21: Rent husband

856 10 1
                                    

"Hah?!" Terkejut beruk Zul mendengar penjelasan yang dibuat oleh Wana. Mana tak nya, baru sahaja nak berbaik kena berpisah kembali.

"Bolehlah? Awak izinkan, betul tak?" Ha mula dah. Kalau Wana berAWAK -AWAK tu ada lah tu permintaan dia.

"No! Aku tak nak bagi kau duduk kat kampus tu. Kan aku dah cakap, duduk je kat rumah ni. Kalau nak ulang-alik aku boleh hantar. Kenapa susah sangat nak faham?" Zul membantah sepuas-puasnya.

Permintaan Wana untuk tinggal di kampus benar-benar menaikkan darahnya. Haritu kata dah setuju nak tinggal dengan Zul, kalini lain pulak.

"Alah Zull... Wana memang wajib  kena duduk kat hostel. Please! Untuk first semester ni je.. boleh eh?" Wana terpaksa buat begini, dia hendak melarikan dirinya daripada Zul. Inilah waktunya untuk dia menjarakkan diri daripada Zul.

Zul mencebik. Siapa kata wajib? Yess of course lah wajib untuk siapa yang tak ada halangan untuk duduk luar. Tapi masalahnya aku dah tanggung dia, itu pun nak duduk dekat dalam hostel jugak ke? Zul merengus sendirian.

"Kalau macam tu Zul pergi college Wana, minta Wana dikecualikan daripada duduk hostel. Macam mana?" Zul memikirkan cara untuk mengelakkan Wana daripada duduk di sana.

Hah! Mati akal Wana dibuatnya. Ni bukan pengakhirannya! "Eh tak payahlah, nanti lecturer cakap apa pulak pasal Wana."

"Kalau tak nak Zul pergi sana, Wana kena duduk kat rumah ni. Fullstop! No more excuses." Zul mencapai tali leher di atas papan penggosok lalu disarungkan ke kepala.

Wana yang melihat Zul terkebil-kebil dengan arahan yang dikeluarkan. Macam bos! Ish geram betullah. Setiap gerak-geri Zul diperhatikan. Sehinggalah dia perasan Zul menarik briefcase lalu melangkah turun ke bawah.

Tersedar daripada lamunan membuatkan Wana mengejar Zul sehingga ke tingkat bawah. Kalini Zul melulu keluar rumah dan berhenti di hadapan pintu rumah untuk memakai kasut. Sebelum Zul sempat bangun daripada memakai kasut, Wana menahan Zul. "Zul!"

Zul diam membatu. Marah lagi gamaknya. Zul bingkas bangun tanpa menghiraukan Wana. Sekali lagi Wana memanggilnya namun kalini bersama huluran tangan. "Salam?"

Walaupun hati masih lagi marah, namun Zul tetap menyambut huluran Wana dan membenarkan Wana menyalamnya.

Chup!

Wana tergamam. Kalini dia pula yang membatu. Terkesan dengan tindakan Zul yang meninggalkan kesan ciuman di dahi.

Walaupun dia tengah marah tapi dia still sayangkan Wana. Ya! Itu yang Wana sedang rasakan. Ciuman ikhlas yang hadir daripada seorang lelaki yang bergelar suami.

Di pejabat, Zul masuk ke biliknya tanpa sebarang senyuman. Ini membuatkan semua pekerja termasuklah Lily iaitu personal assistantnya pelik. Tak pernah-pernah Zul begini.

Tok! Tok! Tok!

Zul yang baharu sahaja meletakkan punggungnya terkejut dengan bunyi ketukan pintu. "Masuk!"

Lily melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Takut silap hari bulan dia yang kena jerkah dengan bos sendiri. "Selamat pagi boss!"

Zul sekadar mengangguk tanda mengucapkan selamat pagi.

"Jadual boss untuk harini, tak ada apa-apa appointment dengan mana-mana client cuma ada meeting pukul 2 nanti dengan Staff bahagian marketing."

Mendengar penjelasan daripada Lily membuatkan Zul berasa lega. Emosinya terganggu sedikit harini, takut kalau terlalu sibuk lagi membuatkan dia stress.

"Terima kasih Lily. Awak bolehlah sambung kerja." Lily angguk kemudian beredar daripada bilik Zul. Pintu bilik dikatup rapat.

Tok! Tok! Tok!

Suami sewaWhere stories live. Discover now