Episod 9

2.1K 68 27
                                        

"Sekolah Baru"

Nizam bersiap-siap pakai baju sekolah kembali, dan kemudian pakai beg sekolah lamanya. Dia tidaklah membuat keputusan untuk kekal belajar di Tingkatan Enam seperti Kamelia atau Adli, dia hanya menunggu peluang belajar di tempat yang lebih best.

Sebenarnya dia sendiri tak tahu apa dia nak buat bila dah besar nanti. Dia cuma minat muzik, muzik, dan muzik.

Dan dia pernah juga berbincang dengan Eleena tentang hal ini. Eleena seolah-olah tak mahu beritahu apa rancangannya selepas sekolah.

Kalau terpisah, nak kekalkan hubungan mesti lagi susah, kan?

Tapi Eleena masih ada di sisi, dia rasa lega. Buat masa ini.

Dia turun ke bawah bukit menuju ke Taman Indah, sebelum melalui Pekan Batu 11 Balakong. Dia beli gula-gula Sugus di gerai suratkhabar Acheh tepi restoran Cina. Sambil tu dia beli susu kotak. Dia kemudian melintas, dan berjalan melalui KFC Balakong sebelum ke Lebuhraya Cheras-Kajang, melintas melalui bawah flyover, sebelum ke bus stop.

Untuk ke Kajang, ada bas Foh Hup yang Dam Ganjaran bawak dulu, nombor 572. Kemudian ada bas Cityliner 572 dan 818, yang tu dia pergi sampai Seremban via Beranang.

Kejap lagi dia nampak susuk tubuh yang dia selalu nampak.

"Adli adlo adli makan telo!" kata Nizam salam calit ibu jari dan fistbump pada Adli.

"Masuk juga Form 6? Aku ingat kau dah nak kahwin dah?" kata Adli sambil light rokok.

"Sementara je ni, kot. Dapat tempat best, gua chow la," kata Nizam sambil hirup susu kotak.

"Ha, kau punya paddle pop drummer dah sampai," Adli pandang Kamelia yang pakai baju kurung sekolah. Kamelia nampak Nizam pakai baju sekolah. Dia rasa berdebar, dalam masa sama dia cuba kawal perasaannya selepas peristiwa hari tu di rumah Eleena.

"Nizam, anda masuk Tingkatan Enam?" kata Kamelia dengan nada excited yang cuba dikawal.

"Apa? Kau panggil dia, anda?" Adli terkejut.

"Kejap je ni agaknya, anda. Dapat tempat best saya ke tempat lain agaknya," kata Nizam.

"Nak ikut Eleena la tu," kata Adli menyelit.

Bas Cityliner 818 sampai. Macam biasa kena berhimpit dengan orang ramai yang nak menuju ke bandar Kajang.

Bas berhenti depan-depan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, atau nama glamernya SAAS Kajang. SAAS Shah Alam dekat Seksyen 2 tu lagi femes kot, tapi SAAS Kajang tak kurang femesnya jugak.

Sekolah baru, jadi segalanya blur. Benda pertama Adli cari ialah port hisap rokok paling baek.

Kamelia dan Nizam duduk sebelah di kantin. Kamelia makan sandwich.

"Anda nak sandwich?" Kamelia hulur sandwich pada Nizam.

"Tadi dah makan kat rumah tadi. Mak masak nasi goreng."

Kamelia mengangguk kepala. Dia cuba mencari topik untuk bercakap dengan Nizam, tapi tak tahu topik apa.

"Tahu tak Weezer dah keluar album baru?" tanya Kamelia.

"Yang lagu Keep Fishin' tu ke? Tu single je, kan?"

"Tak lah, anda. Album baru, Maladroit."

"Wow, produktif pulak dorang ni. Dulu masa Pinkerton tu ingat tu last album dorang. Green Album ok lah. Nanti nak try dengar album baru tu."

"Pinkerton ke Blue Album?" soalan Kamelia ini adalah soalan paling femes untuk Weezerian tegar.

"Personally, saya suka Pinkerton. Anda?"

Cheras Perdana vol 3Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang