"Tak pasal-pasal Zul nampak badan aku.. Dia punya pasal lah ni pergi tolak aku dalam kolam. Eee geram je.. Pastu saje nak buat aku blushing!" Ngomel Wana seorang diri di dalam bilik mandi sambil bermain sabun di tubuh.
"Nasib baik dah kahwin! Kalau takde apa-apa ikatan? Fuhh... Habislah aku!!" Wana mengetuk dahinya perlahan. "Tak pasal-pasal dosa fly masuk timbangan aku kat akhirat nanti sesenangnya..."
Banyak yang dibebelkan oleh Wana. Zul pula masih di dalam kolam sambil tersengih-sengih.
"Bukan selalu dapat 'bermanja' dengan isteri... Huhu!" Bersuka ria Zul. Bukan apa, nak tambat hati isteri lah katakan.
Zul mula naik ke permukaan darat. Bosan dah berendam dalam air. Bajunya diperah sedikit lalu masuk ke dalam rumah untuk mandi.
Sebelum masuk ke dalam bilik air, sempat lagi dia mengambil tuala lalu balut badannya yang basah. Pintu tandas Zul buka dan...
Membulat mata Zul apabila melihat Wana sedang mandi dan hanya kain batik yang membaluti tubuh Wana. Rambut ikalnya dilepaskan dan kaki Wana yang gebu dan putih dipenuhi dengan buih sabun.
"Argh!!!!" Wana menjerit daripada dalam bilik air sebaik sahaja perasan Zul membuka pintu bilik air.
"Apa kau buat ni Zul?!! Tutup lah! Tak malu ke intai aku mandi?" Wana yang menggelabah habis sedaya upaya menutup badannya dengan hanya dua tangan.
Zul cepat-cepat beristighfar lalu menutup matanya. "Sorry! Aku tak tahu kau kat dalam! Aku ingat kau mandi bilik air satu lagi. Habistu siapa suruh tak kunci pintu bilik air ni?" Marah Zul.
Wana mengetuk dahinya lagi dengan perlahan. Bila pulak dia terlupa kunci pintu bilik air? Wana berlari menuju ke belakang pintu untuk melihat sama ada dia sudah kunci atau belum. "Mana ada! Aku kunci eh.."
"Dah tu kenapa aku boleh buka pintu ni?" Tanya Zul dengan keadaan cemas. Sukar digambarkan perasaannya ketika itu. Imannya goyah melihat kecantikan yang dikurniakan Allah.
"Jangan-jangan kau guna kunci untuk bukak? Eee Zul! Kau saje je kan? Kau memang nak tengok aku seksi kan sebenarnya?" Wana mula menuduh bukan-bukan pada Zul.
Ya Allah isteri aku ni! Asal boleh fikir macam tu sekali? "Demi Allah! Tak ada niat pun nak tengok awak mandi bagai sayang oi..." Zul cuba berlembut.
"Or.." Kata-kata Zul tersekat.
"Or apa?" Sampuk Wana dengan laju. Marah punya pasal sampai macam tu sekali. "Or kau sebenarnya memang ada niat nak honeymoon betul-betul?"
Zul kurang faham. Apa maksud Wana ni? "What do you mean?"
"Ya Allah, Zul! Takkan itu pun aku nak terangkan? What everlah! Okay, memandangkan kau tak tahu, aku assume kau memang tak ada niat macam tu.. Habistu!?" Laju Wana cakap sehingga tiada sedikit pun tanda koma.
Thats why I love you my wife. "Sabar Wana, aku tak habis cakap lagi.. Or maybe memang pintu ni rosak? Kau kunci macam mana pun dari luar tetap boleh bukak. Jap aku masuk check."
"No!" Jerit Wana. Eee mamat ni, dia mesti saja nak tengok aku!
"Series you must trust me. Only this time, aku janji tak tengok kau. Aku cuma nak tengok pintu ni. Kalau tak, sampai balik lah aku asyik dapat masuk bilik air ni kalau kau tengah mandi." Zul cuba mengugut Wana. Bukannya Zul tak tahu, Wana takut kalau kena ugut. Memang dia ikutkan aje apa yang kita suruh.
YOU ARE READING
Suami sewa
Romance"Kenapa kau bayar aku sepuluh ribu eh? Sepatutnya aku yang bagi kau sebagai duit hantaran." -Zul "Ermm, duit tu macam aku sewa kau lah jadi suami aku. Kau tak kesah kan?" - Wana Siapa kata Zul tak kesah? Makan hati Zul apabila diperlakukan begitu. "...