Baru selangkah aku masuk ke bilik, nama aku sudah dipanggil. Gulp!
"Wana." Perlahan-lahan aku memandang ke arah katil di hadapan aku lebih kurang 3 kaki daripada aku.
Makin berdebar-debar pulak! Kenapa dia panggil aku macam series je ni?
"Ye?" Jawab aku lembut.
"Sini kejap." Pinta suamiku. Opss! Termengaku suami! Baru beberapa jam lepas dia sah jadi suami aku.
Aku pun ikut je lah cakap dia. Direbahkan punggung duduk sebelah dia atas katil. Debar jugak lah!
"Kenapa kau bayar aku sepuluh ribu eh? Sepatutnya aku yang bagi kau sebagai duit hantaran." Zul mempersoalkan tentang duit yang wana beri kepadanya.
"Ermm, duit tu macam aku sewa kau lah jadi suami aku. Kau tak kesah kan?" Selamba badak dia je, ajak kahwin pastu kata sewa?
Zul terdiam seketika. "Kau ingat kahwin ni boleh main- main ke Wana? Aku ni dah sah jadi suami kau tau? Dosa kau semua aku tanggung. Then kau ajak aku kahwin ni atas sebab apa sebenarnya?" Zul nak kepastian, sebelum bernikah, Wana kata dia nak kahwin dengan Zul tapi tak dinyatakan sebab.
"Because of my mom?" Wana cuba meneka neki pula dengan Zul.
"Let me guess, mak kau ke yang desak kau suruh kahwin?" Wana mengangguk. "Then kau kahwin dengan aku ni sebab apa? Maksud aku, kenapa kau pilih aku kenapa tak pilih orang lain?"
Wana tercengang. Dia pun tak tahu kenapa dia nak Zul yang jadi suami SEWA dia.
"Okay tak pe, lupakan soalan aku. Cuma yang aku tak faham kenapa kau mesti kata yang kau nak sewa aku? Kau nak buat macam cerita melayu ke? Lepas habis kontrak nanti cerai? Tapi tak jadi cerai sebab suka sama suka?" Zul berkeras nak tahu kenapa dia dapat gelaran suami sewa tu.
"First, aku pilih kau ni Zul sebab aku nampak kau je yang okay berbanding kawan lelaki aku yang lain. Second, aku bagi sepuluh ribu tu sebab upah aku sewa kau. Aku cuma nak sewa kau 2 tahun je. Sebab aku nak sambung belajar dekat Penang. Mak aku tak bagi belajar jauh-jauh selagi aku tak kahwin. And last, tak terpikir pon nak ikut ala-ala cite melayu tu sebab aku pon tak berapa nak layan." Panjang lebar wana menerangkan kepada Zul.
"Kau study lagi kan? Mana kau dapat sepuluh ribu tu?" Zul ni dah macam polis lah nak siasat aku banyak-banyak.
"Setiap kali cuti sem aku kerja. Erm kerja biasa je, tapi kerjanya rm4000 sebulan." Terbeliak mata Zul dengar gaji Wana.
"Besarnya gaji! Kerja apa?!"
"Kerja jadi akauntan sambilan dekat syarikat pak Cik."
"Ouh haah, lupa dulu kau kelas perdagangan. Tapi sebelum tu, aku tak nak terima pon duit ni, ambil balik. Aku ni lelaki, gaji pon lagi besar daripada gaji kau. Kau tu, baru nak belajar. Nanti kau perlukan banyak duit. Ambil je, and jangan lupa ambil duit hantaran yang aku bagi." Zul tak mahu perkahwinan ni seolah-olah dipaksa.
"Kalau aku tak nak terima?" Wana cuba mencabar Zul.
"Kalau tak nak terima...." Zul mendekatkan wajahnya ke wajah Wana. "Malam ni, kau, aku punya.." Zul mendekatkan wajahnya sehingga Wana semakin kebelakang dan kemudian terbaring dengan sendirinya diatas katil.
Semasa terbaring, Wana sempat menahan badan sasa Zul namun Zul semakin mencuba untuk menindih Wana. "Weh! Stop! Aku tak sanggup!"
"Macam mana kalau malam ni aku nak sewa kau Wana? Satu malam aku bayar kau dua ribu, amacam?" Kata-kata Zul menyinggung perasaan Wana bahkan Wana merasakan dirinya seolah-olah pelacur.
"Apa kau cakap ni! Aku ni isteri kau lah! Bukan pelacur!" Wana jerit semahunya dan dia mula menangis tiba-tiba.
"Apa? Isteri aku? Uish, rasanya aku ni cuma suami sewa kau je kot. Jadi, aku pon boleh sewa kau.." Gulp! Berdesing plus sakit hati bila dengar ayat tu!
"Zul! Aku jerit kuat-kuat biar satu rumah tahu kang!"
"Jerit lah, takde siapa kat rumah sekarang ni, semua dah keluar sebab your mom nak bagi mood honeymoon dekat rumah ni. Yang lain semua dah bertolak ke Selangor sebab kat sana ada wedding esok. Your mom bagi keizinan untuk aku sewa kau mlm ni.." Zul mencabut sehelai demi sehelai tudung milik Wana.
"Weh! Please respect aku as your wife!" Wana menangis setidak-tidaknya kerana dia belum bersedia untuk semua ni.
Zul bangun daripada mengacau Wana. Dia buat seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. "Okay Wana, relax. Aku cuma nak uji kau. Apa perasaan kau bila aku kata aku nak sewa kau malam ni? Sakit hati tak? Kalau kau sakit hati, macam tu lah perasaan aku! Jangan buat aku ni macam lelaki simpanan kau, bila kau nak je kau guna. Masa nak guna tu kau bayar aku. I don't want to be like that."
Wana masih lagi menangis kerana terkejut dengan tindakan Zul.
"Aku.. ingat bila... aku jadikan kau as my husband, kau boleh faham aku. But totally I'm wrong! Kau buat aku macam pelacur!" Wana melepaskan geram. Tersedu sedan wana.
"No Im not! Okay shh! Jangan nangis lagi. Aku tahu kau tak sedia and kau terkejut dengan semua tu tadi, tapi sumpah aku cakap aku cuma nak kau rasa perasaan aku bila kau anggap aku ni just suami sewa kau tu." Zul menarik Wana ke dalam dakapannya lalu mengesat air mata Wana.
"Zul aku benci kau!"
"Then I hate you more!" Balas Zul. Hati suami mana tak retak bila isteri kata dia nak jadikan kita just SUAMI SEWA DIA!
Wana cuba meleraikan pelukan Zul. Dia mahu beredar daripada bilik tu. Dia tak nak dianggap pelacur! Apabila pelukan Zul terlerai, Wana bergegas hendak keluar daripada bilik.
"Nak pergi mana?" Soal Zul.
"Nak pergi bilik sebelah. Aku tak layak tidur sebilik dengan kau! Nanti kau buat aku macam pelacur takde maruah!" Kata Wana kemudian beredar.
"Wana!" Belum sempat Zul kejar Wana, Wana menghempas pintu bilik.
"Huh! Ya Allah, sedikit pun tkde niat aku nak buat dia jadi pelacur. Aku cuma nak dia rasa perasaan aku bila dia cakap aku cuma SUAMI SEWA dia." Zul melepaskan keluhan berat.
Sebelum dia tidur, Zul dah memasang niat untuk mencuri hati Wana semula pada esok hari. Berharap agar Wana mampu terima dia dan tidak membenci dia.
YOU ARE READING
Suami sewa
Romance"Kenapa kau bayar aku sepuluh ribu eh? Sepatutnya aku yang bagi kau sebagai duit hantaran." -Zul "Ermm, duit tu macam aku sewa kau lah jadi suami aku. Kau tak kesah kan?" - Wana Siapa kata Zul tak kesah? Makan hati Zul apabila diperlakukan begitu. "...