16: Istifar

4.8K 101 3
                                    

Angin bayu subuh meniup serpihan baju Wana sehingga merasakan angin tersebut masuk ke setiap rongga baju. Entah berapa hari KAMI BERHONEYMOON disini. Sejujurnya, bukan mudah untuk dia terima semua kebaikan yang telah Zul lakukan.

Dia takut rancangannya untuk bercerai setelah 2 tahun tidak berhasil. Dia bimbang kisah hidupnya seperti novel cinta dan drama yang sering diadaptasikan. Kahwin paksa, kahwin kontraklah, kahwin main-main.

Dia kena fikirkan cara supaya apa yang berlaku sekalipun dia tetap akan bercerai dengan Zul. Ini semua berlaku semua sebab kisah hidup lampaunya. Dia terlampau fobia dengan apa yang telah jadi.

Buat masa ni, dia tak mahu fikir semua tu. Wana hanya ingin menenangkan fikiran. Jika dihitung dengan betul, hampir 3 hari dia berada disini bersama Zul. Dia sangat bersyukur kerana Zul seperti mengikut rancangannya.

No sex.
No lip kiss.

Ada jugak lelaki dalam dunia ni yang boleh tahan nafsu. Tapi aku rasa tak ada. Zul ni bernafsu cuma iman dia tinggi.

"Eee Ya Allah! Aku melalut apa ni fikir pasal dia plak!" Wana menanpar perlahan pipinya kerana terberangan aksi yang tak sepatutnya dilakukan oleh Zul.

"Astaghfirullahalazim!" Beberapa kali mulutnya terkumat kamit mengucap kalimah ini.

Zul yang perasan isterinya berada di tepi kolam ketika matahari mula terbit itu terus mendekatkan diri kearah Wana. Zul melihat Wana asyik beristifar.

"Buat dosa apa pagi-pagi? Sampai istifar tak berhenti." Sapa Zul dengan senyuman yang menggoda. Tergelak kecil jugalah dia melihat isterinya yang pelik tu.

Kehadiran Zul membuatkan Wana terkejut. Terhinjut sedikit bahunya sebelum dia memalingkan wajahnya untuk melihat wajah Zul. "Saje nak istifar supaya hati ni bersih sikit."

Betul apa yang Wana kata. Dengan beristifar, dapat mengurangkan titik hitam dalam hati. Jika dilazimi makin kurang lah perbuatan maksiat dalam diri.

"Bagus betul. Hmm sebelum tu! Dah kemas semua baju?" Zul peringatkan Wana kerana tengahari ini mereka akan bertolak pulang ke rumah.

"Dah. Cuma tinggal amik toiletries je.." Ringkas jawapan Wana. Tak berminat dengan soalan tu. Dia mula sayangkan tempat ini. Dah la cantik! Ada kolam pulak tu!

Zul mula duduk disebelah Wana di tepi kolam. "Baju aku? Dah kemas?" Soalan dituju bersama muka tidak bersalah dengan senyuman kerang busuknya.

Wana pelik. Sejak bila pula Zul suruh dia kemas. Semalam? Tak ada pula. "Asal plak aku kena kemas? Kau tak cakap apa-apa pun semalam? Arahan pun tak ada." Selamba Wana balas.

Zul tersenyum kecil. Dia faham Wana. Bukan semua isteri akan bertanggungjawab untuk berbuat demikian. "Apa salahnya kalau isteri tolong suami kemaskan pakaian dia." Perlahan suara Zul  tetapi memakan dalam buat Wana.

"Tak nak lah aku! Kemas pakaian kau plak tu. Nanti tak pasal-pasal aku jumpa benda lain. Bentuk segi tiga. Euwww no no no! Geli!!!" Ketawa besar Wana dibuatnya.

Zul menahan muka. Habis merah padam wajahnya apabila Wana berkata demikian. Faham sangat apa maksud segi tiga Wana tu. Apa lagi kalau bukan seluar dalam. "Kau ni kan Wana! Aku kata baju, yang kecik-kecik segi tiga tu aku dah kemas awal-awal eh!"

Suami sewaWhere stories live. Discover now