Sinaran pagi menusuk ke dalam mata Zul. Dia yang berdiri di balkoni bersama angin pagi ligat memikirkan sesuatu. Dia selalu terbayang saat-saat begini. Lelaki, dia juga mempunyai perasaan dan keinginannya tersendiri.
Dia selalu terbayangkan dimana saat dia berdiri dibalkoni rumah pada saat ini, isterinya bakal datang daripada belakang dan memeluknya. Namun hampa! Wana bukanlah seperti itu. Wana tidak cintakan dia. Sukar untuk Wana membuka hatinya untuk Zul.
Bercerita mengenai Wana, tujuan Zul termenung di balkoni ini adalah untuk memikirkan apa yang sudah berlaku ketika malam tadi dan apa yang berlaku pagi tadi.
Selepas 10 minit memejamkan mata, Zul masih tidak dapat melelapkan dirinya. Dia mengambil keputusan untuk baring menghadap Wana. Ditenungnya wajah Wana dalam keadaan malap.
Tiba-tiba dia melihat Wana mengerutkan dahi dan menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Peluh mula memenuhi ruang di dahi Wana. Zul yang melihat seolah-olah mengerti bahawa Wana sedang bermimpi buruk.
"Sayang? Are you okay?" Zul cuba menenangkan Wana dengan mengalihkan bantal ditengah-tengah yang menjadi penghalang antara mereka berdua kemudian dia mengelap peluh di dahi Wana sebelum Wana selamat berada didakapannya.
Keadaan senyap seketika. Wana kembali tenang. Zul melepaskan nafas lega. Sebelum ini, mereka tidur berasingan jadi dia tak pernah melihat Wana sebegini. "Lepaskan aku! Tak nak! Ma! Tolong!" Jerit Wana tiba-tiba. Ini membuatkan Zul semakin panik.
Ya Allah kenapa ni. Kenapa Wana bermimpi teruk sangat. Zul bangun daripada baringannya lalu cuba menyedarkan Wana daripada mimpinya. "Wana bangun Wana! Wake up!" Zul cuba membacakan beberapa surah sebelum ditiupkan ke dahi Wana.
Zul sekali lagi cuba menyedarkan Wana daripada mimpinya lalu meletakkan Wana di ribanya dan akhirnya dia tersedar. Air mata Wana terus mengalir tanpa Zul mengetahui sebabnya. Wana yang berada di riba Zul terus memeluk Zul erat.
"Im here. Its okay. You gonna be fine." Ucap Zul sambil mengusap rambut Wana di bahagian belakang telinga. "Takut!" Kata Wana sambil kata-katanya dipenuhi dengan tangisan.
Zul meletakkan kepala Wana di bantal lalu dia kembali baring. Sekali lagi dia tidak membiarkan Wana bersendiri dengan memeluk Wana erat.
(Ala2 macam ni lah☝🏻)
Pagi itu pula, mama seolah-olah sudah mengerti dan tahu peristiwa semalam terjadi. Mama mengetuk pintu bilik kami sebaik sahaja subuh menjelma.
Tok! Tok! Tok!
Zul yang terdengar ketukan pintu bilik mulai tersedar dari tidurnya. Dia melihat Wana masih berada di lengannya. Wana dialihkan lalu Zul bangun dari pembaringan sebelum pintu bilik dibuka.
YOU ARE READING
Suami sewa
Romance"Kenapa kau bayar aku sepuluh ribu eh? Sepatutnya aku yang bagi kau sebagai duit hantaran." -Zul "Ermm, duit tu macam aku sewa kau lah jadi suami aku. Kau tak kesah kan?" - Wana Siapa kata Zul tak kesah? Makan hati Zul apabila diperlakukan begitu. "...