17: Usapan

5.8K 71 3
                                    

Sesampainya dirumah, Wana menggeliat sepuas hatinya. Duduk dalam kereta berjam-jam sahaja tapi letih dia tu macam berlari 1500 meter.

Usai keluar daripada kereta sambil Wana menggalas beg tangan, Zul mengarahkan supaya Wana terus masuk ke dalam rumah dahulu. Dia menawarkan diri untuk mengangkat beg mereka berdua.

Dengan akur, Wana terus masuk ke dalam rumah lalu bersalaman dengan mama dan papa. Terus dia menjejakkan diri di atas sofa kerana keletihan.

Mama melihat Wana yang keletihan itu seraya berkata "Pergilah masuk bilik dulu mandi ke rehat ke tukar baju ke.."

Wana memandang wajah mamanya lalu memproses kata-kata itu. Hmmm. Betul juga. "Okay ma! Masuk bilik dulu eh.. " lekas Wana bangun meninggalkan mama di ruang tamu.

"Assalamualaikum..!" Zul memberi salam sebaik sahaja memasukkan kaki ke dalam rumah sambil mengheret dua buah beg roda miliknya dan Wana.

"Waalaikumsalam... how's your honeymoon?" Soal papa sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Zul tersenyum gembira. "Alhamdulillah everything was fine." Huluran tangan papa disambut mesra.

"Alhamdulillah, papa akan dapat cucu tak lama lagi." Habis tawa mereka bergema satu ruang tamu. "Gurau, gurau.. kamu naik lah atas dahulu. Beg ni nak tinggal dulu pon boleh. Nanti-nanti lah bawak naik atas tu... kan letih." Benar juga kata papa. Apa kata tinggal bawah dahulu.

Zul meminta laluan untuk naik terlebih dahulu daripada papa lalu menuju ke biliknya. Badannya direbahkan sebaik sahaja melihat katil yang empuk. Zul semakin terlupa beg-begnya masih berada di bawah.

Wana pula membuka pin tudung sebelum diletakkan dimeja solek yang dipenuhi dengan alatan solek. Tudung yang dipakai digulung lalu disumbatkan didalam bakul yang disediakan untuk baju kotor.

Wana mengambil keputusan untuk mandi bagi mengekalkan kesegaran diri. Tuala dicapai lalu menuju ke bilik mandi. Sebaik sahaja mandi, dia tercegat dihadapan cermin di dalam bilik mandi tersebut. Terkelip-kelip mata memikirkan yang dia terlupa mengambil baju untuk dipakai didalam bilik mandi.

Otak tolong lah berfikir! Tak ada cara lain melainkan berkemban dengan tuala untuk keluar. Kalau Zul tengok ni mesti bahaya! Lelaki bukan boleh kalau tengok perempuan berkemban.

Nampaknya tiada jalan lain, terpaksa kerana baju kotornya pon dia dah campak keluar. Kaki melangkah keluar dengan berhati-hati daripada bilik mandi kemudian mata Wana melilau mencari dimana beg bajunya.

"Cari apa?" Suara garau Zul memeranjatkan Wana. Terkejut dibuatnya.

Satu bilik diteroka mencari dimana letaknya beg. "Cari beg baju lah. Kau letak mana?" Sebelah tangan memegang ikatan kain pada badannya kerana khuatir akan terjatuh. Kalau jatuh naya lah dia. Zul dapat sarapan percuma nanti.

"Oh aku tak bawak masuk bilik lagi. Ada kat bawah. Papa suruh tinggal kat bawah dulu so terpaksa lah aku akur." Wana memandang Zul tajam. Boleh dia tinggalkan beg? Dia tak nampak ke aku mandi tadi? Takkan tak fikir kot?!

Punggung dilabuhkan di kerusi hadapan meja solek. "Habistu takkan nak suruh aku berkemban je? Tak nak tolong aku ke amikkan beg baju?"

Zul geleng kepala. "Taknak!"

Haih nasiblah Wana dapat suami macam Zul.

Suami sewaWhere stories live. Discover now