Episod 19

2.1K 75 69
                                        

"Lapan Tahun Kemudian"

Lapan tahun selepas peristiwa itu, Nizam tidak pernah menjejakkan kakinya ke Cheras Perdana lagi. Lapan kali raya dia tidak pulang ke rumah. Setiap kali raya, ibu Nizam masak lauk kegemaran Nizam, sambal ayam.

Tapi Nizam tak pernah pulang.

Nizam tinggal di rumah Hafiz di Ampang sebaik sahaja meninggalkan Cheras Perdana pada 2002, sebelum sambung pelajaran STPM secara swasta sambil bekerja di 7-Eleven pada 2003, dan kemudiannya di restoran makanan Korea halal di Ampang Point. Kemudian, Nizam menyambung pelajarannya di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan seni halus pada tahun 2005.

Selepas graduasi pada tahun 2009 (extend setahun sebab ada satu fucked up year), Nizam berpindah ke Setiawangsa di mana dia serumah dengan Luqman Amirullah atau Luq, seorang blogger.

Satu hari, ketika Luq meninggalkan komputernya untuk menghisap rokok, dia mencari nama-nama tertentu di Facebook.

"Ismail Kabiron"

Dia jumpa gambar Ail.

"Oh, dah in a relationship rupanya."

Dia tekan add as friends.

"Mohd Adli Md Yasin"

"La, ni pakcik tukang urut mana pulak ni, bukan dia ni."

"Adli Margera"

"Babi gunalah nama betul, bodoh! Dah jumpa!"

Nizam gelak-gelak seorang diri.

"Rafi Mohd Dom"

Dia keberatan untuk menekan butang search, tapi dia mahu menamatkan permusuhan lama.

Dia tekan add.

"Jap, nama Radhi betul apa eh? Haaa, Redzuan Mustapha."

Dia jumpa. Dia tekan add.

"Kamelia Ramlan"

"Ish dia ni, masih Cornflake Girl lagi dia ni. Masih rock and roll."

Dia tekan add.

"Eleena Mahathir"

Namanya tidak dijumpai.

Dia melepaskan nafas yang kecewa.

"Mana awak ni, Eleena?"

Dia terus logout Facebooknya.

"Entah-entah dah kahwin, kot?"

Sepanjang lapan tahun itu, walaupun pernah dingorat makwe Korea di Ampang, Nizam tetap menolak lamaran mana-mana perempuan untuk menjadi kekasihnya. Di USM, pun dia tolak sehingga pernah dituduh gay.

Dia merasa menyesal kerana meninggalkan Cheras Perdana tanpa berita. Dia rindukan Eleena, tapi peristiwa itu menyebabkan dia rasa berat untuk pulang ke Cheras Perdana. Segala apa yang dipandang mengingatkannya pada Eleena.

Dia telefon Hafiz dengan telefon BlackBerrynya.

"Hafiz, lepak Ar-Riyad jap?"

Nizam datang ke mamak Ar-Riyad dan bertemu dengan Hafiz, member yang pernah dia duduk tumpang di rumahnya semasa dalam pelarian.

"Zam, apa cer?"

"Ok je, lepak la dulu."

Hafiz order milo suam.

"Ha, apa dia?"

"Pis, tolong aku."

"Ye lah, tolong kau apa?"

Cheras Perdana vol 3Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang