4: Tudung

7.2K 106 1
                                    

Selepas sahaja Zul siap mandi, dia melihat Wana masih memakai tudung biarpun di dalam biliknya sendiri. Tadi pakai telekung, sekarang pakai tudung?

Wana ni memang pakai tudung 24jam ke? Semalam masa dia memasak pon pakai tudung jugak..

Wana yang buat-buat sibuk mengemas cadar katil terhenti mengemas kerana Zul memerhatinya semacam. Dah lah Zul bertuala sahaja. "Asal tengok-tengok?"

"Erm, saja je. Nak tambah pahala." Jawab Zul selamba.

"Banyak lah kau tambah pahala!" Marah Wana. Seram betul cara Zul memandangnya.

"Betul apa tambah pahala? Kalau aku tenung mata kau pun pahala jugak tu. Tak nak cuba?" Gurau Zul.

"Boleh je? Jom! Aku pon nak tambah pahala, asyik buat dosa je..."

"Okay cepat. Duduk atas katil lawan main mata. Siapa yang tutup dulu dia kalah eh!" Zul menuju ke katil lalu bersila diatas katil. Begitu juga Wana.

"Kalau kalah, kena denda!" Cadang Wana.

"No problem.." Kata Zul tenang.

Mata mula bertentang mata. 'Dari matamu ku mulai jatuh cinta' ceh.

1

2

3

4

5

6

7

Wana tergelak melihat Zul buat muka lucu.

"Aku menang!" Jerit Zul gembira.

"Kau ni memang sengaja je kan? Buat muka kelakar pastu tak nak kasi aku menang!" Wana naik geram. Mana aci Zul main taktik kotor.

"Siapa suruh kau gelak? Ha! Apepon denda tetap denda!" Habis Zul gelak sakan pada Wana.

"Ah tak de, kau main tipu so tak de denda!" Cadangan Wana akhirnya memakan dirinya sendiri.

"Denda tetap denda sayangku.." Zul sekali lagi menggelakkan Wana.

"Ish! Ha denda apa?" Redha tak redha je Wana.

Zul memikirkan idea yang bernas. "Ada dua denda."

"Hah! Satu dah lah." Terkejut Wana.

"No, ni denda yang aku nak bagi dekat kau. So, kena lah akur. Tapi sebelum tu aku nak tanya. Kenapa eh kau pakai tudung walaupun dalam bilik?" Akhirnya soalan itu keluar juga daripada mulut Zul.

'Alamak! Dia perasan! Ish aku tak nak bukak tudung ni sebab tak nak dia tergoda. Macam lah aku tak tahu, lelaki ni pantang nampak leher perempuan.' Desis Wana dalam hati.

"Erm... Sebab aku tak biasa lah kalau tak pakai tudung depan lelaki."

"Ouh.. Hmm.. Aku kan dah sah suami kau, so bukak je lah tudung tu. Kau tak rimas ke? Dua puluh empat jam pakai tudung. Aku kesian dekat kau." Jujur Zul.

"Rimas lah jugak." Balas Wana pendek.

"Then? Bukak je lah."

"Aku tak biasa lah."

"So, sekarang ni. Sebagai denda, kau kena bukak tudung. No matter what. No excuse." Sorry Wana, aku tahu kau tak suka tapi aku tahu kau pon terseksa pakai tudung je setiap masa padahal ini rumah kau.

"Please, jangan paksa benda yang aku tak suka." Mohon Wana.

"Sayang, I do this for your own benefit." Jelas Zul.

Suami sewaWhere stories live. Discover now