5: Tertidur

7.6K 111 2
                                    

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 12 dan movie sedih itu tadi baru sahaja habis. Zul memandang kearah Wana disebelah kirinya sudah nyenyak tidur dibahunya.

"Sedap betul dia tidur.." Kata Zul sambil mengusap rambut Wana.

Nak kejut ke tak ek? Zul kesian melihat Wana yang nyenyak tidur, nak kejut serba salah.

Zul membuat keputusan untuk mengangkat Wana sehingga ke biliknya. Bukan berat mana pun. Wana ni kurus je orangnya.

Sampai sahaja di bilik mereka, Zul meletakkan Wana diatas katil. Kemudian disisip rambut yang ikal milik Wana itu. Sempat juga Zul memberikan sebuah ciuman didahi Wana.

Bila difikirkan, mahu saja Zul cium di mulut Wana namun dia menghormati Wana. Malah, Zul juga membacakan beberapa doa supaya Wana tidur dengan lena. Selimut juga disalutkan pada badan Wana supaya dia tidak kesejukan.

Kemudian, Zul mengambil beberapa biji bantal lalu dilemparkan pada lantai. Ya, Zul mengambil keputusan untuk tidur dilantai.





Jam ditelefon pintar Wana menujukkan pukul 1 pagi. Wana terbangun lalu melihat dia sudahpun berada di dalam bilik.

"Aik? Rasanya aku tertidur kat bawah tadi?" Wana memerhati sekeliling. Hanya dia di dalam bilik itu.

"Mana Zul?" Wana hairan. Takkan Zul yang angkat dia masuk dalam bilik ni? Kalau ye, mana dia?

"Tidur bawah ke?" Wana mencari Zul di lantai tepi katilnya.

Ya Allah. Baiknya Zul! Sanggup tidur bawah dekat lantai? Pastu angkat aku tidur atas katil? Serba salahnya!

Wana menarik sebiji bantal dan selimut kemudian Wana menyelimutkan Zul lalu  dia baring disebelah Zul.

Itu sahaja cara untuk mengelakkan rasa serba salah Wana. Nak kejut Zul karang, lagi kesian.




Zul terasa badannya seperti dipeluk oleh seseorang. Dia menoleh ke arah kanan lalu dia terlihat Wana sedang memeluknya.

'Aik? Bukan ke aku dah angkat dia tidur atas katil? Macam mana dia tidur kat bawah pulak ni?'

Lantaklah, yang pasti hatinya berbunga-bunga kerana Wana memeluknya. Mungkin Wana terlupa ambil bantal peluknya tu yang dia peluk Zul sekarang ni.

Zul menggapai telefon pintarnya di atas meja lampu tidur. Kemudian lampu tidur dinyalakan. Sekali lagi idea buruk dia dah datang!

Klik!

"Yes!" Cepat-cepat Zul menekup mulutnya kerana bimbang jika Wana terbangun.

Dapat pon amik gambar Wana peluk aku. AHAHAHA. Yang pasti sekarang ni Zul nak sambung tidur sambil peluk Wana.

Bagi Zul, ni satu perubahan yang baik. Ehem. Sebenarnya, Zul tengah rancangkan misi untuk memikat isterinya. Huhuhu.






Keesokan paginya, Wana terbangun daripada tidur sebelum azan subuh dilaungkan. Dia terasa pelik kerana dia memeluk Zul! Jap-jap! Mimpi ke tak ni? Betul ke dia yang peluk Zul?!

Wana mencubit tangannya. "Auch!" Sakit. Tak mimpi. Betul. Realiti.

Malah, Zul juga memeluknya. "Ya ampun! Macam mana boleh terjadi ni?" Katanya perlahan.

Wana nak menutup malunya, dengan perlahan-lahan Wana meletakkan tangan Zul ditepi. Berat jugaklah!

Cepat-cepat Wana menyusun bantalnya diatas katil lalu mandi. Langsung tidak kejut Zul kerana bimbang Zul tahu yang dia memeluk Zul.

Suami sewaWhere stories live. Discover now