Esoknya, lepas solat subuh, Zul turun ke bawah untuk makan sesuatu sebab terlampau lapar. Namun, dia terdengar orang sedang memasak di dapur.
Siapa? Tak kan mak mertua aku dah balik? Cepat betul?
Zul menghendap sedikit ke dapur untuk melihat siapa di dapur. 'Wana rupanya...'
Zul mendekatkan diri lalu memeluk Wana daripada belakang. "Opocot mak kau!" Latah Wana.
Zul tergelak besar. Sumpah kelakar! Namun tangannya langsung tidak melepaskan pelukan di pinggang Wana.
Wana menoleh ke belakang untuk melihat siapa pemilik tangan yang berlingkar di pinggangnya. Damn!
"Lepas sekarang!" Marah Wana. Dia langsung tak boleh lupa apa yang Zul dah buat kelmarin.
"Tak nak.." Bisik Zul di telinga Wana.
Eeeee! Geli lah! "Lepas sekarang kalau tak sudip panas ni aku letak kat muka kau kang..." Gertak Wana.
"Uish! Garangnya sayang kita ni.. Okay-okay aku lepas." Zul melepaskan tangannya.
Menyampah Wana dengar perkataan 'sayang'.
"Tapi sebelum tu, kau masak apa? Aku lapar lah." Soal Zul lagi.
Wana diam sahaja. Malas nak cakap dengan mamat ni. Lagi satu, buta ke aku masak apa? Tak nampak ni mee goreng? Ke dia nampak ulat?
"Kalau dah siap masak, bagitahu eh. Aku nak buat air untuk kita jap.." Tanpa disuruh, Zul mencari teko air lalu membuat air milo.
'Nak acah lah tu..' Gerutu Wana.
Setelah siap masak, Wana menghidang mee goreng di atas meja. Walaupun dia benci Zul, namun dia tetap memasak dan menghidang makanan tersebut untuk Zul kerana Wana tahu itu tugas dia.
"Okay, air dah siap!" Jerit Zul dengan ceria. "Wow! Thank you sayang! You make me more in love with you."
Puih!!!! Ayat semata-mata.
Wana langsung tidak menghiraukan Zul. Kemudian dia memulakan makan sendiri.
"Wana! Tunggu kejap!" Tiba-tiba je Zul tidak membenarkan Wana makan. Zul menahan tangan wana. "Baca doa sama-sama dulu eh."
"Hmm" ringkas jawapan Wana. Wana tidak bercakap tetapi dia terus menadah tangan. Zul yang memahami isyarat Wana terus membaca doa makan.
Usai baca doa, Zul menghulurkan sudu berisi mee ke arah mulut Wana. "Buka mulut."
Mengada seh Zul ni! Pikir sweet ar?
"Tak nak!"
"Sayang please buka mulut.. 2 tahun je kan kita jadi suami isteri? So sayang kena lah tahan untuk 2 tahun ni." Kata-kata Zul menikam kalbu. Maksudnya Zul tak kesah? Zul terima even 2 tahun?
"Kau tak kesah ke Zul?" Soal Wana hairan.
"Nope. Aku tak kesah. Sebab aku tahu kau nak kebebasan. Dah faham kan? So bukak mulut." Wana yang masih tercengang perlahan-lahan buka mulut bagi membenarkan Zul menyuap mee goreng.
"Okay good girl!"
"Weh betul ke kau tak kesah? Aku.." Belum sempat ayat Wana habis, Zul memotong.
"Dah tak payah pikir. Aku okay, aku lelaki remember? Lagipon aku boleh je kahwin sorang lagi masa kau duduk jauh nanti."
Gulp! Rasa macam nak bunuh je Zul ni! Tercengang Wana.
"Ahahahahah!" Berdekak-dekak Zul ketawa melihat wajah Wana yang kian pucat. "Relaks lah! Aku gurau je.."
YOU ARE READING
Suami sewa
Romance"Kenapa kau bayar aku sepuluh ribu eh? Sepatutnya aku yang bagi kau sebagai duit hantaran." -Zul "Ermm, duit tu macam aku sewa kau lah jadi suami aku. Kau tak kesah kan?" - Wana Siapa kata Zul tak kesah? Makan hati Zul apabila diperlakukan begitu. "...