"Layan World Cup Petang-Petang"
Rafi seorang diri makan roti canai di kedai mamak semasa perlawanan di antara Itali menentang Croatia. Rafi merupakan fan kuat Itali, siap berbangga dengan jersi yang dibelinya di Al-Ikhsan Mid Valley.
Adli tepuk bahu Rafi.
"Kau apa cer? Lama tak lepak dengan kitorang?" kata Adli yang salam calit ibu jari.
"Ala korang jamming pun dah tak roger aku lagi," kata Rafi sambil hirup teh ais.
"Ney, order!" jerit Adli.
"Adui, sikit lagi Zambrotta," kata Rafi yang memberi fokus perlawanan.
"Jom bet, nak? Aku ambik Croatia," kata Adli.
"Haha, nampak sangat kau tak tau kepoweran Italia ni," kata Rafi.
"Bak tang power kau. Kita bet satu gol beza, lima puluh ringgit," Adli gelak-gelak.
"Kau budak sekolah, mampu ke bet dengan aku?"
"Weh, aku kerja dengan ayah aku kot malam-malam."
"OK, kita up serat!" kata Rafi.
"Deal! Kita tengok sama-sama match ni," kata Adli.
"Gi mana tu, Adli? Takkan dah cuak dengan kepoweran Italia?"
"Cari goreng pisang jap," Adli pergi seberang jalan sambil tengok makcik yang sedang goreng pisang di CP4.
Selepas membeli beberapa keping keledek, sukun dan pisang goreng, Adli kembali ke meja.
"Sape doh ganti aku main dram?" tanya Rafi.
"Kamelia, tapi sekarang dia sakit, kan," kata Adli.
"Sakit apa doh?"
"Kanser. Dari dulu lagi aku tanya dia, kau asal, dia jawab sakit perempuan. Last-last, ambik kau, stage tiga. Lepas ni tak boleh beranak lagi dah," kata Adli sambil mengunyah sukun.
"Hmmmph, rangup sial sukun ni. Ambik la sekeping, Fi," kata Adli.
"Kau apa cerita?" tanya Rafi.
"Aku, cam biasalah. Dajal Ustaz Hanafi. Meraung dia hari tu aku dajalkan. Bukan aku pun sebenarnya, tapi aku punya skuad pelapis," Adli kembang kuncup hidung.
"Mak ai, kau dah ada skuad pelapis? Ustaz Hanafi pindah SAAS ke?"
"Haah, dia pindah SAAS. Hari tu, melekat bontot dia kat kerusi tu budak-budak aku kerjakan. Aku pantau je lah. Mestilah, Margeraisme harus diteruskan. Mana pulak mapley ni, aku nak order, dia main sorok-sorok pulak," Adli memberi fokus pada perlawanan yang berlangsung di Jepun itu.
"Tu kalau Davor Suker dah gol dah tu. Ni siapa nama ni, Boksic? Macam bauksit la pulak nama dia," Adli mengomel.
"Woi, aku nak order ni. Jangan sampai aku memargerakan kedai ni," kata Adli yang dah tension.
"Mau minum apa?"
"Milo ais, kau nak minum apa, setan?"
"Ha, tambah teh o ais," kata Rafi.
"Tak pernah-pernah lagi seumur hidup aku layan World Cup sambil makan goreng pisang pukul 4 petang," kata Adli.
"Gooooooooollllllll Italiaaaaaaaaaaaaaa!" jerit Rafi.
"Vieriiiiiii!" jerit Rafi pada telinga Adli.
"Rilek la dulu, baru minit 55 kot. Kang kalau kena dua bijik di saat akhir baru tau langit tinggi rendah," Adli tenang menghirup milo ais.
YOU ARE READING
Cheras Perdana vol 3
Teen Fiction18 tahun biasanya adalah tahun yang kita buat salah besar yang pertama. Break up pertama. Putus sahabat pertama. Hilang semua benda pertama. Kalau kita bijak, barangkali kejayaan kita yang pertama.