"Terdengar Rahsia"
Rafi pakai kacak-kacak pada hari ini, sebab hari ini dia akan berjumpa dengan Sarah di KLCC. Hari hujan, jadi dia ambil keputusan untuk naik bas sahaja. Tapi dia perlu pecahkan wang yang dia ada untuk tambang bas.
Dia pakai minyak wangi, tapi terpaksa redah hujan. Dia berjalan tepi jalan, tapi ada kereta melanggar lopak dan lubang jalan, terpercik kena seluar baggynya.
"Woi, bodoh!" jerit Rafi ke arah kereta itu.
Dia berjalan melalui pepohon kelapa di sepanjang depan sekolah, lalu melintas jalan menuju ke CP 4. Dan dia singgah di FR Shoppe, untuk menukar wang.
Dia beli rokok sebatang.
"Dik, bagi duit lima puluh ringgit, beli rokok batang. Melampau ni. Beli la barang lain. Beli rokok kotak ke," kata cashier kedai runcit itu. Dia tergaru-garu kepala. Dia cari barang lain yang boleh dipecahkan.
Dia ternampak Cik Osman sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Dia curi-curi dengar perbualan itu.
"Twenty million ringgit will be transferred to her account. Yes, she will studying at Tokyo University starting this summer. Yes. She ordered me to proceed. Alright. Will contact you later."
Berderau jantung Rafi mendengar kata-kata Cik Osman.
"Twenty million ringgit? Weh, bukan thousand, weh. Million! Patutlah rilek je payung semua orang."
Dia terus dial nombor Sarah.
"Hi sayang. Nak dengar cerita tak?"
--
"Dendam Sarah"
Sarah batalkan pertemuan di KLCC, sebaliknya menaiki teksi menuju ke Cheras Perdana. Niatnya hanya satu, untuk membalas dendam pada Eleena selepas Kamelia memutuskan persahabatan dengannya beberapa bulan yang lepas.
"Haih, kau tengok, Tuhan bayar cash. Tuhan tunjukkan jalan kejahatan kau, Eleena. I bet kawan-kawan kau tak tahu yang kau ni sebenarnya beli orang je untuk berkawan. Kau tak reti berkawan sebenarnya kan? Haha kawan-kawan dia yang lain pun semuanya fake. Kamelia yang dah duduk situ pun mula jadi fake."
Hujan tak menunjukkan tanda untuk berhenti. Sarah tiba di mapley belakang supermarket.
Rafi sedang menunggu dengan segelas teh tarik.
"Mapley, teh tarik satu. Makan tak mahu."
Rafi senyum puas.
"Mana you dengar cerita ni?"
"Tadi, masa I nak tukar duit, I dengar Cik Osman.."
"Drebar dia tu?"
"Haa! Dia cakap twenty million ringgit. Patutlah ka-ching! Sekarang dah terjawab misteri dalam kepala otak I selama ni."
"Hmm, beli kawan, bolehlah. Sekarang apa kita nak buat?"
"Beritahu kawan-kawan la! Betapa kayanya minah ni."
"No, no! I have a better idea! Dorang selalu lepak kat mana?"
"Warung char kuey teow bapak Adli."
"La, peniaga warung je ke bapak Adli tu? Bapaklah low class, mulut macam longkang. Perangai macam pukimak. Patutlah suka sangat dengan Eleena tu sebab minah tu kaki payung."
"You nak buat apa?"
"Kita minum dulu!" kata Sarah mengajuk iklan susu tepung.
Lepas minum, mereka ke kedai pasaraya Seng Soon, membeli Jutaria.
YOU ARE READING
Cheras Perdana vol 3
Novela Juvenil18 tahun biasanya adalah tahun yang kita buat salah besar yang pertama. Break up pertama. Putus sahabat pertama. Hilang semua benda pertama. Kalau kita bijak, barangkali kejayaan kita yang pertama.