7: Rumah Mummy

6.4K 106 4
                                    

Finally! Sampai pon rumah mummy! Tersergam indah rumah mummy Zul yang besar itu. Dari sudut luar, nampak macam rumah ni memang direka oleh designer yang sangat mahir. Sungguh modern rumah mummy Zul ni.

Sebaik Wana keluar daripada perut kereta, pintu utama telahpon terbuka dan mummy sudah terpacak dihadapan pintu. "Ya Allah budak bertuah!" Kata mummy sebaik nampak Zul keluar daripada kereta.

"Assalamualaikum mummy!" Wana bersalaman lalu berpelukan dengan mummy.

"Waalaikumsalam! Kenapa nak datang tak bagitahu? Mummy ingat minggu depan baru nak datang.." Zul pula bersalaman dengan mummy.

Wana gelak kecil. "Saja je nak buat suprise, lagipun bosan lah duduk rumah. Wana tengok Zul, Zul tengok Wana. Family Wana semua kena pergi Selangor sebab ada wedding. Katanya wedding besar-besaran. Mentang-mentanglah Wana dengan Zul ni cuma akad nikah, tu yang semua cabut pergi sana.."

Zul pandang Wana tajam. 'Eleh, cakap je lah nak sanding besar-besaran.'

"Sian menantu mummy ni.. Okay tak pe, jom kita masuk dulu.. Takkan nak berbual dekat luar kan?" Wana hanya mengangguk. Betul kata mummy, tak elok berbual kat luar sahaja.

Jadinya, Wana dengan mummy masuk ke dalam manakala Zul pergi ke kereta semula untuk mengambil beg pakaian mereka.

"Wow!" Perkataan pertama yang terucap dibibir Wana setelah melangkah masuk ke dalam rumah Zul. Ini kali pertama Wana melangkahkan kaki ke dalam rumah Zul. Sebelum ni pernah je datang cuma setakat tunggu diluar.

Perabot yang disusun sangat teliti. Kena pula dengan warna dinding. Bagi Wana, rumah mummy Zul ni macam kat luar negara pon ada.

"Wana? Tercegat apa lagi kat situ? Mari lah duduk, dekat sofa ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wana? Tercegat apa lagi kat situ? Mari lah duduk, dekat sofa ni." Mummy terus bersuara apabila Wana langsung tidak bergerak mengikutinya.

"Masuk je sayang. Buat macam rumah sendiri, bukan rumah sesiapa pon, rumah mummy jugak.." Sampuk Zul apabila melihat Wana masih lagi tercegat biarpun ditegur oleh mummy.

Akhirnya, Zul sendiri yang menarik tangan Wana untuk duduk di sofa. "Sayang, are you okay?" Bisik Zul ditelinga Wana.

"Okay je." Wana duduk di sofa bersebelahan dengan mummy.

Mummy menggenggam tangan Wana secara tiba-tiba. "Wana belajar lagi kan? Bila Wana start belajar?"

Wana berfikir sejenak. "Bulan depan mummy."

"Dah tu Wana belajar dekat mana?"

"Penang." Zul mencelah. Wana memandang Zul pelik. Suka hati dia je nak menyampuk waktu aku bercakap!

Suami sewaWhere stories live. Discover now