BAB 01 ~ Mandi Paya

4K 61 0
                                    

~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~


Bekas nasi lemak yang di atas meja yang kosong menjadi tatapan. Jam ditangan aku toleh, 9.12 pagi. Aku menghembus nafas lelah, tangan dibawa ke pinggang. Kuih muih tinggal beberapa ketul saja, tak apalah boleh bawa balik makan dengan Mak.

"Syukur pada Ilahi laku juga nasi dan kuih kau Aira" Aku menarik nafas panjang mula mengemas meja, aktivitiku tergendala saat mendengar sayup-sayup suara perempuan memanggil namaku. Farissya Wildan kawan baik aku dunia dan akhirat.

"Aira Lissya intan payung paling kusayang" Aku tersenyum kecil melambai tangan pada Farissya. "Laku tak kedai kau" Soal Farissya menapak ke arahku dan seperti biasa aku menunjukkan isyarat bagus pada Farissya.

"Alhamdulillah habis dijual, biasalah kawan baik kau ni jaguh nasi lemak, mesti laku punyalah" Farissya mula mencebik bibir, bahuku ditunjal kuat. Aku meringis sakit.

"Ish sakitlah" Omelku sambil mengosok-gosok bahu, Farissya mencebik bibir mula melabuh punggung di kerusi. Lenganku ditarik-tarik kuat.

"Ha kau dah kenapa?" Dia mengemam bibir sebelum ketawa kecil. Aku berkerut seribu memandang Farissya bingung. Dah kenapa gelak seorang-seorang ? Sawan ke apa?.

"Erm kau ada dengar tak cerita fasal abang aku" Otakku mula mencari memori untuk mengingati kembali abang Farissya. "Hurm abang yang mana, kau banyak abang Fa" Lagi sekali dia ketawa kecil. Aku merengus kesal, malas mahu layan.

"Malas aku layan kau" Ujarku nada tidak berminat, laju Farissya menarik pergelangan tanganku kembali menghadapnya. "Okay, kau ingat tak abang aku yang belajar dekat Amsterdam tu" Aku memejam erat mata, tidak silap aku Farissya tak pernah cerita fasal abang dia belajar di Amsterdam.

"Ha! Ada ke abang kau belajar dekat Amsterdam?" Soalku buntu, Farissya pura-pura terkejut bersertakan ketawa kecil. Aku mendengus kecil, tidak guna punya kawan.

"Sorry aku tak pernah cerita pun fasal abang aku yang satu ni dekat kau. Iyalah dia bukan duduk sekali pun dengan kita orang." Terkebil-kebil aku memandang Farissya. Seriuslah, Farissya ada abang lagi satu? Semua abang Farissya aku kenal tapi abang dia yang satu ini langsung tidak kenal.

"Habis tu dia duduk mana? Amsterdam?." Farissya berdecit kesal mula memeluk tubuh. Aku kembali meneruskan mengemas segala barang-barang niaga masuk ke dalam perut kereta kancil.

"Tak bestlah borak dengan kau, aku punya excited pagi-pagi datang sini semata-mata nak bercerita tentang abang aku" Dahiku berkerut seribu, ah sudah kenapa.

"Iya abang kau yang mana?" Soalku pura-pura ingin tahu, air muka Farissya sudah berubah ceria.

"Abang kandung aku yang ke tiga Fajmin Wildan, dia anak angkat mak cik aku yang datin tu. Kenal tak Datin Seri Marayani, alah yang jadi penaja kita pergi Tokyo 2 tahun lepas." Aku menepuk tangan, iya aku baru saja ingat. Datin Seri Marayani seorang wanita pemurah namun aku kurang gemar caranya agak berlagak sedikit, hehe.

"Ouh dia, anak dia abang kau?" Farissya mengangguk laju, dia bingkas bangkit dan merangkul erat bahuku. Anak datin Seri poyo itu merangkap abang Farissya? Aku tak pernah bersua muka dengan jejaka itu lagi. "Kalau kau nak tahu, abang aku baru balik dari Amsterdam. Paling seronok dia balik sini dalam minggu ni, aku tak sabar nak tunggu dia balik" Aku menarik senyum kecil, lengan Farissya aku usap lembut. Iya aku faham perasaan Farissya menunggu abang pulang dari perantauan. Mesti tak sabar-sabar.

"Aku tumpang bahagia untuk kau Farissya so alang-alang kau ada dekat sini sekali. Apa kata kau tolong aku sekali boleh?" Soalku sambil menaikkan alis kening berulang kali. Farissya mula merungut tidak suka.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now