21: Tersedak

2.5K 56 13
                                    

Entah kenapa malam itu walaupun Haqiem sudah keletihan namun matanya masih celik. Wajah perempuan yang baru sahaja memberikannya kain pelikat itu tadi masih melekat di fikiran. Macam pernah jumpa.

Hati rasa gelisah, berdebar pun ada. Perempuan itu seperti membawa aura yang baharu dalam hidupnya. 'Ish! Merepek apa aku ni' gomel Haqiem sendiri.

Dia bangun dari pembaringan di katil lalu mengambil dompet di atas meja cermin. Setelah itu Haqiem kembali baring sambil mengeluarkan kad yang Ammar berikan padanya dahulu. Tertera nama account Instagram milik perempuan itu.

Dia terfikir untuk stalk sama ada perempuan itu masih lagi single atau mungkin sudah berpunya. Mulanya account Ig milik kedai habis diteroka. Kemudian, Haqiem mencari apakah nama ataupun account IG milik perempuan itu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tag.

Tik

Tok

Tik

Tok

Setelah hampir setengah jam stalk, akhirnya! "Yesss! Jumpa pon Ig dia!" Senyuman riang terukir di bibir. Kemain gembira hati dapat mencari buah hati.

Satu persatu gambar milik perempuan itu di lihat. Komen-komen turut dibaca. "Oh, nama dia Aisyah rupanya."

"Cantik!"

Video Aisyah bersama rakan-rakannya dimainkan. Nampak gaya Aisyah ni kurang kawan lelaki. Kebanyakannya semua perempuan.

Gambar seterusnya dilihat.

"Sekejap! Dia ni macam Mus!"

"Adik Mus ke weh?!" Haqiem menepuk dahi setelah melihat gambar keluarga Aisyah. Gambar itu diambil sewaktu hari raya tahun lepas. Baju sedondon sekelurga berwarna biru muda. Mus bersama mak ayah dia dan Aisyah pon ada!

"Patutlah adik dia ni macam pernah aku tengok."

Benarlah aturan Allah, aku tak minta dipertemukan tetapi Allah permudahkan langkah untuk aku mengenali mereka. Cantik sangat! Subhanallah!

Keesokan harinya, azan subuh berkumandang menandakan waktu subuh telahpun menjelang. Haqiem terbangun apabila kedengaran sayup azan yang dilaungkan. Haqiem segera mandi lalu solat. Setelah Haqiem selesai menunaikan kewajipan solat subuh dan mengaji dia bercadang untuk ke dapur bagi mendapatkan segelas air masak. Nak basahkan tekak.

Ruang tamu menjadi ruang utama untuk kakinya berlalu disitu sebelum tiba ke dapur. Keadaan di ruang tamu tidak lagi gelap seperti semalam, kalini terang dengan cahaya yang dibuka.

Sempat Haqiem mengerling kearah jam yang terlekap pada dinding. Sudah pukul 6:45 pagi. Matanya turun kebawah sedikit. Terdapat sebuah potret keluarga Mus... Aisyah! Gambar raya sama seperti yang dia lihat di Instagram semalam.

"Kenapa semalam aku tak perasan gambar ni." Ngomel Haqiem perlahan. Namun suaranya di dengari oleh seseorang. Baru sahaja hendak melangkah, suara seseorang berbunyi.

"Ni lah adik saya."

Haqiem memalingkan wajahnya untuk melihat siapakah gerangan milik suara itu.

"Mus!" Terperanjat sedikit. Haqiem menyambung kata-katanya. "Lah, cantik orangnya. Semalam ada lah terserempak sekejap masa keluar daripada bilik cuma tak nampak sangat muka dia sebab gelap."

Mus tersenyum bersahaja.  "Dia memang selalu balik lambat, nak buat macam mana kena jaga kedai..."

Agaknya kedai yang dia dan Ammar pergi haritu kot.. jadi betullah Aisyah owner kedai tu.. "Bagus betul eh.. muda-muda dah ada kedai sendiri" Haqiem memuji sifat keusahawanan Aisyah. Tanpa dia sedar, dia dah mula langkah pertama dalam fasa jatuh cinta.

Suami sewaWhere stories live. Discover now