Episod 1

4.1K 73 32
                                    

Nota: Untuk pemahaman yang lebih jitu, sila baca Cheras Perdana vol. 1 dan 2 dahulu.

"The Game of Love"

Lagu Shaden - Suka-Suka berkumandang di ruang tamu sambil Nizam dan Eleena sedang berdua lawan Street Fighter. Seronok sebab dalam seluruh Cheras Perdana, Nizam dan Eleena antara yang pertama guna PS2.

"Sedap betul main PS2 ni, nampak canggih sikit console dia warna hitam," kata Nizam.

Eleena baring di peha Nizam sementara Nizam pula sedang selesa baring di atas kusyen.

"Lagi game apa awak ada dalam PS2 ni?" tanya Nizam.

"Jap, awak nak main game apa?"

"Apa-apa asalkan bukan game bola."

Eleena pandang Nizam dengan satu pandangan blank.

"Kenapa?"

"Sebab I'm suck at it!"

"Jom kita lawan game bola, kalah kena denda?" Eleena pandang nakal.

"Denda apa? Tak nak la! Saya tak pandai main game bola."

"Street Fighter pun awak kalah dengan saya?"

Eleena naik kening. Nizam slow tak dapat pickup.

"Awak, awak selalu main game tak?" tanya Eleena.

"Selalu, tapi selalu kalah. Yang terror main game ni Rafi," kata Nizam.

Eleena cuba fikir analogi lain. Tetapi dia hanya dapat fikirkan game buat masa ini.

"Macam bila kita main game, kita ada level, kan?" tanya Eleena.

"Ya?"

"Awak tak rasa ke, kalau kita dah ada di satu level terlalu lama, kita jadi bosan dan kita akan tinggalkan game tu?"

"Ya."

"Baik, awak rasa dalam hubungan ni pun, macam tu jugak tak? Kalau kita terlalu lama di level tersebut, dan salah satu dari kita tak nak sama-sama bergerak ke level tu, lama-lama akan bosan juga, kan?"

Nizam dah pening kepala.

"Awak..." tiba-tiba Eleena bangun, dan memaut leher Nizam. Eleena senyum, ternampak gigi taringnya dan lesung pipitnya.

"Awak tak nak naik level dalam hubungan ni, ke? Ok, kita jangan mulakan yang tu dulu. Kita mula yang mula-mula dulu."

"Mula mula-mula?"

Nizam dah rasa Eleena ni bercakap tentang sesuatu yang lain macam ni. Kadang-kadang seram juga Nizam bila Eleena pandang dia macam nak terkam ni.

"Awak, saya ni slow mover. Saya rasa saya belum ready lah untuk yang itu."

"Cuba awak cakap, kenapa?"

Nizam tunduk dan diam.

"Perkara ni bukan sesuatu yang keji, cinta. Ia adalah fitrah manusia. Jadi, masa awak cium saya di depan rumah awak tu, awak dah fikir masak-masak sampai ke mana hubungan kita ni?"

"Saya takut saya terlajak."

"Kalau terlajak, kita cari jalan sampai jumpa. Kalau kita tak terlajak, sampai bila-bila kita di zon selesa. Kita tak berkembang."

"Awak tahu kan..."
"Ya, saya tahu sejarah takut dengan perempuan awak tu. Sebab tu awak kena lawan. Dan saya akan bantu awak atasi itu. Kita cuba yang mula-mula dulu?" Eleena naik kening.

Nizam perlahan-lahan mengangguk kepala.

"Ok..." Eleena mula berbisik pada Nizam.

Bunyi loceng rumah berbunyi.

Cheras Perdana vol 3Where stories live. Discover now