BAB 44 ~ Hari Jadi

783 30 4
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~

Dahiku berkerut saat mendapat mesej dari Farissya mengatakan dia sudah sampai di rumah sewa. Aku muncungkan bibir, ish dia ini sengaja tinggalkan aku. Gerakan dari ponsel buatkan aku menunduk. Satu mesej dari Farissya.

From: Farissya
- Beb kau tertinggal kunci dekat kafe, kau ada kunci pendua tak.

Aku mengeluh berat saat dan terpaksa pak cik teksi menukar arah jalan ke arah rumah sewa. Aku hanya bisa mengeleng kepala memikirkan sifat Farissya yang suka tertinggal barang penting.

Ucapan terima kasih aku ucapkan seraya menutup pintu teksi, kepala dipusing memandang rumah sewa. Dahiku berkerut melihat Myvi Farissya elok saja terletak di dalam garaj. Perasaan ingin tahu semakin mendesak, tanpa berlengah lagi aku melangkah masuk mencari kelibat Farissya.

"Farissya mana kau" Aku menyeru namanya namun hening, kunci rumah aku keluarkan dari tas tangan dan membuka pintu rumah. Sebaik saja masuk ke dalam rumah yang dalam keadaan malap tiba-tiba suara nyanyian hari jadi menyentakkan aku.

"Happy birthday to you, happy birthday to Aira Lissya. Happy birthday to you~" Aku menutup mulut dengan kedua tangan terharu atas kejutan dari Farissya dan Kisha. Bibir dikemam saat perasaan sebak bercampur bahagia tika ini. Cairan hangat di pipi aku seka lembut.

"Tiup lilin dan buat wish" Aku tertawa halus menarik nafas dalam. Mata dipejam dan kedua dibawa genggam. Doaku agar pintu hati Fajmin Wildan terbuka untuk mencintaiku buat selamanya.

"Dah" Aku bersuara serak masih terharu, Farissya tertawa bahagia meletakkan kek di atas meja makan. Tubuhku ditarik ke dalam dakapan.

"Selamat hari jadi Aira Lissya yang ke 23 tahun, semoga kau jadi isteri dan ibu yang baik" Aku mengukir senyum manis memeluk erat Farissya. "Terima kasih, kau ni esoklah hari jadi aku" Aku bergumam mengenggam erat lengannya.

"Alah jangan sedih-sedih, birthday girl ni" Aku muncungkan bibir mendengar usikan Kisha. Anak mataku tersinar bahagia saat melihat banyak makanan tersedia di atas meja. Tangan Farissya aku genggam erat, tak sangka mereka sudah mempersiapkan semua kejutan hari lahirku.

"Terima kasih Fa" Aku berbisik lembut, dia menarik senyum manis mencubit pipi kiriku.

"Your welcome untuk kau apa saja aku sanggup buat tau" Aku tertawa kecil, kami sama-sama melangkah untuk menjamu selera sambil gelak ketawa, bercerita tentang isu semasa.

"Kau nak tahu tak semalam Aman tu selalu mengadu yang Aira selalu cuti" Ujar Kisha sambil membuat muka toya. Aku menguntum senyum manis. Lelaki itu, dari pertama aku bekerja sampai sekarang ada saja tidak kena.

"Aku pun perasan juga, dia tak tahu Aira ni sebenarnya Puan besar kafe tu. Kalau tahu mahu bergetar lutut minta maaf" Sampuk Farissya, aku mengeleng kepala. "Ish mana ada." Bantahku berjaya buatkan Kisha berdecit kesal.

"Aira....." Aku mengangkat kepala memandang Farissya yang tiba-tiba berhenti berkata. "Semalam Johan ada datang jumpa aku" Aku mengangkat kepala merenung Farissya, Johan ada datang jumpa Farissya? Kenapa, lelaki itu mahukan apa lagi dariku.

"Dia nak jumpa kau untuk kali terakhir, kau jumpalah dia kasihan aku tengok dia tu" Pujuk Farissya lembut. Aku mengeluh berat, masih buntu untuk bertemu lelaki itu atau tidak.

"Tengoklah macam mana" Ujarku perlahan mula sibukkan diri mengambil pinggan kaca yang masih kosong. "Ahh jemput makan semua" Kisha bersuara menghenyak punggung sebelahku, kek dipotong perlahan. Aku mengigit bibir, haruskah aku bertemu dengannya?.

Alat tespack jenama Clearblue di atas meja masih menunggu keputusan untuk kali terakhir. Kali ini aku benar-benar memastikan aku hamil atau tidak. Aku memejam mata, kedua tangan mencengkam kuat sisi sinki. Kelopak mata aku ambil, satu rasa aneh menusuk masuk jauh ke dalam hatiku.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now