Usai sahaja menunaikan solat subuhnya dan matahari mulai terbit, Wana dan Zul pulang ke rumah mama Wana. Baru sahaja mamanya ingin melihat bagaimana anaknya di alam perkahwinan, terpaksa berpisah untuk sekali lagi apabila Wana menyatakan hasratnya untuk pergi berbulan madu.
Nasib baik mamanya benarkan mereka pergi, kalau tidak, berbulan madu dekat rumah lah jawabnya. Malah, berbulan madu dengan mamanya lagi.
Lebih kurang pada pukul 3 pagi jugalah mereka check in dekat resort yang mereka tempah. Itupun Zul yang uruskan, Wana hanya sibuk diulik mimpi.
Setelah semua barang telah diangkut masuk ke dalam bilik, Zul kembali ke kereta untuk mengejutkan Wana.
'Tidur pun comel!' Getus Zul.
Sebelum Zul mengejut Wana, dia hanya memerhati wajah Wana yang mulus itu. Macam yang orang kata, lain orang lain pandangan. Bagi zul, Wana ni tak mampu jadi perfect tapi dia adalah insan yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup Zul.
Bibirnya yang kecil, lesung pipit, senyuman milik Wana cukup menggoyahkan jantung Zul, malah imannya juga tak kuat kadangkala.
"Sayang.." Perlahan-lahan Zul mengejut Wana. Jangan harapkan yang Zul akan angkat Wana masuk resort bagai tu semua eh, ni bukan novel karut tu nak kena angkat bagai. Pikir lelaki ni rajin nak angkat?
Wana terus terbangun apabila mendengar dirinya dipanggil."Ermm? Dah sampai ke?" wana menggeliat sedikit.
"Haah dah sampai. Jomlah masuk bilik, aku dah bawa masuk semua beg dengan barang-barang, tinggal nk kejut kau je..." Kata Zul pada Wana sambil menyandarkan dirinya pada kerusi. Matanya tak lekang dek memandang wajah Wana yang baru bangun tidur itu.
"Iye ke?" Wana menggosok wajahnya kerana risau terdapat tahi mata atau air liur basi terdapat di wajahnya.
"Ye..." Zul menarik sebelah tangan milik Wana.
Wana tersentak dengan tingkah Zul yang tiba-tiba menarik tangannya itu. Asal dengan Zul ni? kenapa tiba-tiba tarik tangan aku?
"Tak payah nak tutup sangat muka tu, tetap comel walaupun baru bangun tidur." Puji Zul. Lah sebab tu je ke? Peliklah Zul ni?
Eceh padahal Wana dah kembang tapi sumpah malu!!! Apa Zul ni buat orang blushing! Sampai readers pon tersenyum tau. Chia3.
"Eee perasan lah kau ni Zul! Aku gosok mata ni sebab silau." Marah Wana namun Zul ni ada je jawapan dia.
"Sorrylah, aku ni bercayaha sangat kat mata kau sebab tu silau. Aku kan permata di mata kau Wana..." Mengarut lah Zul ni ish!
Boleh tak nak ketuk je Zul ni? Kalau tak merapu tak sah kan? Haih. "Dah lah, aku nak keluar daripada kereta." Wana membuka tali pinggang keledarnya lalu disarung beg tangan yang agak kecil tetapi berharga buatnya kemudian keluar daripada perut kereta milik Zul.
Zul segerakan langkahnya menuju ke Wana lalu tangan Wana ditarik supaya ikut dia menuju ke bilik. Sebenarnya bukan bilik, boleh dikatakan rumah rupanya apabila Wana memerhati sekeliling.
"Zul..." Panggil Wana sebelum langkahnya terhenti.
"Ya sayang?" Zul memandang wajah Wana yang sedang memandang sekeliling.
YOU ARE READING
Suami sewa
Romance"Kenapa kau bayar aku sepuluh ribu eh? Sepatutnya aku yang bagi kau sebagai duit hantaran." -Zul "Ermm, duit tu macam aku sewa kau lah jadi suami aku. Kau tak kesah kan?" - Wana Siapa kata Zul tak kesah? Makan hati Zul apabila diperlakukan begitu. "...