam manalah rupa Cheras Perdana ni lepas MRT ni siap agaknya.

Banyak dah berubah sejak 15 tahun yang lepas. Kedai game yang dulu dah jadi pejabat. Mapley belakang supermarket dah buka restoran. Bengkel kereta Ricardo dan jadi 99 Speedmart. Klinik Kita masih kekal.

"Anda, kita singgah Restoran Haji Adli, nak?" kata Kamelia sambil membaca laman web NME dalam phone.

"Lama jugak tak jumpa malaon tu."

"Eh, dia dah jadi haji dah sekarang. Dah tak malaon macam dulu dah."

Nizam tergelak. Dah tujuh tahun Adli jadi haji pun dia masih tak boleh blah.

Channel radio Sinar FM menjadi pilihan Nizam dan Kamelia memandangkan channel radio ini selain Mix FM menjadi pilihan orang yang berusia 30 tahun ke atas. Bukan tak boleh dengar lagu orang muda. Dengar juga lah Chainsmokers atau The 1975, tapi telinga orang tua ni, bila nak sedap melayan perasaan, dengar lagu lama.

Lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin dari Bumiputera Rockers berkumandang dalam radio. Jalan di Stadium Kajang semakin sesak bila pembinaan MRT semakin nak siap.

"Bilalah nak siap MRT ni, senang sikit pergi The Curve naik MRT je."

"Anda nak buat apa pergi The Curve?"

"Jalan-jalan, pergi IKEA ke."

"Nak pergi IKEA sampai Damansara buat apa, kat Cheras kan ada?"

"Cochrane tu? Malas lah. Sesak."

"La, anda cakap naik MRT. Ada juga stesen MRT kat Cochrane tu nanti," kata Kamelia.

Habis lagu Bumiputera Rockers tu, lagu Wajah Kesayangan Hamba dari Hail Amir.

Nizam terus tutup radio.

"Kenapa tutup radio?" tanya Kamelia.

"Takde apa."

"Sedaplah lagu tu."

"Nak ketenangan kejap."

Kamelia tahu, setiap kali lagu tu keluar radio je, Nizam tutup radio. Lagu tu mengingatkan dia kepada Eleena. Kamelia faham mengapa dia tutup setiap kali dengar lagu tu. Bukan dia tak suka dengar lagu tu.

Tapi dia masih cuba move on dari Eleena, walaupun dah hampir empat tahun kahwin dengan Kamelia.

Nizam tak pernah buka satu pun surat dari Eleena walaupun ibunya simpan semua surat-surat dari Eleena. Dia tak nak baca, sebab bila dia dapat tahu, Eleena berkahwin dengan lelaki mabuk kaki pukul, dia rasa bersalah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cheras Perdana vol 3Where stories live. Discover now