"The Jackals Rules The School!"
Lagu Corona dari Minuteman yang menjadi tema lagu Jackass bermain dalam radio imaginasi Adli. Dia selamba memakai cermin mata hitamnya berjalan di tengah, yang diapit oleh Ziela yang menolak basikal pink dan depan ada raga, dan Alim Kasut yang berdahi jendul. Nasib baik dia dah cukur rambut pekan Ronaldo dia.
Mereka berjalan menuju ke stor sukan. Alim Kasut pegang kayu dari kerusi yang patah di sekolah.
"Alim, apa-apahal, kalau Cikgu Afifi menggila, kau ketuk kepala cikgu dengan kayu. Dia tu body katang, sekali dia tumbuk kita, melayang tiga-tiga," kata Adli.
"Ziela, kau rekod video dan ambil gambar."
"Kau nak buat apa ni, Adli Margera?"
Adli tersenyum.
"You got to fight for your right, to party."
Adli buka kunci Solex yang dikunci sejak semalam.
BANG!
Terkejut Cikgu Afifi yang tido dalam ketakutan sambil memeluk bola ragbi. Ternyata Cikgu Afifi masih menangis dalam phobia melihat lipas yang berkeliaran.
"A..a...apa aw...awak nnnnaakk?" suara Cikgu Afifi yang berbody katang tetapi sedang menangis teresak-esak macam budak tadika kena tinggal kat tepi kubur seorang diri.
Adli senyum, sambil bakar rokok.
"Beberapa tuntutan."
Ziela tersenyum sambil merakam video cikgu berbody katang sedang menangis teresak-esak.
"A...a...pa apa awak ssssemua nak?"
"Pertama, jangan sentuh kami di sekolah. Terutamanya Alim Kasut. Dia anak yatim. Apa hukumnya buli anak yatim, cikgu?"
"Beerrrr...berrrrdosa!"
"Pandai pun cikgu. Nombor dua, kami mahu cikgu padamkan semua rekod-rekod kami."
"O...o...kay!"
"Nombor tiga, bayar lah kami sikit. Nanti video ni kami sebar kat budak-budak sekolah sekitar Kajang ni, mana cikgu nak letak muka? Body katang tapi takut lipas. Budak-budak ragbi tak respek cikgu nanti."
"B..be..berapa kamu sem...semua nak?"
"Enam rat."
Ziela dan Alim Kasut pandang Adli dengan tersenyum.
"O..o..ok!"
"Ish ish ish, sampai terberak cikgu sebab phobia dengan lipas," kata Adli.
"Cikgu lagi barai dari Alim Kasut sekarang ni, ish ish!"
Cikgu Afifi pergi ke bilik disiplin, dan hulur kad bank pada Adli.
"Ish cikgu ni. Tak nak la bagi kad bank. Nanti cikgu tipu pin number. Tak nak. Cash only."
"Tapi saya tak ada cash sekarang," Cikgu Afifi panik.
"Dah tu, moh la kita ke bandar Kajang. Lagi satu, Lim, kau kasi seluar spare aku bagi tadi tu, celaka la bau tahi ni. Mengingatkan aku terhadap pegawai PPD yang makan tahi aku dulu," kata Adli. Alim mencampakkan seluar pendek pantai gambar SpongeBob yang Adli beli di pasar malam Rabu Cheras Perdana.
"Kamu lah Adli..." kata Cikgu Afifi.
"Ya, Adli Margera. Ingat nama tu, cikgu."
Cikgu Afifi membawa mereka menuju ke Bandar Kajang dan cucuk duit di Maybank Jalan Besar. Cikgu Afifi menghulurkan enam ratus ringgit di tangan Adli.
YOU ARE READING
Cheras Perdana vol 3
Подростковая литература18 tahun biasanya adalah tahun yang kita buat salah besar yang pertama. Break up pertama. Putus sahabat pertama. Hilang semua benda pertama. Kalau kita bijak, barangkali kejayaan kita yang pertama.