22: First Kiss

1.5K 22 2
                                    

Walaupun baru seminggu belajar, tapi penatnya lain macam. Penat nak kehulu kehilir pergi fakulti sana sini. Nak pergi cafe pun jauh. Minggu orientasi haritu lagi penat tapi meriah macam apa. Seronok sebab dekat sini ada muzik band sendiri.

Itu belum lagi tengok kawan-kawan yang lain. Semua cantik-cantik.

Kalah aku. Dah lah aku ni biasa-biasa je.

Ni belum dapat assignment lagi, kalau dapat confirm lagi letih. Tak tido malam lah jawabnya. Jam di dinding dikerling. Pukul 9 malam rupanya. Usai solat isyak tadi Wana turun ke dapur kerana mencari secawan air.

Dari siang tadi dia belum melihat kelibat Zul. Sejak dia duduk bilik berasingan ni, jarang jugalah dapat jumpa suaminya tu. Lagi-lagi Zul asyik sibuk dengan kerjanya.

Secawan air kosong dibawa di tangan untuk duduk di meja makan. Dengan bacaan bismillah, air tersebut habis diteguk. Wana seakan baru tersedar yang rumahnya seakan sunyi. "Zul belum balik ke dalam bilik eh?" Soal Wana di dalam hati. Cawan air dibiarkan di atas meja lalu menuju ke pintu.

Wana membuka pintu utama rumah untuk melihat sama ada kereta milik Zul ada mahupun tidak. Ada! Habistu mana dia? Senyap je.

Wana naik semula ke atas lalu menekup telinganya di pintu bilik Zul. Eh, bunyi kipas ada. Zul buat kerja kot. Wana membuat andaiannya sendiri. Jujur, dirinya rindu nak bermesra dan bergaduh mulut dengan Zul. Tapi apakan daya, masing-masing dengan kesibukan dan pendirian masing-masing.

Wana tak jadi nak ketuk dan masuk ke dalam bilik Zul. Dia takut.

"Kalau aku rindu nak tidur dengan kau, aku terjah je tau bilik tu." Kata-kata Zul berlegar di fikiran Wana. Dia benar-benar berharap Zul akan datang ke biliknya malam ini walaupun dia tahu Zul takkan datang. Zul hormat dengan keputusan yang dibuat oleh Wana.

Sewaktu Wana berpusing untuk kembali ke biliknya, lengan bajunya tersangkut pada tombol pintu bilik Zul. Alamak! Baik dia cabut lari.

"Harap-harap Zul tak perasan lah yang aku cuba nak masuk bilik dia... Walaupun sebenarnya aku terlanggar je tombol tu... Ni semua sebab lengan baju aku terlekat kat situ!" Wana termundar-mandir di dalam bilik. Dia malu kalau tertangkap dengan Zul yang dia cuba skodeng bilik suami dia sendiri.

Apa jenis pasangan suami isteri lah duduk bilik berasingan.

Wana membuat keputusan untuk tidak mengunci pintu biliknya malam ini. Sengaja nak biarkan Zul menerjah biliknya. Sebaik sahaja Wana sudah penat kehulu-kehilir di dalam bilik, dia terus membaringkan dirinya diatas katil. Akibat terlalu letih, dia terus terlelap.

Perempuan ni, mulut je kata tak nak. Tapi bila dah dapat suami yang caring dan penyayang siapa je tak nak belaian kasih sayang seorang suami. Tak kira lah betapa hebatnya seorang perempuan itu, dia pasti nak bermanja dengan suami.





Entah macam mana, Zul merasakan badannya kurang enak. Dia mula merasakan sejuk di seluruh tubuh.

Macam nak demam. Ke demam rindu?

Rindu dekat isteri sendiri.

Kerja yang perlu disiapkan tak dapat diteruskan. Dia terdampar diatas katil bagai ikan paus yang terdampar di tepi pantai.

Bezanya, dia tidak ditemui sesiapa tetapi ikan paus ditemui oleh ramai orang. Baru sahaja dia hendak melelapkan diri, dia terdengar tombol pintunya bergegar. 'Wana ke?' Teka Zul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suami sewaWhere stories live. Discover now