BAB 51 ~ Ketemu

1.7K 47 2
                                    

~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~


Tangisan bayi perempuan baru saja lahir tiga jam yang lepas bergema satu bilik wad ini, aku menguntum senyum manis saat sang ibu mula menyusukan anaknya. Ramai pesakit yang lain turut berkumpul melihat sang bayi yang saja lahir sebaik saja masuk ke dalam wad ini. Serentak itu tanganku mengusap lembut perut, tak sabar rasanya mahu melihat si kecil ini lahir. Mahu tatap wajahnya, kucup, mendengar tangisan pertamanya dan mengules lembut jari jemari mungilnya.

"Mesti Aira tak sabar tunggu baby tengok dunia kan" Sakat akak Mawar yang duduk di katil depan sambil memandangku dengan tatapan mengusik. Aku menyungging sengih, siapa saja tak sabar.

"Ha'ah tak sabar tapi itulah nervous sebab ni anak pertama" Dia mengangguk kepala, dia juga terpaksa ditahan wad atas faktor kedudukan bayi songsang dan bakal melakukan pembedahan tidak lama lagi.

"Tak apa, akak doakan Aira selamat bersalin normal" Akak Mawar bersuara tulus, aku menarik senyum tipis.

"Amin, terima kasih kak" Ucapku lembut, aku tunduk saat merasakan tendangan halus darinya, aku tertawa kecil, geli.

"Dah berapa bulan Aira mengandung" Aku mengangkat kepala memandang akak Ayu. "Dah 24 minggu" Jawabku mendapat anggukan dari wanita hamil itu. Dia menarik senyum tipis.

"Nak masuk enam bulanlah ni" Lagi sekali aku mengangguk kepala. Aku menghembus nafas lega saat tiada tanda-tanda dari wanita bertanya lebih soal diriku. Anak mata dikalih pada pesakit di sebelah untuk melihat bayi comel itu.

"Nak dukung?" Bersinar mataku memandang ibu kepada bayi tersebut, laju aku mengangguk kepala. Berhati-hati aku turun dari katil dan menghampiri mereka, bibir dikemam saat bayi perempuan sudah berada di dalam dukungan. Aku mengukir senyum lembut, Ya Allah comel sungguh ciptaanmu.

"Nama dia apa kak?" Aku bertanya mengerling ibunya. Wanita itu mengukir senyum manis. "Ummi Armada" Bibir atas terangkat mendengar nama si kecil ini, sangat ini. Aku tunduk melihat dia yang lena dibuai mimpi, jari mungil si kecil aku elus lembut.

"Dah tahu jantina baby awak" Aku mengangkat kepala, senyum manis terukir mula menyerah kepada ibunya bila terasa pedih terkena jarum drip dilenganku.

"Dah, pakar cakap baby boy" Dia mengangguk sebelum tersenyum manis.

"Dengar tu sayang, baby dah ada kawan lelaki. Tak lama lagi dia pula yang keluar" Aku tertawa kecil merenung lembut bayi itu sedang mengeliat pelan di dalam dakapan sang ibu, rasa tidak sabar semakin membuak-buak. Aku mengusap lembut perut, lagi beberapa bulan lagi hero kecilku bakal melihat dunia.

Aku mendepakan tangan saat melihat figura Najihah masuk ke dalam bilik dengan penuh gaya. Aku tertawa halus saat memeluk dirinya erat, rindu. Najihah mencebik bibir mencuit hidungku lembut. Punggung mula dilabuh ke atas katil pesakit.

"Mana Maksu, kau seorang je ke" Dia mengangguk kecil menyerahkan buah tangan kepadaku. "Hurmm aku seorang restoran lagi satu tak ada siapa nak jaga, Abang Jon cuti sakit, bini jealous terpaksa Mak aku yang jaga" Aku ketawa kecil, ada-ada sajalah Najihah ini.

Plastik berwarna putih ditangan Najihah aku ambil, aku menjerit kecil saat melihat buah naga dan anggur. Senyum manis aku ukir buat dirinya, tahu-tahu saja mengidam buah naga.

"Terima kasih Jiha" Dia mengangguk faham, tersenyum manis dalam masa sesaat. Dia berdecit sebal.

"Kau bila discaj, lebih seminggu kau duduk hospital. Kau tak bosan ke?. Aku rindu kau duh, seram tidur seorang dekat flat tu" Aku tertawa halus mula duduk bersila.

"Kalau aku dah tak muntah lagi, esok aku boleh keluar ward. Apa-apa hal aku call kau" Dia mengangguk kecil tunduk memandang perutku yang memboyot. Tapak tangan Najihah hinggap perutku. Terkebil-kebil aku memandangnya.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now