"Sebiji Buah Tamar"
Ziel-O tunggu Adli di tempat parking motor pada pagi itu. Dengan basikal pinknya, di depan bakulnya ada sebungkus nasi lemak.
"Nah, nasi lemak sambal ikan bilis petai, sorry, sambal kerang habis," kata Ziel-O menghulurkan plastik pada Adli.
"Ok je ni, aku layan gak sambal petai. Ni, peralatan yang aku suruh kau bawak, kau bawak?" tanya Adli sambil mencapai plastik nasi lemak.
"Bawak," kata Ziel-O.
"Macai kau mana?"
"Alim Kasut? Kejap lagi dia sampai."
"Jap, kenapa nama dia Alim Kasut? Dia meniaga kasut ke?"
"Tak. Bau dia macam bau kasut."
Adli tahan gelak.
"Bau kedai ke?"
"Kasut bau kedai heaven beb. Ni tak, bau kasut kepam, macam bau stokin."
"Astaga, anak siapa la dia ni. Jadi, kau setuju kan cutting kita."
"Alim cakap dia nak cut sikit, so boleh tak kau makan 50, kitorang sorang 25? Ni pun aku dah cut aku punya bahagian 5 percent tau?"
"Aku ingatkan Alim Kasut kau tu sanggup lakukan apa saja demi kau. Ah, takpelah. Sekarang, kau nampak tak kereta ustaz Hanafi tu?" tanya Adli.
"Ha, aku letak tahi kucing tu. Aku tau bukak pintu jenis Wira tu."
"Kau pakai wayar hanger pun boleh bukak la pintu Wira tu," kata Adli.
"Kau suruh si kasut tu lepak warung makcik jap, aku ada taklimat jap nak cakap dengan korang," kata Adli yang melintas jalan menuju warung makcik jual kuih.
Kejap lagi Alim Kasut datang, dan nampak Ziel-O dan Adli sedang melepak depan gerai.
"Woi, kau makan kasut ke apa? Apahal bau badan kau bau kasut, sial?" kata Adli sambil menutup hidung. Makcik niaga kuih dah tak boleh blah. Si kasut ni menjejaskan perniagaannya.
"Bang, kita nak buat kat kereta siapa ni?" tanya Alim Kasut.
"Ustaz Hanafi. Nanti, konon-kononnya kau nak buat, aku cekup kau, dan bawa ke ustaz. Pastu kau tadah la bontot jap. Pastu dapat habuan dari ustaz, kita bahagi, ok?"
"Cantik, bang."
"Lagi satu, kalau ustaz bagi banyak duit, kau beli minyak wangi. Minyak atar kat masjid tu pun takpelah dari kau bau kasut macam ni," Adli light rokok.
Alim Kasut pun ambil peralatan seperti wayar hanger dan playar untuk buka pintu kereta Ustaz Hanafi. Sedang dia 'buat' kerja, tiba-tiba Adli 'mencekup' Alim Kasut.
Adli terus bawa Alim Kasut menuju ke bilik guru.
"Ustaz, ustaz! Dah jumpa dah! Dia ni cuba mendajal kereta ustaz!" kata Adli dengan perasaan bangga.
"Bagus, kamu ikut saya ke bilik disiplin."
Adli buat muka barua, konon-kononnya dah dapat tangkaplah pendajal tu. Alim Kasut pun melakonkan watak dengan baik, meronta-ronta macam konon-kononnya melawan lah.
Cikgu disiplin, Cikgu Afifi bagi tiga das rotan. Celaka, perit juga libasan cikgu ni. Macam nak menangis si Alim Kasut.
Selepas mendapat sebatan, Alim Kasut pun tunggu tepi, menunggu Adli mendapat habuan.
"Adli, terima kasih, kerana membantu saya dalam penyiasatan ini. Dan sebagainya habuannya, saya berikan kamu sepotong doa dan sebiji buah tamar. Rasulullah s.a.w bersabda, tamar ini baik untuk kecerdasan fikiran."
YOU ARE READING
Cheras Perdana vol 3
Novela Juvenil18 tahun biasanya adalah tahun yang kita buat salah besar yang pertama. Break up pertama. Putus sahabat pertama. Hilang semua benda pertama. Kalau kita bijak, barangkali kejayaan kita yang pertama.